scan 2D scan yang biasa kita tengok tu. kalau ikutkan tak ada masalah nak scan selalu, tak ada effect dekat baby. cuma doctor saya pernah kata awal awal kehamilan ni baby tak banyak beza dari minggu ke minggu. jadi agak membazir jika puan buat scan kerap. doctor nasihatkan saya buat sebulan sekali je untuk trimester pertama dan kedua. trimester ketiga sekiranya memerlukan pemerhatian boleh buat mengikut apa yang doctor syorkan.
kalau puan nak buat scan 3D/ 4D/ 5D sebaiknya tunggu minggu 24 ke atas sebab untuk tengok gender dan tahap kesihatan organ anak dalam perut cuma boleh nampak jelas selepas usia kandungan 24 minggu ke atas.