Puan. Tabah ye.
Serius, tak mudah nak redha sebab jauh di sudut hati paling dalam kita juga teringin. Tapi redha lah juga kuncinya 🥺
Saya TTC lebih kurang 7 tahun juga.
Usaha saya dan suami semampunya seperti rujuk klinik pakar sakit puan hospital biasa. Makan tahun juga yakni 3 tahun. Ada rezeki lebih boleh ke swasta, lebih cepat. Ada rezeki lagi boleh ikhtiar IVF atau IUI.
Saat semua usaha yang kami mampu (perubatan / alternatif) kami dah buat awal tahun 2020 - kami duduk meluah perasaan kami redha ☺️ Umur pun dah masuk 30 lebih. Ada ada. Takde, takdelah.
Kami menjalani hidup seperti biasa.
Fikir apa aktiviti aktiviti nak dibuat berdua. Redha seredhanya bila mana kita tengok anak orang lain atau dengar berita orang mengandung tu kita jadi seronok ! Seronok yang betul betul seronok.
Dan. Dengan izin Allah.
Kurnia yang kami tunggu hadir tiba tiba Ogos 2020. Terkejut yakmat sebab tak terfikir. Itu pun Allah susun seorang sahabat paksa saya buat UPT. Kalau tak mmg takkan buat sbb period saya mmg irregular.
Allah maha baik.
Lepas saya / kami ada anak ni satu satu hikmah tersingkap kenapa Allah tak bagi kami anak awal. Sebab Dia tahu, kami belum mampu waktu itu.
Allah maha baik.
Dia maha tahu apa yang terbaik.
Kebenaran ni tak boleh disangkal kan?
InshaAllah.
Đọc thêm