01/09/2022 Bukaan 2CM tapi doc suruh balik rumah.

Hi assalamualaikum semua mommies. Nak share pengalaman ini (masih lagi belum bersalin) . Pada 01/09/2022 saya mengalami sakit perut dan mula cirit birit yg secara tiba-tiba. Dalam pukul 3 ptg saya ambil keputusan untuk mengajak suami ke hospital kerana kuathir mungkinkah saya ingin melahirkan… Kontraksi mula terasa sejak pukul 11 pagi dan berlarutan hingga dlm perjalanan ke hosp (HSB) . Tiba di hospital saya terus ke bahagian wad bersalin. Ibu dan bapa di wajibkan membuat swab rtk sebelum masuk ke dalam untuk pemeriksaan. Untuk suami di perlukan untuk menemani isteri jika isteri ingin bersalin. Masa menunggu di dalam mmg agak lama, untuk saya doc mengambil masa dlm 3 jam untuk jumpa saya sebelum buat CTG (Cardiotocography (CTG) is a technique used to monitor the fetal heartbeat and the uterine contractions during pregnancy and labour. The machine used to perform the monitoring is called a cardiotocograph. Cardiotocography. A cardiotocograph recording fetal heart rate and uterine contractions.) untuk melihat kadar kontraksi yg saya alami. Sebelum itu saya di ‘interview’ kerana ini kali pertama saya dtg ke bhgian wad bersalin itu.. Selepas buat CTG , menunggu untuk kali kedua pula untuk scan baby dalam perut.. dan kira2 1jam setengah di panggil untuk scan baby dan cek bukaan rahim. Doc beritahu yang bukaan sy sudah 2cm tp dlm CTG tiada kontraksi di kesan di dlm graph CTG dan menasihatkn saya boleh pulang dan dtg semula jika ade kontraksi kuat dalam masa terdekat dan kontraksi mesti dalam 10-15 min skali. Kalau kontraksi dlm 1 jam ke 2 jam sekali tidak di nasihatkan untuk kembali 😅 Untuk pengetahuan mommies smua mmg ada pendarahan di luar pintu rahim tp tiada kontraksi berlaku . Mengikut pengalaman kakak saya, dia pernah mengalami situasi yg sama di mana doktor suruh pulang kerana bukaan masih kecil dan mengambil masa dalam seminggu untuk betul2 bersalin(anak yg pertama) . Untuk saya ini adalah ank kedua saya tetapi pengalaman pertama saya untuk melahirkan secara normal kerana anak pertama melalui caesarean. 😅 Oleh itu saya agak bingung dan ‘kurang tahu’ sakit nak bersalin kontraksi ni sebenarnya mcm mana. Di rumah saya masih boleh melakukan kerja kerja rumah seperti memasak dan mengemas. Dan juga saya mengambil kesempatan untuk menggunakan gym ball untuk mengalakkan pintu rahim untuk ‘dilate’ @ terbuka lebih cepat. Walaupun masih ada 12 hari sebelum due date, saya Mohon ibu ibu doakan semoga proses kelahiran normal yg pertama saya berjalan dengan lancar! 😊 Amin amin!

19 Các câu trả lời

Saya pun 38w5d due 14/9 first baby, belum ada rasa contraction yg kerap lagi, keras2 tu ada tapi kejap2 je. Baby pun gerak aktif. Tapi yang pastinya, mmg susah betul nak tido sekarang ni😅🥺 sakit pinggang tulang bontot, pusing kiri kanan tak kena, heartburn sampai nak termuntah. Last2 tertidur sambil duduk je, bangun2 leher mcm nak patah dah🥴 Perasaan skrg nervous, takut, excited heheh sambil2 baby belum keluar, jom kita ajak suami pi jalan2 dulu bagi senang bukak jalan sambil makan sedap2 hahahah

