34 Các câu trả lời
Based on pengalaman saya check private sepenuhnya, so far okay je cuma kena standby duit lebih sikit la. Biasanya sekali check up around RM100-200. Depends awak..kalau macam time tu kena ambil darah, minum air gula etc, dia akan charge la setiap satu. Mmg gitu pun kalau private. Saya pilih private sebab masa tu saya jaga ibu saya sakit, jadinya nak check up tu ikut masa sendiri. Bonus nya check private ni, setiap kali check setiap kali tu lah dia akan scan baby sekali. So kita dapatlah track perkembangan baby tu lebih sikit. Private normally selagi apa dia boleh caj, dia akan caj😂 tahu2 bil macam lebih pulak. Tapi bila kita mmg choose nak check up situ, kena la terima😅 btw saya check up tu kat klinik area seremban. Kakau area kl, not sure kat mana yang okay. Sebab ada pengalaman time duduk kl dulu, pergi klinik siti 2 tempat, bagi saya mcm kureng sikit la. Time bersalin, saya bersalin di hosp seremban semuanya okay saja. Cuma nurse & doc agak mcm pelik sikit lah awal2 tu sebab buku kita lain drpd yg lain kan. Overall semua layanan okay saja👍🏻☺️
KK semua percuma, termasuk supplement. Tapi jarang2 scan, cuma guna mesin dengar denyutan jantung baby. Suami pun tak boleh ikut masuk. Biasa tunggu setengah hari (8am-12pm) mcm tu baru siap, kalau cepat mungkin 3 jam. Kalau byk org, tak ada tempat duduk lg tu. Penat sgt berdiri bila dah masuk trimester ke3. Tak ada org akan bagi tempat duduk mereka utk org lain sbb semua pun mengandung, semua pun nak duduk. Kalau swasta, setiap checkup pun ada scan, boleh pegi dgn suami skali. Harga 120-150 scan kat Hospital Columbia Asia, campur consultation fee, lebih kurang 200 setiap appointment. Tunggu pun tak lama mcm kat KK, byk tempat menunggu yg selesa. Setiap kali kena kencing dlm bekas, tandas kat KK tak sebersih kat swasta. Kadang, tisu pun tak ada. Lepas tu kena tuang air kencing sendiri. Swasta diaorang yg settlekan. KL besar ni, cari saja tempat2 yg dekat rumah sis. Penat kalau pegi jauh2 bila dah masuk trimester ke3, mula2 tak rasa kot. Saya check dua2 tempat sbb saya FPP hospital kerajaan.
I pergi kat private. Klinik al Eilaaj Dr izzat. Cepat and dr sangat2 helpful. Very detail sebab dia pakar obgyn/ gynae. Kk tak specific apa yang diorang check sebab most of the time nurse yang ambil detail semua. Jumpa dr pun sekejap. Kalau obgyn/gynae memang betul2 specific dia check. Harga scan 100++, ubat 100++ depends ubat apa yang you kena ambil dear. Kalau tambah ada injection and so on ada additional cost lagi la sebab kita perlukan vaccine, blood test, check air kencing and so on. Bagi i private is better sebab cepat and flexible dengan time. Menunggu tak lama sebab appointment based and semua on time. Kk lama sangat, bazir masa 😅 boleh rehat2 kat rumah atau buat kerja. But it’s all depends on you la dear. Kalau ada extra cash, better pergi private, but pergi yang pakar. Jgn pergi yang private biasa sebab kdg2 dr locum tu tak tau apa sangat
rasa yg trigger ni nurse kk ke 😅 kalau diberi pilihan nk banding duduk kt tgn pakar obgyn/gynae yg mmg sah2 itu bidang dia,dgn nurse,lpastu waktu menunggu lama, baik duduk kt tgn pakar dan waktu menunggu on time. smua org ada pilihan. mesti la pilih up sikit selevel. tp kalau tengok poket kluar rama2/nk jimat, dpt basic checkup pon dah Alhamdulillah. free lagi tu.. lgipun dia dah ckp siang2 depends on u..
