Suntikan dari KK

Assalamualaikum mommies. Saya nak meluahkan perasaan saya. Saya kecewa sikit dengan nurse KK. Saya ni bekerja jadi saya bekerja memang akan bawa anak sekali lah. Sebab saya ni bekerja suami pun ikut sekali. Jadi saya lepas bersalin saya bersalin kat Melaka sebab ibu ayah saya duduk situ. Jadi saya berpantang kat rumah ibu saya. Time berpantang ada nurse datang rumah. Alamat kat buku pink saya ada 3 alamat. First time kat KL time tu baru buka buku pink, second saya letak alamat Batu Pahat sebab ikut suami saya. Third alamat rumah ibu saya sebab saya nak anak IC 04. Nurse yang time datang ke rumah untuk check baby semua okay, ada seorang nurse macam nurse baju biru lah india. Dia tanya lah nak buat check baby kat mana? Saya pun cakap lah saya nak buat kat Melaka sebab ibu saya suruh apa² urusan letak je kat alamat rumah dia. Pastu nurse tanya pasal kerja lah. Saya ni kerja memang full kat KL. Kat Batu Pahat tu husband open business adakala balik la. Nurse baju biru tu kata, jadi check up baby kat sini lah (Melaka) saya kata ya. Saya bertanya juga kat nurse kalau check up baby time appointment tu buat kat KK lain boleh tak? Dia direct kata tak boleh. Jadi saya macam eh? Kenapa ye? Dia kata nanti kalau baby sakit tu ni apa tah saya lupa terus g alamat yg saya nak tu, baby takdelah apa lah. Jadi saya pun cakap lah adakala saya balik Melaka sebab saya ada urusan juga kat Melaka. Terus dia kata tak boleh sebab saya ni duduk berpindah². Saya pun diam jelah bila dia cakap apa tah. Pastu dia prefer suruh buat swasta je kalau check up baby every month. Time tu saya diam je, sebab saya tengah fikirkan nak buat check up kat mana sebab saya duduk berpindah². Adakala duduk KL, adakala Batu Pahat, adakala Melaka. Saya belum cakap saya nak decide alamat mana terus dia kata macam ni, tak mampu ke buat check up kat swasta terus saya macam eh?! Kalau saya ni tak mampu takdenya saya boleh bergerak ulang alik 3 negeri untuk stay, time cakap tu ada husband sekali. Cakap tu seolah² nak merendahkan suami saya. Suami saya warga asing, tapi alhamdulillah sekarang saya kahwin tak pernah pun kurang nafkah dia bagi, semua cukup dan terlebih cukup. Terus husband cakap lah, kalau tak mampu takdenya saya boleh buka business kat Batu Pahat, KL dengan Melaka. Terus nurse baju biru tu diam. Lepas check up tu, ada nurse lain tanya dah decide alamat ke? Pastu husband direct kata nak letak alamat kat Melaka. First sebab kalau saya dengan husband busy, ibu saya akan jaga baby saya. But so far ni saya yang jaga, mana² still bawa dia. Ini pun ibu saya suruh letak alamat kat Melaka untuk baby. Kemarin saya balik KL, jadi saya bawa baby sekali. Check dia 27/01 untuk 2 bulan punya. Nurse yang baju biru datang rumah kat Melaka (rumah ibu&ayah) datang tak bagitahu, takde info atau call ada rumah ke tak. Terus datang cam tu. Bila dah sampai dia terus call saya dengan marah² maki² saya. Reason sebab baby takde kat rumah (Melaka). Time dia marah² maki² time itu, saya dengar lah ibu saya ceramahkan dia. " Kau satu kerajaan cakap macam ni, kerja jangan menyusahkan orang, kalau rasa menyusahkan lucut jawatan kau tak payah bekerja. Kau takde info nak datang, tanya tuan baby ada kat rumah ke tak, datang² rumah orang pastu nak marah². Kalau anak tu sakit g bawa kat mana² hospital/klinik kerajaan, bawa buku dia, doktor akan tulis note lah dalam buku tu. Kau bila mak tu bawa baby g check. Copy jelah balik. Jangan nak jadi malas bila kerja." " Siap kau hina menantu aku kata tak mampu bawa baby check up swasta. Apa jenis nurse kau ni dah lama sangat hidup ke? " Time tu memang ibu saya baran habis, saya diamkan diri jelah dalam telefon boleh dengar lah, apa yang ibu saya marah kat nurse baju biru tu. Ya saya tahu pasal yang dia pernah terangkan. Kalau emergency time tu pastu bawak baby g klinik swasta/kerajaan buat check up dia. Saya bawa buku dia tu, doktor yang check up mesti akan tulis note kat dalam buku baby. Jadi tak salah kan copy paste je. Ini siap maki hina bagai. Ada apa² nasihat tak untuk saya. Ini sekadar luahan saya. #firstmom #Needadvice #bantujawab

