Baby boleh reject susu bf ke?
Assalamualaikum. Saya first mom & baby saya dah 2 bulan Saya mix susu - dbf + susu fm Sebab berat anak tak cantik. Saya taktau mana silapnya slalu x cantik smpi 2 mggu skali kene fllow up nurse & last2 sy tpksa bagi mix susu fm.. Tapi baby ada kmungkinan ke reject dbf? Sebab sy dah bg susu fm baru nak dekat sebulan dah la, tp kkdg bila sy bagi dbf kat baby dia mcm mgamuk3 taktau knpe.. lpas tu sy buat susu fm, gelojoh dia minum smpi ttido2.. ada kmungkinan ke baby reject susu ibu dia sndiri? Sedihnya mcm ni.. Satu lg soalan sy. Baby sy kan dah mix susu fm nak dkt sebulan dah mnum susu frisolac. Alhamdulillah jgk laa baby saya ssuai dgn susu tu & najis pun cantik.. tapi tadi baru je dia berak, najis dia ada campur hijau2 lendir mcm tu.. normal ke? Selalu nya mmg najis dia kuning, tp tadi ttibe ada hijau2 siket cmpur dgn kuning tu..

Waalaikumsalam w.b.t Saya tolong jawab ya. Mungkin yg pakar boleh bagi penerangan yang lebih baik lagi. Ni berdasarkan pada pengalaman saya dan beberapa komen/sharing yg saya pernah baca dalam apps ni. Boleh try search if sis berkesempatan. 1. Berat baby boleh naik dengan hanya dbf. Mom kena percaya & yakin tu Allah bagi rezeki susu ibu yg cukup buat bayi kita. Sbb demand tiap2 baby ni berbeza² dan tak sama. Ikut suka baby kita dia nak minum berapa banyak & jangan bandingkan dengan orang lain. Apa² pun sis utamakan dbf pada waktu malam sbb waktu tu susu ibu lebih berlemak mampu naikkan berat badan baby. InsyaAllah. ikutlah berapa kali baby nak bangun kadang 1-2 jam (lebih baik & terbaik).. maximum minum susu 3 jam sekali. kalau dia minta 30 minit susu tu pun bagi je terus (offer). Kalau masih awal 3 bulan ni normal baby bangun minta susu banyak kali sbb dia nak membesar. Bagi dia minum masa tgh mamai selalunya dia minum banyak. Kita sebagai ibu mmg rasa penat bila tak boleh nak tidur lama² cam dulu tapi semua tu pengorbanan besar kita. Tak silap saya si ibu yang menyusukan anak ni lagi2 waktu malam umpama dia bersedekah secara rahsia yg mana hanya dia,baby & Allah je yg tahu. Dah la berjihad waktu lahirkan baby sakit² dulu. berpantang pun tak cukup rehat tapi ni tiket kita kumpul pahala banyak². Believe me, you also can do it mom.❤ 2. Tak reject direct breastfeed, cuma kena selalu dbf baby. Jaga demand & supply dengan baby. Lagi kerap bagi minum lagi banyak susu yg bakal terhasil dalam badan kita. Jaga makan juga. Contohnya ada nasi, ikan dan sayur sawi dan makan juga buah-buahan macam oren ke. Baby kalau dia macam mengamuk/ marah2 masa kita dbf, mungkin dia tengah alami 'mental leap' waktu tu. Sis boleh try tengok dekat fb " Baby Language" ataupun join telegram guna link untuk lebih info pasal penyusuan https://t.me/TipsPenyusuanLCNadMasrom .Selain tu maybe baby sis tgh alami 'nursing strike' kot. Maksudnya dia macam tolak susu badan bukan sbb baby tak nak minum tapi mungkin sbb mom ada tukar bau perfume baru ke, termarah baby sebelum ni, nak tumbuh gigi dan lain². Boleh jadi juga baby ada keliru puting, kalau camni if sis mmg dah niat nak dbf sahaja tanpa guna susu formula boleh kurangkan kekerapan dia. Kerapkan dbf. Nisbah 8-12 kali dbf : 1 kali susu formula sampailah akhirnya boleh stop terus guna susu formula. Kalau sis ada pam & buat stok susu boleh gunakan waktu siang (if kerja) dan malam hanya dbf