Mohon doa rakan2 ibu..

Assalamualaikum.. Saya just nak meluah dan berkongsi rasa, sambil minta doa daripada rakan2 ibu. Mungkin ada antara rakan2 ibu yang doanya mudah diangkat dan dimakbulkan..InsyaAllah.. Currently tengah hujung t2, anak 2nd. Pjj setahun stgh dgn husband dan anak 1st yg berusia 4tahun. Biasanya anak yg akan duduk dgn ibu, tp saya yg terdampar seorg diri dekat tgh ibu kota atas tuntutan kerja. Masa anak 1st mmg kami struggle bab kewangan. Tp skrg alhamdulillah rezeki masing2 dapat kerja tetap cumanya perlu berpjj. Saya tak mengeluh soal tu, sbb yakin Allah dah atur yg terbaik utk kita semua. Cumanya skrg tengah berusaha untuk memohon pindah wlpn syarat ditempat skrg at least 3tahun tempoh berkhidmat. Ada sestgh tempat yang mudah utk bertolak ansur tp dekat sini, agak strict sikit pengarahnya. Kdg2 dtg rasa risau, down, tak tenang bila fikir lepas habis berpantang, anak kecil mcm mana. Sbb saya biasanya balik ke utara dlm sebulan cuma sekali kerana kos pengangkutan dan cuti2 yang terhad. Anak 1st sekrg family mertua yang jaga. Alhamdulillah keluarga mertua semua baik2. Saya yang rasa serba salah nak biar mereka jaga yang kecil bersama sbb masing2 pun dah berumur. Nak bawa bersama tinggal di ibu kota agak susah sbb kerja shift tak menentu dan skrg hanya menyewa bilik. Mohon doa daripada rakan2 ibu, doakan urusan pertukaran saya ke negeri kelahiran dipermudahkan. Semoga urusan ibu2 juga turut dipermudahkan.. InsyaAllah..

3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Mudahan Allah kurniakan kemudahan buat puan dan lain2 yg terlibat