Doctor KK

Asalammualaikum, harini saye nak bercerita sikit tentang doctor Kk yang dah buat salah tapi nak salahkan patient. Harini saya ada checkup kat kk. Sampai je dekat nurse, nurse bagi saya appointment untuk ke hospital sebab saya Ada masalah kurang ketinggian. Ketinggian bawah 145cm jadi kene refer ke hospital. Bila dah dapat appointment tersebut, saya dapat dekat hospital Gov A. tapi saya pernah bagitahu dekat doctor hampir 2 kali yang saya nak bersalin dekat Hospital Gov B. 2 minggu lepas, hari terakhir saya checkup, doctor takada pun tanya saya, nak bersalin dekat mana, doctor hanya tanya “ dah dapat appointment hospital? “ saya kata belum, dan doctor hanya diam sahaja. Harini tiba tiba dapat appointment hospital di Tempat yang berlainan untuk saya bersalin. Sampai di meja doctor, saya beritahu doctor “ boleh ke saya refer hospital Gov A ni, sedang kan saya nak bersalin di Hospital Gov B. Doctor teruss pandang saya dan terus berkata “ kenapa tak cakap nak bersalin dekat Hospital Gov B?! “ dengan nada sedikit tinggi, lepastu saya kata lah “ Saya dah bagitahu sebelum ni saya memang akan bersalin dekat sana “ Doctor tak bagi saya tukar pada mula nya sebab appointment telah di buat dengan Hospital Gov A. Lepastu saya kata lah “ suami memang nak saya bersalin dekat Hospital Gov B, saya bukan takpernah bagitahu, ini kali kedua saya beritahu “ Doctor masih tak puas hati, dan cakap “ Awak ni dah menyusahkan pihak hospital tahu tak, lain kali kalau orang tanya tu cakap, jangan diam je, bila appointment dah buat, dan dan nak tukar bersalin tempat lain “ Saya macam, “ salah aku ke kau ni “ Pastu saya ingat dah settle lah kan. Rupanya tak, dia sambung lagi dengan mengeluh dan berkata “ Awak ni memang menyusahkan betul, bila tanya diam. lepastu mengada ngada nak tukar tempat “ dan saya cakap lah “ saya memang dah cakap saya nak bersalin serdang, dekat doctor 2 kali, dekat nurse pun 2 kali “ dia diam. lepastu dia nak cop buku pink saya, dia hentak cop tu kuat kuat, patient dan doctor yang lain pun tengok saya. Malu sangat. Lepas tu doctor satu lagi tegur doctor yang tengah serve saya, sambil berkata “ boleh je kot kalau dia checkup Hospital Gov A, Nanti nak bersalin pergilah Ke hospital Gov B “ lepastu doctor tu terus tepuk dada dia sambil berkata “ sabar sabar, menyusahkannya “. Saya masatu memang rasa nak keluar je dari bilik doctor tu. Lepastu doctor suruh saya ambik buku pink dan keluar. Bila nak keluar doctor panggil semula untuk scan baby saya. Masa tengah scan saya ingat dah habis la kan, rupanya belum!!! Dia sambung lagi, dia kata “ kalau ikutkan saya malas je nak buat appointment baru dekat awak, sebab 1 awak dah menyusahkan pihak hospital Gov A, 2 pulak sebab nak ambil appointment tu kene email semua, susah tau tak? Kalau awak mengada ngada lepasni, memang saya malas nak layan awak, biar lah awak checkup kat sana “ pastu saya dah sakit hati, saya pun berkata lah “ tapi saya memang dah cakap saya nak bersalin kat Hospital Gov B “ doctor tu diam, lepastu dia tak tunjuk pun scan baby dekat saya, dia tak terangkan, baby ok ke tak. Berat baby berapaa, doctor yang lain selalu bagitahu perkembangan baby saya, tapi kalau dapat doctor ni, memang haram jadah la. Orang tanya dia diam je. Last sekali lepas habis scan baby, saya terus amek buku dan keluar. memang service doctor tu sorang je teruk. Memang tak pernah senyum kat patient. Baik takpayah kerja kalau macam ni. Sendiri yang salah, tapi nak tutup malu, marah patient depan orang ramai.

12 Các câu trả lời

pls report je sis.. jgn biar

Dah report dear, baru je lepas. Puas hatiii

bgtau la sis kk mana

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan