3 Các câu trả lời

waalaikumussalam. anak sy baru masuk 6 bulan dan belum berpengalaman tapi sy cuba jawab apa saya tahu ye. Bayi dah boleh mula solid food sekitar 6 bulan dengan syarat badan dia dh bersedia, contohnya boleh duduk tegak with/without support (untuk kurangkn risiko tercekik), baby dh pandai bawa makanan ke mulut dll. Yang awak nmpak baby mkn macam2 selain bubur/puree tu, maksudnya kenalkan baby dengan real food dari awal tanpa perlu jadikan puree, makanan sama mcm org dewasa makan. contoh dari awal dah kenalkan sayur rebus, buah potong, ayam bakar, pasta, roti sebagainya. tapi pastikan potong sesuai ikut umur untuk kurangkan risiko tercekik. satu lagi, bayi tak perlukan gigi untuk kunyah. asalkan makanan tu boleh hancur kalau awak picit dengan jari, sepatutnya baby mampu hancurkan dengan gusi dia. semua ni awak boleh search lebih lagi dlm BLW (baby-led-weaning) atau pon maksudnya bagi baby untuk makan sendiri. cumanya method BLW ni mmg bersepah2 sbb baby lebih suka main dari makan jadi kena bnyakkkk bersabar dan bersedia untuk mengemas 😂 nnti sampai masa anak akan pandai makan tanpa sepah. ramai juga org tak pilih BLW ni sbb malas nk kemas, ataupun anak suka sgt main makanan takut nnti anak tak kenyang, so dorg lebih suka suap anak. ikut pilihan masing2 ✌🏻 ok panjang pulak 😅 yg lain awak boleh cari lagi ye kalau berminat. saya pon baru nk mula bagi anak makan ni hehe

terima kasih atas jawapan.

TapFluencer

boleh folo ig: zaynesplate & solidstarts. sana dorang byk ajar ibu2 utk start BLW. blw mmg messy tp tu salah satu cara baby utk explore tekstur makanan & tak buat baby bosan dgn satu makanan sahaja. utk permulaan kalau dia main2 & makan 1-2 suap pun dah cukup sbb kita pun sekadar nak kenalkan. cuma kena konsisten lah. kalau nak inspirasi resipi makanan baby yg boleh dimakan, boleh folo ig: lovelittletummy & babykitchenette.my - mmg syok tgk menu pelbagai. boleh try sikit2 sbb kita pun kena tahu level anak kita mcm mana. btw gusi baby sgt kuat ya even belum tumbuh gigi. cuma kalau sayur mcm carrot & buah mcm apple/pear tu seeloknya steam sampai lembut utk senang baby pegang & gigit2. boleh jadi alat utk dia legakan gusi juga jika gusi gatal nak tumbuh gigi. good luck, mommy!

gaya pemakanan mcm tu nama dia baby led weaning (blw). kena bykkan pembacaan sebelum try mcm tu. anak saya start masuk 6 bulan je mmg bagi solid terus. blw mmg akan messy. anak sedang belajar cara nak makan jadi tumpah, comot tu perkara biasa. dari situ dia belajar kenal texture makanan. selalunya awal tu mmg main lebih dari makan. kalau saya, selit jgk la suap sikit sambil dia makan sendiri tu. puree/bubur pun ada juga bagi sekali sekala. Alhamdulillah lama lama pandai dia pegang makanan sendiri n makan.

terima kasih atas jawapan.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan