Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
Saya nak tanya kepada ibu2 hamil di sini, ada tak yg suka minum vege+fruit smoothie? Saya suka buat vege smoothie lagi daripada masak tumis yg makan dengan nasi tu. Kalau makan lauk sayur tak lalu, rasa nak muntah.
Saya ada bertanya dengan nurse, nurse cakap sayur tu kena rendam dengan air panas yg mendidih selama 5 minit. Lepastu baru boleh makan/blender. Tapi saya tengok resepi2 smoothie untuk ibu hamil daripada westerners lah especially, dorang cuci sayur tu tapi tak rendam air panas pun?
Bagaimana ibu2 semua prepare sayur2an sebelum makan ya? Terima kasih ibu2 semua. No kecam2, be kind ya.. 🤗