Contraction timer.
Assalamualaikum. Selamat petang ibu2 semua. Just nak share utk ibu yang dah dekat nk bersalin atau sedang tunggu hari nak beranak, boleh download apps ni dekat app store. Mmg berguna sangat macam untuk saya 1st time mommy ni kan, masa dh start rasa contraction tu, mmg tak reti nak agak jarak masa dan gap between contraction tu. tak nak tulis atas kertas pulak kan, mmg malas laa jwab dia 😅. so nak senang sy install apps ni, bila rasa contraction terus sy tap dlm apps ni. So apps ni dia tolong catat pukul berapa kita rasa contraction tu dan berapa lama masa setiap contraction yang kita rasa dlm satu masa. Until saya tengok result contraction makin lama makin kerap, dah 5minit sekali. cepat2 siap nak pergi hospital, tengah2 bersiap ketuban saya pecah pulak 😂😂 Tapi mungkin ada sesetengah mommy tak perlu install pun dah boleh agak nk beranak ye tak ?? Hehe tapi tak salah kan kalau nak share. Sbb sy rasa apps ni berguna utk sy masa nak beranak baru2 ni and mungkin utk another new mommy jugk. Hopefully 😊😊 Sy doakan semoga mommy selamat melahirkan baby dan sihat always 😘