Assalamualaikum. Bukan apa lah, mungkin ada yang kat sini first pregnancy. Bila tak tahu dia akan bertanya.
Sy refer pada sis yang bertanya kantung tu apa. Mungkin benar dia tak tahu. Makanya dia bertanya.
Yang sy tak faham orang yang reply tu, kalau tak mahu jawab tak perlu jawab. Siap cakap "banyakkan membaca sis" , "google sis"
Tahu ke dia dah baca ke tidak. Sy letak diri sy pada sis yang bertanya, even baca kat google pun, tak salah kalau kita nak bertanya pada org lain kalau tak faham. Tak perlu lah nak jawab perli ke apa ?
Kita jawab elok² boleh. Kalau rasa tak suka nak jawab solan mudah tu, tak perlu jawab
Assalamualaikum ?