Anxiety Attack Dengan Nurse&Doktor
Assalamualaikum,hai dan selamat pagi. Saja nak share sini,tak nak tanya normal atau tak,tapi nak tanya siapa ada pengalaman yg sama. Saya checkup 2 minggu sekali sebab twin pregnancy. Currently 27 minggu. Sepanjang journey checkup kat kkia,buat pertama kalinya dah tak tertahan emosi dan terlepas depan doktor semalam. Penat bila asyik dibandingkan dengan patient lain. Kitanya ada mental health. Follow up kat psy hosp. Free gdm/gbs. Tapi masalah lainnya ialah,berat badan naik berlebihan. Before pregnant berat 43/44. Maintain. Tak pernah 50. Baru masuk 27 minggu,berat 62.5KG. Jadi doktor kata perlukan pantauan walaupun tak ada gdm. Banyak sangat appt yang perlu dihadiri,lagi² ftm dan twin. Kitanya penat,letih,emosi makin tak stabil. Tercetusnya anxiety attack semalam sebab masa jumpa nurse,dibandingkan dengan patient lain yang ada mental health jugak. Pasal ubat. Nurse persoalkan kenapa ubat saya mengantuk kononnya. Saya MDD+BPD. Dah 5 tahun diagnosed. Dah berhenti ubat 2 tahun sebenarnya,tapi disebabkan pregnancy ni,saya kena on ubat balik. Kerap termiss appt disebabkan ubat yg saya cont balik. Saya masih senyap..malas nak berbalah bila nurse persoalkan macam². Habis jumpa nurse,lari masuk kereta. Meraung sorang². Tak lega lagi,tapi terpaksa lap air mata masuk semula kkia tunggu doktor pulak. Bila tiba masanya jumpa doktor. Dibandingkan pulak dengan patient lain yang juga twin boleh je commit appt. Saya ni 2 minggu sekali checkup nurse. 3 hari sekali kena check bp weakly(walaupun takde gdm/gbs,hb cantik,bp cantik). Sebulan sekali pakar,2 bulan sekali,psy. Dengan baby kembar lagi. Sangat² exhausted. Mind u,nurse dan doktor yang jumpa semalam bukanlah nurse dan doktor yang regular. Ganti orang sebab terlepas sehari appt. Sanggup tak makan ubat sebab taknak terlajak tido untuk gi appt ganti ni. Hujung² kena banding dengan patient lain. Masa doktor bebel,dah tak dapat tahan. Kat situ tangisan saya pecah. Tapi tu lah,makin saya nangis,makin doktor bebel. Sudahnya saya naik angin. Tertinggi suara. Hujung² saya blah macam tu je. Sebelum tu sempat saya cakap "korang ni memang nak aku gugurkan dulu budak² ni baru nak puas hati ke. Dahlah. Kau simpan jelah buku pink tu." Terus saya bangun dan gerak kereta balik. Buat pertama kalinya saya gi appt seorang diri sebenarnya. Selama ni suami teman. Tapi kalini dia tak dapat cuti. Jadi pergi sendiri. Lama tak drive sendiri. Tapi gagahkan diri untuk pergi jugak. Last² mental kena trigger dengan perangai nurse dan doktor. Saya call suami lepas keluar bilik doktor. Meraung² saya. Dah tak fikir keadaan sekeliling. Masuk kereta,sambung menjerit sambil ditemani suami dalam call. Gelabah suami. Marah dia bila saya cerita apa jadi. Lepas dia tenangkan saya baru saya minta end call sebab nak drive balik. Sesak nafas dibuatnya,rasa nak mat*. Tak cukup tidur+tak makan(risau berat naik sangat time timbang)+penat emosi. The audacity bila doktor tengok saya meraung dan cuba nak salahkan suami is so loud. Dia kata suami tak support saya. Sedangkan sebab kata² dia saya dah sampai limit. Petang tu suami lari kejap dari kerja,pergi klinik minta buku pink saya balik. Tapi dia tak jumpa doktor yang buat saya tu. Nurse pun dia tak jumpa. Ada seorang doktor pakar lelaki yang juga kenal saya yang attend dia. Dia luahkan ketidak puasan hati dengan apa yang jadi. Dan ye,pakar tu yang bagi solution. Dia cakap bp tu boleh beli sendiri dan pantau dari rumah je. Nanti checkup baru tunjuk kat nurse. Dia siap cakap lepasni tak payah jumpa doktor biasa,apa² direct pakar yg originally saya follow up dari awal. Lah,boleh je buat sendiri kat rumah pun. Act saya ada tanya pasal ni. Tapi nurse ngan doktor dua² bebel balik,respon negatif macam nak kata saya sengaja taknak commit untuk ulang alik klinik(1 of reason kenapa saya trigger). Entahlah,antara pengalaman saya takkan lupa. Terang² depan buku pink tu ada tulis saya ada mental health. Setakat tegur dan nasihat,saya terima. Tapi tak habis² dibandingkan konon kenapa orang lain boleh,saya tak boleh. Sedangkan patient yang dibandingkan tu pun badan lain dari saya. Alhamdulillah suami jenis yang memahami,sentiasa stand up for me tak kira dengan siapa pun. Dah tawar hati nak checkup kkia. Cakap ngan suami nak gi swasta je. Doakan semoga suami saya sentiasa dikurniakan rezeki ye supaya dia dapat support saya checkup swasta je. Dan kepada nurse dan doktor tu. Saya takkan pernah lupa muka awak berdua. Tak perlu layanan bak diraja,cukup empati dan simpati dengan ibu mengandung. Ke nak kena SISPA dulu baru puas hati😌 Sekian cerita dari saya. Sekadar meluah🙂 #ftmygtersakiti


