Pelvic Girdle Pain (PGP) - nak jalan pun azab !
Sakit pada bahagian ari ari boleh bawak ke bahagian belakang (bawah), tulang pinggul dan peha. Sendi Sacroiliac kat belakang sendi symphisis pubis kat depan - tu yang sakit depan dan belakang.
1 dalam 5 wanita hamil ada masalah ni. 3 sendi pada tulang pinggul bekerja bersama-sama dan lazimnya bergerak sedikit. Sakit bermula bila sendi ini bergerak tidak seragam menyebabkan tulang pinggul menjadi kurang stabil dan sakit. Bila baby makin besar dalam rahim, berat tambahan dari atas, serta cara ibu duduk atau berdiri akan menyebabkan bebanan tambahan pada tulang pinggul.
Perubahan hormon ketika hamil, menyebabkan sendi ini menjadi longgar dan tak stabil. Yelah, nak prepare tulang pinggul supaya menjadi lebih besar dan fleksibel supaya baby nak lalu ( proses kelahiran )
Bila sakit tu datang ?
🖐Jalan pada permukaan tak rata
🖐Nak kangkang untuk keluar dan masuk kereta
🖐Naik tangga, nak pakai seluar atau kain - berdiri sebelah kaki
🖐Masa buat hubungan kelamin
Tips nak kurangkan sakit :
🙌Kena aktif, dalam masa yg sama kena dapatkan rehat secukupnya
🙌Sentiasa tukar posisi - jgn duduk lama-lama untuk lebih 30 minit. Sentiasa ubah posisi.
🙌Nak pakai kain atau seluar - duduk dan pakai. Jangan berdiri
🙌 Kalau berdiri, kena seimbangkan berat pada kedua dua kaki
🙌Nak masuk dan keluar kereta kena pastikan kaki rapat, jangan kangkang lebih sangat
🙌 Nak pusing-pusing kat katil pun kena pastikan kaki sentiasa rapat
🙌 Bila tidur letak bantal kecil pada bahagian belakang dan antara kedua belah kaki untuk sokongan tambahan
JANGAN 🛑
🤚jangan Angkat benda-benda berat
🤚Jangan Naik dan turun tangga terlampau kerap
🤚Jangan kerap membongkok
🤚Jangan duduk atas lantai, diri atau duduk sahaja dalam tempoh jangka masa panjang
🤚Jangan Duduk bersilang kaki dan bertimpuh
Rawatan fisioterapi banyak membantu ibu kurangkan sakit. Ada senaman-senaman yg membantu yg akan diajar oleh ahli fisioterapi.
Yg penting Kesan awal, rujukan awal ke fisioterapi untuk pastikan sakit tak jadi makin teruk, supaya ibu boleh buat kerja harian mcm biasa.
Ibu ada masalah pelvic girdle pain PGP ni boleh je bersalin normal, kena inform Misi dan doktor yang merawat ketika itu, supaya mereka boleh bagi support extra pada kaki dan tolong ibu untuk tukar posisi dan bergerak di wad bersalin
PGP akan pulih selepas bersalin, 1 dalam 10 akan ada sakit yg berterusan. Dalam keadaan ini, kena pastikan ibu terus menerus mendapatkan rawatan fisioterapi dan ada alat bantuan untuk ibu terus bergerak.
Kalau pernah ada PGP, ada kemungkinan berulang lagi kehamilan berikutnya.
Make sure sihat dan fit sebelum mengandung lagi, untuk elakkan ianya berulang. Buat senaman kuatkan otot ( strengthening exercises ) dan senaman Kegel ( lantai pelvis/ kemutan )
Darah beku kat kaki (thrombosis) senang terbentuk pada ibu hamil. Dgn PGP ni ibu lazimnya tak bergerak atau kurang bergerak disebabkan sakit, lagi la senang dapat thrombosis. Ada stokin khas TED stokin diperlukan dan ada sesetengah kes memerlukan ubat injection untuk mencairkan darah. Tanya Doktor yang merawat nanti.
Jangan ditanya nape ibu mengandung ni berjalan macam penguin
SHOPEEWITHUS