sahaja. Sis jangan risau tau. Baby masih sayang dan tahu sis ni ibu dia cuma dalam kepala dia sekarang macam tgh upgrade benda² yg baru tentang kehidupan dia di didunia ni. Busy betul jadi tu sbb baby macam kejap okay kejap tak okay. Kadang baby menangis bukan hanya sebab lapar je, mungkin sbb terlalu panas/sejuk. Dia memerlukan masa untuk sesuaikan diri dia di dunia ni yg langsung tak sama macam alam rahim. Sis boleh cuba bedung dia dan tenang kan baby (dodoi) dekat bahu kejap sebelum offer susu. Buat bunyi "shuuushuu..."dekat baby dan selawat. Mudah-mudahan bila dah habis 3 bulan pertama ni,kurang² menangisnya. 3. Normal, warna najis dia campur color hijau sikit + kuning bila minum susu frisolac. As long as pampers baby basah..itu dah okay..ada berak kencing semua, masa menangis pun ada air mata, kulit & bibir tak kering. Maknanya dia cukup minum susu. Tapi bila dah kerap bagi susu formula ni itu yg susu badan boleh drop sbb baby tak hisap means tak de demand lagi. Dia dah kenyang ikut kuanti susu yg kita bancuh tu. Apa² pun moga baby sis diberikan kesihatan yang baik tak kiralah dbf ke formula. Semoga Allah mudahkan segala urusan sis dekat sana. InsyaAllah amin🤲😊🥰
Đọc thêmDah pernah check untuk tongue tie anak? Selalu kalau anak dbf, berat naik tak cantik, time bagi susu selalu mengamuk macam kena pukul, atau niple selalu sakit time menyusu, berkemungkinan anak ada tongue tie. Boleh pergi buat assesment denat klinik klinik yang buat assessment or pergi je bawak baby ke dental gov bagitahu nak buat assessment untuk tongue tie. Anak saya baru lepas release tongue tie dia dekat Peads Dental gov. Now berat tiap bulan naik 1kg++. Kalau tak dulu, nak naik 400g pun susah.
Đọc thêmWaalaikumussalam ibu,kalau ada bagi fm mungkin boleh jadi nipple confusion.better kerapkan bf baby supaya create more demand and more supply akan terhasil. Boleh juga sebelah menyusu sebelah lagi pump utk increase production susu.tapi ambik masa la..trust the process nnt lama lama susu akan increase. Dan kerapkan bonding dengan baby skin to skin amd kerapkan bf.kurangkan pemberian botol. Semoga dipermudahkan segala urusan mommy❤️
Đọc thêmKlu mmg lekapan baby pada aerola dah btl & baby still reject blh jd juga. Ada cara utk bgi baby dbf. Rsanya better sis g klinik jumpa nurse/LC utk minta bantuan. Minta bantuan hands on lg sng berbanding medsos sbb dorang sng detect mna2 yg perlu d perbaiki/buat. Ya normal najis blh jd hijau terutama blh mnum susu fm. Blh search poop chart baby dlm google as reference
Đọc thêmanak saya pun dulu campur susu sebab sy kerja... Bila dkt rumah pengasuh dia minum susu FM, bila dgn saya dia minum susu bdn... Sebaik-baiknya Puan usaha untuk bg susu bdn sbb ada antibiotics semula jadi.... Mungkin baby xnk susu sebab air susu Puan xbyk.
susu frisolac memang bagus sis dulu Sy tk de susu breast I bg fm.Baby klu dah fm susah nak bm sebab fm sedap.Najis newborn ok jer hijau atau kuning sebab fm.Kecuali ada darah atau berair selalu kena ck dgn nurse
Paed saya bgtau kalau fully bf berat x cantik check balik pemakanan mak, tempoh & waktu tidur baby, tempoh & waktu baby bf. Semua tu main peranan. Baby reject bf maybe sebab nipple confused
anak sy dri lahir mmg x nk direct feeding...xda mslh...tp x thu..mgkn flow susu slow dia x suka...
nipple confuse ke? cuba bagi susu ibu tu dlm botol.