nak tnya

assalamualaikum & hye mommy2..sy nk tnya la kt sni ada tk mcm sy dkt celah2 kang2 jd cm gtal2..shbat2 boleh bg tips tk utk hilngkn gtal2 tu...trima ksih yer..sy prgnt #29w1d#fisrtbby

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Hi! Gatal-gatal boleh terjadi akibat daripada alahan (allergy) sewaktu mengandung atau boleh juga terjadi kerana adanya selulit di bahagian celah kangkang yang berlaku akibat pertambahan berat badan. Jika kegatalan itu berwarna kemerah-merahan seperti ruam, boleh dapatkan ubat/cream daripada klinik berdekatan dengan merujuk doktor perempuan atau jika kegatalan itu akibat daripada selulit (ada garis-garis pada kulit) boleh dapatkan krim untuk hilangkan selulit daripada klinik kesihatan atau dari farmasi berdekatan. Jika kegatalan berpanjangan dan makin teruk, boleh terus pergi ke klinik berdekatan untuk dapatkan khidmat nasihat doktor pakar perempuan ya ☺️

Đọc thêm