7 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

saya tulis apa setakat yg saya tahu je erk. perlu utk decide klinik mna baby nak checkup especially baby bwh 1tahun. sbb anything happen, ank warded ke apa, hospital akan inform kk yg kita checkup tu. if anything happen kt baby, nurse2 yg jaga tu nk kena present dekat atasan apa2 psl baby spnig baby checkup, klu diorg xdpt jwb diorg yg kena marah. so diorg bertegas utk decide kk mna kita nk checkup baby itu adalh tugas diorg. tentang x inform dulu nk pergi rumah, spnjg sy berpantang pn diorg xpernah ckp bila nk dtg tw2 sampai. so apa2 nk ke mna tugas kita inform diorg, cth next week sy nk blik kl. temu janji baby pulk bila ye? temujanji utk apa? boleh tumpang cek kk lain x atau tukar tarikh? sbb kes baby bukan mudah ye. 1 malaysia akan trace. ini berdasarkn pengalaman sy sbb arwah baby sy dlu sakit. bila anak sy meninggl smua klinik call sbb sy checkup 2 negeri. keje negeri lain kg negeri lain. nasihat sy, follow the flow apa yg diorg bagitahu, if x boleh pergi tarikh sekian2, bagitahu nurse incas awk. if nk kluar negeri lain dlm masa terdekat ngn wktu checkup pn bagitahu. so diorg noted. tapi still kna buat 1 pilihan nk checkup dkt mna.

Đọc thêm

saya mintak maaf ye kalau mengguris hati TT . sebenarnya memang kita kena tetap satu alamat untuk checkup baby . supaya senangkan misi yg jaga anak awak tu dan senangkan awak jugak . kalau jadi apa apa , misi in charge awak kena dulu . masa saya pantang , misi ada je yang call dan ada jugak yang tak call . tapi kita sendiri kena alert lah , kita kena tahu sendiri lah yg memang misi akan datang rumah check baby kan . sebab misi in charge saya awal awal dah pesan , dorang kadang akan main datang je tanpa inform so kena tetap satu alamat . jadi kalau boleh , decide lah satu alamat tetap . memang doktor lain akan tulis je note dalam buku anak tu tapi ada masanya dorang tak tahu keadaan "sebenar" anak tu sebab dorang tak check anak awak tiap bulan , faham tak maksud saya . dia faham condition anak awak melalui note dalam buku je . jadi sebaiknya biarlah satu misi dan doktor je yg check baby kita . mudahkan awak jugak kalau anak ada problem terus bgitahu misi yg "jaga" anak awak macam mana macam mana . kalau tak boleh datang kk check anak ke apa senang bgitahu dia nak tukar tarikh je . jangan stress stress ya mummy , enjoyy 🤍

Đọc thêm
5d trước

nak bajet supply barang pun jadi susah

Influencer của TAP

Saya baca luahan ni, OK faham. Untuk memudahkan urusan dan ketenangan puan, suami, anak, ibu puan dan pihak KK cadangan saya, better Puan dan suami stick pergi buat check up di swasta. Tak perlu ibu puan untuk uruskan check up anak walaupun dia sendiri offer letak alamatnya. Beri ibu puan tenang hadapi usia dia sebagai nenek. Dia dah hadapi pengalaman uruskan anak-anaknya di klinik kan. Tak best kan ibu kita marah2 org lain sebab hal kita sbg ibu bapa walaupun punca pihak sana tak inform awal? So, kita sebagai ibu bapa, biar bersusah payah jaga anak, asuh anak. Jangan buat ibu bapa kita marah sbb hal yg sepatutnya menjadi tanggungjawab kita. Call KK, beritahu begitu yg puan nak hentikan check up anak di KK. Itu cadangan saya.

Đọc thêm

sis kan mampu sgt. so bgtau nurse kk tu kata nk follow up swasta je. xpayahla sis nk sakit hati n sakitkan hati org. staff kk byk keje byk patient. dia dah set tiap nurse tu ada patient dia, klu asyik bertukar2 tmpt dia pon kusut. dah la xpayah bayar perkhidmatan dorang bg ibu mengandung n baru bersalin ni. dorang dtg umah sy pon kdg2 xsmpat nk call tp xda lah smpai tahap nk maki hamun nurse. sis tolong lah pegi swasta lg byk pesakit perlukan khidmat nurse kk tu.

Đọc thêm

Takde masalah pun sis. Dah mmg kena kesana sini, dia pun kena faham lah. Suka2 nak merendahkan org, nak marah maki semua. Kalau saya ni, saya tak suka bagi muka. Jenis mcmni nanti pijak kepala. Kalau saya kat tempat sis, saya report SISPA. Biar dia kena tindakan

2d trước

Siapa yg nak ckp baik2 kalau dah nurse tu yg start macamtu?

Sy pun mcm awk. Ade 3 alamat, dungun, kota bharu dan tasek gelugor. Kalau app sy g ikut tarikh kalau dk kota bharu. Kalau balik penang ikut zon. Kalau dk dungun pun ikut app. Kalau berada luar kwsn call jer kk suruh book tarikh lain.

saya rasa awak patut terus checkup di swasta saje sebab awak pun mampu. kk memang susah sikit bila awak pindah randah. menyenangkan diorang juga tak perlu call utk track record baby awak yg kesana kemari tiap kali appt

2d trước

Setuju