Awak kena berdisiplin jaga jadual susu baby. Setiap 1-2 jam kena menyusukan baby. Tak boleh skip atau lewat.
Boleh set alarm supaya tak terlepas jadual susu. Lagi satu, baby jaundice sentiasa tidur. By hook or by crook awak kena kejut juga. Macam point pertama saya tu, jadual susu baby kena disiplin. Tak boleh skip tak boleh delay.
Tips daripada paediatrician anak saya
- Buka bedung jika baby berbedung
- Geletek tapak kaki, tapak tangan
- Kalau dua cara di atas tak jadi, bogelkan baby. Pakaikan pampers je.
Pengalaman saya most of the time cara yang ketiga tu berkesan. Hehe.
Oh ya, awak ada masalah dalam breastfeed baby ke? Kalau tiada, teruskan penyusuan ibu. Melainkan doktor yang nasihat kan awak untuk campur susu formula.
Lastly, kalau awak ada bajet lebih boleh sewa lampu Fototerapi 👍
All the best mommy🌹I know the struggle because I've been there. Good luck and semoga awak dan baby cepat sihat😊❤️
Anonymous