Leaking ketuban
Asalamualaikum , mommy2 kat sini saya nak tanya , kalau pecah air ketuban tu macam mane ? Saya konfius , sama ade kencing takpun air ketuban . Pagi ni saya nak bangun tiba2 rasa macam ade something keluar panas je kat bawah tu . Bila saya bau tkde bau pun . Saya first mom , 38weeks3day
nurse dan doktor kata kalau tak boleh tahan air tu keluar, takde bau biasa itu air ketuban pakai pad siap2 sis, sbb nak monitor warna air ketuban.. dan doktor kata mmg kalau keluar ketuban, terus kene pi hospital tak boleh tunggu, nak pergi makan2 ke ape risau baby lemas dlm perut
Đọc thêmmasa air ketuban nak pecah dia akan bunyi plop. itu tanda air ketuban pecah. kalau was2 terus ke hospital awak. utk doctor check jgn tunggu
Blh jd air ketuban tu sis sbb xdak bau dan panas.. pergi hospital ya cek jalan.. moga dipermudahkan urusan
air ketuban mmg tak ada bau sis. Sila ke hospital ya. semoga dipermudahkn
Terima kasih sis , doakan saya yaa
Air ketuban tu. Terus ke hospital untuk pemeriksaan
Jika betul ia air ketuban, risiko air ketuban bocor dan beri kesan pada kandungan. Nak tangguh satu hari terpulang kepada puan, hadapi lah dgn tenang dgn apa jua kemungkinan