Assalamualaikum and hye mommies
4/10/2109
Saya disuruh warded sebab dah overdue (41w). Malam tu saya admit and doctor ckp kita nak induce awak kalau tak ada bukaan.
5/10/2019
Induce pertama pukul 7 pagi dan lepas 4 jam check bukaan baru 1cm. Allahu. Tp masa tu tak sakit lagi. Pukul 2 ptg dia masuk kan belon (first time dengar masa tu) . Doctor ckp dalam masa 24jam kalau tak jatuh sendiri. Kita akan keluarkan. Fungsi belon tu untuk bagi contraction dan untuk cepatkan bukaan.
6/10/2019
10pg, belon jatuh dah. Expect masa tu bukaan dah banyak la. Skali check bru 3 cm. Allahu. Perasaan masa tu bercampur?. Doctor cakap nk hantar labour room. Semntara tggu. Contraction dtg. Kuat sgt. Sampai dh rasa nk berguling. Call mak. Siap nangis lg. Hehe. Tp sgt sakit. Mak mntua datang sampai nangis. Die kata tak sanggup tgk ank sakit .
Pukul 3 ptg masuk labour room. Tunggu bukaan. Dari pkul 3 sampai 8 malam. Bukaan sampai 5cm. Dah tak tahan sgt sakit. Sy request epidural. Then doctor pecah kan air ketuban. Alhamdulillah clear. Baby tak berak lagi. Doctor suruh tunggu lagi smpai pkul 12. Masa tu dah bertalu2 contraction. Epidural tu pon dah tak membantu lg. Sy ckp dengan suami. Klau bukaan smpai 10 sy x yakin sy bleh teran sbb sy dh penat sgt. Bukaan sy stop sampai 5cm je. CTG on setiap masa.
7/10/2019
2.30 pagi. Doctor ckp baby mcm dh tak active. Doctor decide untuk emergency czer. Tak apa la. Sy redha. Janji ank sihat.
3.11 pg keluarlah baby girl. 3.43kg. syukur alhamdulillah. Pengalaman yng susah sgt2 nak lupa. Now baby dah nak masuk 3months old.
Tapi nikmat bersalin tu Allah je yg tahu. Setiap ibu2 ni terlalu kuat. Terima kasih mommies
#first baby
Nur'aisyah Kzaman