6 Các câu trả lời

hi sis nk share pengalaman sy, ketuban byk since 34 mggu. sy x ada diabetes.tp sy cuba kurangkan juga makanan manis & karbo.still byk jgk ketuban border line. bila check dgn pakar,tgk bubble dlm perut dlm baby kurang. then check seluruh bdn baby rupanya leher dia dlm keadaan mendongak.ssh untuk dia menelan.punca bubble krg dlm perut also punca ketuban jd byk. pujuk2x baby betulkan leher dia sbb doktor kata x ada ketumbuhan atau inflammation keliling leher baby yg menyebabkan dia berkedudukan begitu.last2x 38 week dia btlkan jgk leher,trs bubble perut ok,ketuban jd normal balik.just sharing❤️

Sy pernah air ketuban banyak jugak .. Sy ada gdm .. Doktor nak cek lg dua minggu lepas tu sy cut sugar .. minum air masak je pastu sy cut makan makanan manis .. Lepastu doa lah banyak banyak supaya air ketuban normal balik .. Alhamdulillah air ketuban sy dah normal balik dah lps 2minggu🥰

baby terbelit tali pusat sebab boleh jadi bila air ketuban banyak baby more aktif then possibility akan terbelit tali pusat tu ada. but bacaan air ketuban ni dia akan berubah rubah tiap kali check up. kadang time ni check air ketuban lebih, next check up normal balik or makin berkurang macamtu la

utk air ketuban byk mmg xde tip utk kurangkan awak. mmg doctor akan pantau. kalau air ketuban kurang awak masih boleh tambahkan air ketuban. sbb air ketuban ni terhasil dr air kencing baby kita

sama sis i pun air ketuban banyak i tak ada gdm semua tak ada tapi 11hb pergi check lagi sebab i dah nak masuk 39 week belum ada tanda bersalin

sy 24w air ketuban kurang esok tu sy minum air sehari 2 liter+ air nyoq hari² Alhamdulillah meningkat bacaan air ketuban tuu

tak tahu punca dan takde tips. sebab air ketuban tak boleh kita nak Tambah/kurangkan manually

nak ikhtiar boleh tapi takde kajian yg menunjukkan air ketuban ni tak boleh kurang/tambah dgn minum air banyak or makan apa². ikhtiar la dulu, selebihnya tawakal.

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan