Asalammualaikum semua, saya bersalin 13.11.2022. Darah nifas saya dari 13.11 - 30.11 lepastu stop 3 hari dan datang semula pada 4.12. Nurse kk kata 4.12 ni saya period sebab kalau darah berhenti, darah seterusnya ada lah period. 4.12-5.1.23 baru darah berhenti. Saya mandi bersih 6.1 dan pada 8.1 darah datang semula sehingga 14.1 . 15.1 saya mandi bersih. 19.1 saya bersama buat kali pertama bersama suami selepas bersalin, dan selepas saya bersama saya perasan ada lendir campur darah yang keluar. Seperti tanda bersalin tu. Tapi tade rasa sebarang kesakitan. Pada 21.1 saya perasan di underwear ada keluar lendir campur darah lagi walaupun tidak bersama. Normal ke? Atau saya mengalami pendarahan?