Hb tetap low waktu trimester 3
Assalamualaikum,apa perlu buat kalau hb masih low,walaupun dah makan ubat ikut masa & minum susu kambing? Cuma sy kurang makan makanan sihat,sayur & buah. Rasa risau sbb dh masuk 37 w,doc ckp xboleh buat apa dah,cuma teruskan makan ubat mcm biasa,dah disahkan ada anemia. Risau apa² jadi waktu bersalin.
Kalu ada anemia, tak silap sy nak capai hb normal agak susah. Macam sy, ada thalassemia trait, memang hb tak pernah sampai tahap normal sepanjang mengandung. Doc pun faham, katanya memang tak boleh buat apa, cuma kena pastikan hb jangan terlampau rendah iaitu 8 ke bawah. Setakat ni, hb sy sentiasa dalam range 9.0-9.9..masuk je kandungan 30 minggu, hb sy 10.1..then hb mantain sampai sekarang 35 minggu kandungan. Makanan yg sy makan selain makan ubat iron..sayur bayam, hati ayam, kerang, telur rebus & buah jambu batu. Mungkin sis boleh cuba..lg satu elak minum susu..kalu nak minum jugak, tolong jarakkan masa..macam sy, sy jarang minum susu, dalam seminggu ada la 2,3 kali shj..
Đọc thêmsaya pun tak makan sayur sis. tapi saya banyak makan buah buahan dengan kerang. hari2 wajib makan satu biji besar jambu batu. hari2 ya saya makan, hb saya tak pernah low border. awal buka buku hb 12 now 37weeks hb naik 13.8. pastu saya minum jus delima brand amway punya, bancuh kosong je sebab dalam jus tu dh ada gula. kerang pun setiap minggu saya makan, nurse ckp bayam boleh naik hb tp saya mmng dari kecik tk mkn sayur. if sis makan sayur, makan la bayam dan sayur lain ya. tapi jambu batu memang bagus cepat naik hb, lagi satu telor. telur pun boleh naik hb. iktiar je sis, think positif dan jangan skip ubat ya.
Đọc thêmBetul kata sis siti zaharah. Telur bagus untuk naikkan hb. Sy pun makan..telur rebus..
Awak sama kes mcm saya. Tp saya alhamdulillah dah tau cara mcm mana nak naikkan HB walaupun tak makan makanan berkhasiat tiap hari. Beli pati delima kat kedai Mahnaz Food harga rm15 je. Masa perut kosong bancuh air pati delima tu, jgn cair sgt jgn pekat sgt, rasa dia masam2 sikit, lepas tu awak makan ubat tambah darah minum dgn air pati delima tadi. Lepas tu kalau nak makan buah2 boleh je. Asalkan jgn minum air yg ada susu atau apa2 makanan lain. Tunggu lepas 1/2jam atau 1jam lepas tu baru makan apa2. Kalau lapar makan kurma.
Đọc thêmokay,sis. boleh jugak cuba. trima kasih
sis try minum susu HL,buah apricot,mkn kerang ke inshallah boleh naik kan hb.saya hritu 37week dkter ckap hb low 9.8 sya minum susu HL dngan buah apricot, Alhamdulillah dh naik 11.8
dekat pasaraya ad jual sis,dekat econsave lotus,ad
Saya pun sama mcmni. Hb low walaupun makan ubat still tak naik. Tapi masa 35w haritu doctor suruh admit daycare utk infuse iron through IV. Maybe boleh consult doctor for this purpose
ada doc ckp,kalau masih turun hb,terpaksa cucuk iron. tapi,lepastu hb naik 11.2, tkjadi cucuk iron. sekali ja naik,lepas tu trun 2 kali sepanjang ambik drh pergi 10.6. doc ckp tkboleh buat apa dh,mungkin sbb kandungan makin besar,cuma teruskan makan ubat. berapa hb sis lepas cucuk ubat iron tu?
so punca dia itulah, kurang makan makanan berkhasiat (sayur/buah). jadi mmg takleh buat apa melainkan awk makan buah2, sayur tinggi zat besi berkala sampai waktu nk bersalin.
ya,betul jugak. sblm ni je rajin,lama² makin mls mahu makan buah & sayur. jadi,sy nak amalkan lh semula,sbb anemia ni bahaya utk ibu & baby. trima kasih sis atas tips
beli je air delima, cri kat pasar malm ada org jual pure punya tnpa gula , mmg dia perah delima dpn mata kita ha. Minm tu dngn ubt tmbh darah. InshaAllah ok,
trima kasih sis atas tips ni. boleh cuba jugak
Sya pn x mkn syur dgn buah.. Bkn x mkn tpi kt rmah sya mkn ap yg ad ja.. Sya mnum susu kmbing & mnyk klpa dra pgi dn mlm.. Alhamdulillah hb naik 11.7
Sma².. 😊
Sis tak dapat imferon injection ke ? Sy pun hb low, tpi baru hbs on imferon , hb dah naik semula dn consume semula ubat yg ad tu
tk sis. cuma bergantung dgn ubat,pemakanan,susu
kdang tu mesin kk problem jugk
Preggers