8 Các câu trả lời

VIP Member

wsalam.. minggu pertama start dengan bubur nasi kosong cair. then tambah 1 jenis sayur dlm bubur. by minggu ke-3 dah start intro protein. semua ni buat rules bagi makanan yg sama selama 4 hari ya. klo bby tak ada alergi/sembelit, boleh intro jenis sayur or protein yg lain pula. contoh: 4 hari pertama: bubur nasi kosong + susu ibu/fm + minyak kelapa sawit (bubuh berapa titis/1 sudu teh shj). ada bajet lebih beli evoo (extra virgin olive oil). sama juga dengan beras, boleh guna beras yg sama kita makan. xsemestinya kena guna beras sumo. 4 hari ke-dua: bubur nasi+sayur bayam hijau 4 hari ke-tiga: bubur nasi+brokoli 4 hari ke-empat: bubur nasi+sayur bayam+ayam (intro protein) 4 hari ke-lima: bubur nasi+carrot+ayam (intro 1 jenis sayur) 4 hari ke-enam: bubur nasi+brokoli+ikan (intro 1 jenis protein) klo boleh sis buat jadual makanan anak ya. makanan apa yg dah intro. mesti kena alert apa yg anak dah makan & apa yg anak alergi. awal2 boleh bagi anak makan 1-2x makanan utama. buat cair2 je dulu klo risau anak sembelit, dah ok boleh ubah texture/kepekatan makanan. puree buah boleh intro sebagai snack time bila cukup 1 bulan. meaning 2x makanan utama, 1x snack time. macam buah naga, pisang, etc. buah yg lembut xperlu steam. hanya perlu lecek or bagi guna fruit feeder (google) pon boleh. lepas tu, sis buat jadual makan untuk 3x makanan utama (nasi/pasta+ikan/ayam/daging+sayur) 2x snack time (buah/finger food). meaning jadual makanan yg anak dah pass ya. sambil tu cuba lagi intro makanan baru dalam menu bby. bila intro makanan baru buat semula rules 2/3/4 hari makanan sama. Bawah 1 tahun, susu ibu/fm masih lagi makanan bby yg utama. makanan lain sebagai sampingan atau fasa pengenalan sahaja. jadi ada certain bby makan sikit ada yg makan banyak. itu normal jgn risau ya. sis boleh juga refer buku checkup anak sis. ada panduan utk makanan bby (page 36). situ pon boleh follow ok. *no salt no sugar sehingga bby 2 tahun ya. sis boleh guna ikan bilis or kurma sebagai perasa. jgn risau lidah bby ni xsama macam org dewasa. makanan yg kita bagi bby tu dah ada rasa. *madu pula hanya untuk bby 1 tahun ke atas. selamat mencuba!

InsyaAllah, terima kasih skli lagi☺️

Peads saya suruh introduce buah untuk buat raso raso saja. Baby start makan 5 months. By 5 months tu, makanan yg saya introduce semua buah. By 6 months saya start buat BLW complete meal. Sekarang 8 bulan, dah makan mcm makanan kita, cumanya no salt no sugar. Saya rasa terpulang pada mommy nak buat bubur nasi or puree buah. As long sebelum baby umur setahun, kita cuba introduce at least 100 jenis makanan if possible

Alhamdulillah,terima kasih sis sudi jawab soalan sy☺️.

Wsalam. Start with bubur nasi. Baby dah biasa dengan rasa manis susu. Tak digalakkan beri puree, maknan yang manis2. Kita nak bagi baby sesuaikan diri dengan pelbagai rasa. Saya, tak pernah buat puree pun 🥹 Lebih prefer lenyek lepastu bagi makan, kalau buah yang keras pun kukus dulu then terus lenyek. Ni pendapat saya ya. 🥰

oh ye eh, maaf mungkin saya salah faham lah. sebab yg saya tengok puree yg orang buat, betul2 blend. mmg halus, pastu ada yang buat sekali banyak and then frozenkan.

kalau saya, saya prefer bubur kosong dulu. sebab nak bg baby rasa yg tawar dulu. takut bila dah bagi puree terus rasa yg sedap, sebab kadang2 buah ada manisnya tersendiri kan.

Alhamdulillah,terima kasih sis sudi jawab soalan sy☺️.

TapFluencer

bg nasi kosong dulu. blend halus mcm susu tp sedikit pekat. utk pengenalan rasa yg dia biasa makan selain susu. perlahan lahan baru intro lelain makanan. jgn kalut. hehe

Alhamdulillah,terima kasih sis sudi jawab soalan sy. Baby nampak berselera makan bubur nasi td☺️

awak boleh follow page fb happy baby food malaysia. dekat sana admin pon rajin reply kita dan awak akan dpt info yg menarik beserta resepi makanan baby☺️

Dah follow dh sis,tp masih confused xtahu nk bg yg mana. Sbb byk pendapat. Terima kasih ya sis sudi jawab soalan sy☺️

TapFluencer

1st kena bg bubur kosong dulu. tanpa garam gula. buat rules 2/4/6 hari. lepastu baru tambah protein/sayur sikit2.

bubur nasi dlu..

Alhamdulillah,terima kasih sis sudi jawab soalan sy☺️.

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan