Hi Assalamualaikum mommies, sy tahu setiap perkembangan anak lain2, tapi perlu ke sy risau kalau anak sy 4 bulan 12 hari masih belum meniarap lagi ? Dia ada juga cuba untuk mengiring & meniarap, tapi boleh kira berapa kali je .heheh . Bila dh meniarap kepala dia langsung tak naik, sy cuba buat tummy time di bantal & atas badan sy, dia taknak juga angkat kepala. sy tak berani untuk buat tummy time dekat bawah sebab dia memang tak angkat muka, risau anak tak boleh bernafas.
Kepala anak sy bila dukung, duduk elok je tegap nye , cuma bila dia meniarap, dia tak angkat kepala. Sy cuba juga buat tarik tangan anak, kepala anak tak tinggal kebawah , kepala nya ikut badannya .
Hmm ,perlu ke sy risau ya ? atau anak sy tembun tu yg dia penat untuk buat kerja ya . huhu .
Anak sy 4 bulan 12 hari 8.1kg -baby girl .
Harap ada mommies yang boleh beri pendapat . Sy kesian tgk anak sy dibanding dengan sepupu dia lagi sorang yang cepat kerjanya . #firstmom #ingintahu #bantujawab #bantusharing
Anonymous