Assalamualaikum mummy2 semua. Selama ni sy bnyk kali bertanya soalan yg sy rasa agak penting jugak la tapi x penah dijawab. Tapi sy tengok kalau ada yg tanya soalan merapu atau berulang ramai pulak yg reply. Xpe la sy try lagi tanya. Kali ni soalan lain pulak. Malam tadi sy kemas2 almari semua & sblom tu ada jugak la angkat kotak2 berisi baju. Badan sy penat sgt masa tu jd sy amek keputusan utk stop kejap. Sy ngn suami pjj jadi sy yg kena angkat semua benda. Pastu sy nak mandi jadi bila sy bukak spender tetiba ada air keluar laju je sampai habis. Masa tu sy tgh berdiri kat dalam bilik tidur. Sy cuba tahan tp x boleh nak tahan walaupun sy try betul2 nak tahan tu. Tetap keluar mcm air paip. Spontan je keluar. X penah lagi jadi mcm ni selama hidup sy. Tp masalahnya bila sy hidu bau air tu bau hancing mcm bau air kencing. Jadi sebenarnya sy terkencing ke? 😅 Tp kalau terkencing mesti sblom tu ada rasa nak terkencing kan & kita boleh kawal. Tp bau kencing. X faham la. Pastu xde dah keluar air pape. Baby pulak mcm biasa aktif je tendang2. Semoga soalan sy kali ni terjawab. Tq
#34weeks5days
#Firstpregnancy