rasanya skrg ni dua2 okay sis, ikut poket sis hehe. kalau tak silap siap ada private klinik offer pakej check up complete 9 bulan, harga around RM1600 macam tu. normally setiap kali check up RM100++. saya tak pasti kalau private sama mcm kk, masuk 8 bulan check up 2 minggu sekali, masuk 9 bulan seminggu sekali, biasanya time ni la poket rabak sikit huhu. macam saya allocate bajet untuk bersalin, jadi bertabah la check up di kk, setiap kali check up dalam 2-4 jam macam tu. mmg ambik cuti half day sesiap. biasalah free kan, redha je la menunggu huhu plus urusan check up anak selepas bersalin pun lebih mudah di kk, since diorg dah ada rekod kita. mcm anak saya so happen prolong jaundice sampai 2 bulan lebih, kena refer hospital sebagainya. walaupun penat, in a way puas hati juga sbb doc kk mmg particular dgn kesihatan anak, check up semua very detail 👍
Sy anak first check up swasta dr awal smpi umur 7bulan xsilap pastue nk refer pakar kena g hospital gov, slalu kena bebel ckp klinik swasta tue x lengkap .. 7 bulan sy g klinik desa berdekatan, sbb tmpt sy time tue xada KK tue sy g check up swasta gn asben keje lg sy time tue xreti bwk keta.. Nk bersalin time tue kt hospital gov juga pk senang lah apa2 ada pakar.. No 2 sy check up gov jew 🤣 mls nk dgr bebel2 Ni zaman 2008-2010 tau Skg ni sy tgk bnyk klinik swasta or hospital pvt dh advance.. ni sy pregnant ke 3 sy check up kk jew sis, senang semua ada.. Sy sangkut GDM pakar diabetes & pakar dietician dtg jumpe n hari2 check up pemakanan sy ok lah bg sy kk.. Xyah nk pening2 sbb semua 1 tempat jew hehe
kk ok. swasta pun ok..ikut poket masing2. anak 1st-3rd di kk. checkup semua ok. free tiada bayaran cuma masa menunggu yg agak lama. anak 4th di swasta. kalau swasta kita boleh pilih check up hari minggu, masa menunggu cepat. check up dia pun lebih kurang sama macam kk. kita mmg setiap kali checkup akan jumpa doc, jadi boleh tanya apa2 terus. bayaran, bergantung pada klinik yg pergi. macam sy di klinik as salam range dalm 100-200++ je tiap kali jumpa. jadi kesimpulannya, ada duit lebih, nak selesa dan nak jimat masa pergi la swasta. tapi kalau boleh menunggu lama sikit dan x nak fikir pasal bayaran semua, pi la kk.
tak pernah check gov dari anak 1 sampailah pregnant second ni sbb mmg beranak swasta. setiap kali check up rm300+ termasuk ubat + scan + consultation. ubat sy 4 jenis. obimin +, calcium, methyldopa (darah tinggi) dan aspirin (cair darah) semua tu untuk sebulan makan. bila kena minum air gula total bil rm500+ dekat nak bersalin nanti check up akan jd 2 minggu sekali. lagi dekat nak bersalin jadi seminggu sekali. sy dan husband pilih swasta sbb nak selesa dan kami tak ada masa nak tunggu berjam2 dekat kk tp kalau sis ada masa ok je kat kk pun.
kk ni tengok tempat jugak, Ade yang ok Tak tggu lama, ada yg sekejap layanan baik, tapi Saya prefer swasta, klinik yg Saya checkup sangat best, Harga berpatutan, ikot Kita boleh nak Masa bila pergi, macam Saya berniaga, memang cuti setiap jumaat je dan belah petang baru free, kk ni Tak boleh pilih Masa, lagi satu, kalau scan jantina Kat tempat Saya ni selalu isu Tak nampak Dan kene scam.. ikut pada bajet awak, Cuba survey klinik swasta kalau mmg nak swasta, sbb Ade je Harga yg mampu milik Tak semuanya Mahal.. 🥰🥰
kk terbaik..sbb murah..private bg sy nk duit je lebih..biasalah bsnes kan... kk pn xla lama mana.2jam max selalunya (tgk pada tmpt)..mcm sy slalu 1j30min dh settle...(tp xtau la tu consider lama ke x).... kk akan detail check.kalau g private, if ada apa2 problem nnti ttap dia hntr ke hosp gov especially time bsalin.. make your best choice..tp kalau ada fulus lebih, nk keselesaan bak kata org, boleh la ke private..btw,kk pn selesa jg;)
setuju sgt..
private boleh swasta pun boleh. dua2 ada baik buruk.ikut tmpat masing2. sya penah pegi private, sbb nak cepat. sudah Nye, lambat. smpai 8 pagi. setel semua jam 2 ptg. dok plak x mesra, x serius lngsung mcm x nak amik Tau, malas layan patient pun ada. last2 sya pegi gov je. lambat mmg lambat,ramai org tapi nurse n doktor tip top. ada masalah ckit pon,dorang akan trus bawa refer ke hospital pakar. 3x mengandung, xpenah lagi dapat nurse/doktor yg x bagus. semua bagus. rezeki saya😊
Anonymous