Bayi kerap muntah

Assalamualaikum. Saya nak tanya ada tak mummy2 dalam ni yg ada pengalaman baby kerap muntah selepas menyusu. Anak saya umur sebulan 20 hari. Fully bf. Walau dh sendawa pun kadang2 muntah jgk. Kadang tak sempat sendawakan pun dah muntah balik susu. Banyak pulak tu.Baju pun asik lenjun je dgn susu. Saya perasan susu overflow sbb breast berat je & bila pam susu bnyk kluar walau bby fully bf. Ape lagi ye nak buat tak nak bagi baby muntah.

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Jeluak / Regurgitasi* 'Doktor, baby saya kerap jeluak ni. Boleh tak beri ubat untuk kurangkan jeluak ni?' Jeluak sebenarnya perkara normal kepada baby. Ia berbeza dengan muntah. Tapi selalunya pesakit saya akan sebut 'muntah', meskipun anak mereka sebenarnya jeluak. Jeluak: susu keluar selepas menyusu tanpa sebarang 'effort'. Susu tu mengalir keluar dan baby nampak rileks je. Muntah pula, keluar dengan paksaan. Dan bayi akan nampak tak selesa, sebelum dan selepas muntah. Jeluak sebenarnya sangat bagus. Allah buatkan bayi jeluak, mesti ada sebabnya. Sebab tu, walaupun anak anda menyusu badan, dan anda dah 'burp'kan bayi anda, dia tetap jeluak. Salah satu bahan yang ada dengan banyak dalam susu ibu ialah HMO (human milk oligosaccharides). Salah satu fungsinya ialah' anti adhesive antimicrobial'. Ia menghalang kuman bergayut di permukaan sel. Bila kuman tak dapat nak melekat di sel, ia tak dapat nak terjah masuk dalam badan kita. Apabila baby jeluak, susu ibu akan naik dan 'membasahi' saluran pemakanan, tekak dan saluran hidung. Sel-sel di sepanjang saluran ini, especially di saluran pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract) akan dilimpahi HMO. Dan saluran ini akan 'terpelihara' daripada kuman-kuman ini. Apabila kuman tak dapat nak bergayut di dalam saluran pernafasan, maka baby itu akan terpelihara daripada jangkitan di tekak (tonsillitis, pharyngitis), paru-paru (pneumonia) dan juga telinga (otitis media). Sebab itu, baby yang menyusu badan sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan, kurang berisiko mendapat jangkitan kuman paru-paru berbanding bayi yang tak dapat kebaikan susu ibu dalam tempoh tersebut. Konsep yang sama berlaku dalam usus. HMO yang membasahi saluran usus membuatkan baby terpelihara daripada jangkitan kuman di usus (kurang cirit birit). Jadi, kalau anak anda jeluak, jangan bimbang. Especially kalau jeluak sampai susu keluar melalui hidung. Itu memang design yang Allah fitrahkan untuk menguatkan bayi anda untuk berhadapan dengan dunia yang penuh kuman ni. On the side note, ada beberapa tanda yang menunjukkan jeluak anak anda itu bukan perkara normal. 1. Muntah yang memancut keluar (projectile vomiting) 2. Cecair yang keluar tu warna hijau (jus hempedu, bile) 3. Ada darah dalam jeluak/ muntah. 4. Darah dalam najis 5. Perut kembung/ keras/ sakit bila ditekan. 6. Anak anda mula jeluak selepas berumur 6 bulan, atau jeluak berterusan selepas umur 1 tahun. Kalau ada tanda-tanda di atas, cepat-cepat jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tanya kawan-kawan anda dalam fb ya! So, kalau baby anda jeluak, just relax. Cuci/ suruh hubby anda cuci, dan enjoy the 'bau masam' experience! Dr Saleh. Rasa nak jeluak pulak ni. #justsharingncopy&paste

Đọc thêm
4y trước

Most wlcme sis😉

bg susu badan ikut keperluan umur bayi...sekiranya breast penuh seeloknya pump simpan buat stok mengikut sukatan liter dan catatkn...senang tahu kemampuan bayi byk mana dia minum...kalau terlebih mmg baby akan muntah w/pun dah sendawa...sbb baby ni akan hisap selagi boleh tnpa tau kenyang....

Thành viên VIP

waalaikumusalam tu normal je sis, sis kena rajin sendawakan baby sebab dorang tak pandai lagi kan, just gosok atau urut lembut belakang badan dia, baby saya pun camtu kerap muntah, kalau baby menyusu sampai tidur pun tetap kena sendawakan dia letak dia secara mengiring lepastu sendawakan

4y trước

Ok sis. Terima kasih bagi pandangan.

Waalaikumsalam, hai sis mmg nrml tu di panggil 'reflux' cuba sis google n bca mmg nrml ambil masa utk hlng dgn sndri xp klu kerap n muntah evrytime btr consult dktr k

4y trước

Sama sis ada first, risau gak n ada masa chckup pun tny dktr mmg nrml dia ckp..so dnt wry k

Thành viên VIP

Perut kembung kut sis DULU SAYA PAKAI MINYAK TELON BABAY KUAT MUNTAH LEPAS TU TUKAQ PADA MINYAK YUYEE ...SEKARANG DAH OK TAK MERAGAM KLAU TAK MUNTAH JA...

Normal ya sis.. sya pun 1st baby tahun ni, dia muntah2 sampai saya balik2 tanya doctor. Doctor cakap mmg normal sebab perut baby ,muscle belum kuat lagi

Normal tu. Masa anak sy umur sebulan pun macam tu. Punya lah risau. Sampai g Tanya Dr. Tapi Dr kata normal je. Masuk 2 bulan dah kurang muntah2 tu

4y trước

Puan bby puan da OK ke muntah ye? Bby sy skrg sbulan masih muntah dgn byk kdg2 walaupn lps myusu. Bkn jeluak ye. Jeluak sy tau dia keluar susu ketul2 sikit je mcm ank2 sblum ni

Normal tu..baby sy dulu pun mcm tu, mmg risau juga..tp kena sendawakan baby setiap kali lepas mnyusu baru x muntah..

4y trước

Tula mmg sendawakan pun. Anak awak umur bpe ye baru ok?

3bln mcm tu ok sdh hehe