Waalaikumussalam bakal ibu. Saya ada fibroid di sebelah kiri perut semasa mengandungkan anak pertama. Doktor cakap semakin membesar kandungan, fibroid pun turut sama membesar. Fibroid bukan kanser so sebenarnya tak merbahaya, tapi jadi berisiko kepada kita dan bayi di dalam kandungan. Sepatutnya kena operate tapi doktor tak sarankan sebab saya mengandung. Doktor kata selepas bersalin make sure kena buang fibroid sebelum plan untuk mengandung lagi.
Bila kandungan membesar baru saya rasa sedikit sakit di fibroid. Sebelum mengandung memang takde rasa apa2 pun.
Saya bersalin secara emergency ceaser kerana jantung baby drop semasa but CTG (cek denyutan jantung bayi).
Sekarang masih belum operate sebab kena tunggu sekurang-kurangnya setahun baru boleh operate.
Tapi untuk puan, better puan consult dengan doktor puan sebab badan masing-masing lain anatominya.