Ermm kena balik eh? Saya pula bukaan 4cm tanpa ada tanda2 contraction, bleeding semua tu. Bila buat check up biasa dgn doc , doc cakap dah 4cm terus admit, time check tu pukul 10:30am. Bila bagitahu MIL, dia cakap “balik dulu nnt malam dtg semula. Amik masa 11 jam macam tu nak dapat bukaan besar” . I just dengar cakap doc and admit , semua ingat saya akan bersalin malam or esok pg, last2 6:00pm bukaan dah 9cm. Alhamdulillah. EDD 6/9/2022 tapi keluar 17/8/2022

Yeke.. risau jugak ye mcm tu.. saya dah masuk 6 hari dah ni xde contraction serius. Baby gerak ok. Bleeding ada sikit tp tu la x teruk sbb mse 1/9 pn dh ade bleeding.. esok mungkin sy ke hosp untuk cek smula.. 😅

saya pun checkup 1/9 haritu swasta doktor check bukaan 2 cm , then bleeding smpai harini ada spotting. Lpeas checkup tu memang doktor suruh balek sebb doktor kata bukaan 2 cm selalu memang amek masa, depends pada orng. Kalau beserta contraction baru doktor suruh datang semula. Due sye 11/9, so sye bnyak exercise untuk cepatkan bukaan n tengah mnunggu kontraksi datang tpi smpai skrng xda

nak tggu bukaan Tu agak lambat jugak sis, tapi kalau dah 2nd time NAK bersalin takde nak nunggu sampai seminggu lagi2 kalau dah kena seluk.. saya anak kedua nak Hari pertama g cek bukaan 2cm n buat ctg, doktor tahan saya Dulu sebab dah 39w6d.. esokkan 2nd day terus jadi 4cm sedangkan takde Rasa sakit contraction n takde bleeding terus Tolak LR pecah ketuban drip ubat.. Semoga urusan bersalin Kita semua dipermudah... Aminnn

TapFluencer

Amin amin.. ramai juga due dekat2 dgn saya ya.. saya masih lagi di rumah😅. Jalan dh terkengkang2 sikit cuma tu la xde contraction. Cuma pagi ni perut agak mengeras sedikit.. pinggang pn ada sakit2 .. baby bergerak ok lagi.. ☺️ harap2 dalam masa terdekat jugak la baby keluar.. kesian kat ank yg 1st ni ha risau terkurang bg perhatian sbb dh nk due ni 😅

sma dngan sya sis scondbby ni 31/08/22 mlmnya sya mngalami pndarahn xbnyk tnpa cntraction tpi x pgi hospital just ready" brng jaa ..sbb ank first dlu ad pndrahan sbuh cntraction then pgi tu jg sya brsalin. tpi scondbby smpai hri ni blum ad cntraction lgi due 11\9 ni 😌..doakan sya jg dpermudahkan bersalin nntii aminn yaallah..

pengalaman sy 1st deliver dulu.. jika dah nak hampir bersalin.. kontraksi Akan terasa secara konsisten.. masa kontraksi Makin lama Makin pendek.. selang 15min, kemudian 10min, Dan 5min sekali Akan Rasa kontraksi.. time Tu dah boleh ke hospital.. selain Tu pastikan juga baby Masih bergerak.. kalau Rasa baby kurg gerak segera ke hospital

time anak saya no.5 mmg da keluar darah sikit..doktor cek da bukaan 2cm,doktor tdk benar kn sy balik sbb takut bukaan rahim besar..adanjuga dalam 2hari saya di hspital..sambil2 doktor cek bukaan rahim..doktor tolong bukaan kn laluan utk baby keluar cepat..

sakit sangat doktor buka bukaan. 😭

situasi kita sama. sy baru je balik dr hospital. contraction dr 12tgh malam smlm. sampai harini. tp bukaan 2cm. sy mintak balik. taknak duk hospital. due 16/9. lepas ni tggu ketuban @ hari beranak ajelah kalau masih tak ada bukaan.

kita sama sis.ank 1 st czer.jd bila ank kedua nie doktor kata boleh lahir normal.kita mcm kurang tau rasa contraction tu.sy sendiri sering rasa false contraction.cuma xkerap.dan dia dtg xkira masa..mmg keliru

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan