42 Các câu trả lời

Pengalaman sy, semasa mengandung anak ke-3. Ada 1 mggu tu nak kena balik rumah mertua sebab anak buah suami nak sambut ulangtahun kelahiran. Kebetulan anak sulung saya demam, tinggi jugak panasnya. Sy minta suami bawa anak ke klinik ambil ubat dan suruh dia & anak ke-2 aje balik ke sana. Tapi suami taknak, siap ugut kalau taknak balik rumah makbapak dia.. jgn harap nak bawa anak sulung tu ke klinik. Dikira ugutanlah ni. Jd nak taknak dgn berat hati dan berat bawa perut lagi, terpaksa jugalah bersiap ke sana. . Bila dalam perjalanan ke rumah mertua, saya cakaplah kena bawa anak dulu ke klinik ni. Tapi suami tak peduli dan terus directly ke rumah mak ayahnya. Sebelum tiba di rumahnya barulah dia bawa anak sulung kami ke klinik. Langsung x tolong saya nak bawa anak sulung yg demam menggigil2, nak pimpin anak ke-2 dan nak bawa perut lagi. Dia terus keluar kereta sorang2 meluru dalam klinik sambil bercekak pinggang tunggu sy urus anak2 dari dalam klinik pulak tu. Nurse semua tengok je sikap dia dan tengok sy dengan muka kesian tapi mereka pun tak boleh nak cakap apa. . Masa tu sy memang sakit hati, marah & benci dgn sikap suami. Sampai terbawa2 ke rumah mertua sebab situasinya berlaku memang dah nak hampir sampai di kawasan kediaman mertua pun. Bila sampai tu biasalah, bersalam2 dgn ahli keluarga yg ada.. cepat2 sy masuk bagi anak makan dan nak terus bagi makan ubat demam. Nak dijadikan cerita... mak mertua asyik tengok perangai sy sejak kami sampai. Langsung taknak tegur atau bercakap dgn sy. Dia terus assume sy biadab sebab sy tak bersalam dgn dia katanya dan buat muka masam. Sy punyalah mencari dia ms mula2 sampai sbb nak bersalam, rupanya dia dah hilangkan diri dulu sebab nampak muka masam sy. Padahal saya & suami baru je habis bergaduh lepas kejadian kat klinik tu. . Sy & suami yg bergaduh hal keluarga kecil kami tapi mak mertua yg sentap sampai berbulan2 lamanya taknak bertegur sapa kononnya kecewa dgn sikap sy. Sampai kakak ipar sy ikut masuk campur hantar whatsapp personal, kecam di whatsapp group, ganggu socmed sy dan kecam sy di socmed secara keterlaluan. . Sudahlah tengah mengandung, diuji dgn keadaan yg sy memang tak jangka. Emosi org tgh mengandung kdg ada ms turun naik. Tapi nasiblah sy bkn jenis kaki gaduh. Semuanya sy diamkan saja. Rasa sedih sebab masa tgh mengandung, mak & kakak ipar serang secara keterlaluan. Tak fikirkan ke perasaan sy masa tu? Sedangkan mereka juga wanita dan pernah juga mengandung. Sampai macam tu sekali mereka buat pada saya. . Suami? Diam ajelah. Dah mak & kakak dia.. dia nak menangkan juga. Sy ckp knp perlu serang sy sampai mcm ni? Sy tak ada buat apapun & tak melawan apapun tapi dah berbulan2 masih ada serangan2 dari mereka berdua. Kdgkala sampai tahap menghina mak dan ayah saya katanya, org tua sy tak pandai mendidik sy adab dgn org tua, suka melawan ckp org tua.. Allahu, makin sedih sy masa tu. Semuanya sy ceritakan kpd keluarga sy sendiri.. mereka pun cuma jd pendengar & nasihatkan yg baik-baik. Sy pun padam & putuskan semua socmed yg sy ada krn nak fokus melahirkan anak ke-3 tanpa gangguan. Bila dah melahirkan anak ke-3 pun masih macam tu juga. Sy mcm biasa, diam..diam.. Tak balas apapun yg kakak ipar sy tuduh tu. Sampai habis pantang.. sampai sy balik ke rumah sendiri. . Akhirnya, suami pujuk2 juga nak ajak sy dan baby baru balik ke rumah makayahnya. Sy ckp tunggu cukup 100 hari lepas berpantang sbb sy risau jiwa sy xkuat. Bergaduh dgn suami ni 2-3hari dah boleh baik, tapi... bila mertua, ipar duai ikut campur 2-3tahun pun belum tentu boleh baik sprt sediakala. Hubungan sy dan suami dan dgn keluarga suami pun dah tak brp mesra mcm dulu . Lebih suka diam dari berkata-kata, itu yg sy buat bila balik ke rumak keluarga sana. Rasanya lebih baik jaga hal sendiri dari jaga hal anak menantu yg dah berkahwin. Bila anak-anak dah berkahwin, tak perlu campur lg urusan mereka. Biar mereka selesaikan ikut cara mereka sendiri. Asalkan tak berbunuh & bercerai berai sudahlah.

Mak mertua saya lain lak,😂 dia gaduh dengan anak dia , saya dengan anak saya yang kena. Siap cakap saya dengan anak saya kontrol anak dia, ajar anak dia bukan2, padahal anak dia yang tentu kan sesuatu decision. Dia punya gaduh tu sampai suruh suami saya ceraikan saya. Diorang ni kerja bersama, ada family business jadi hari2 diorang berjumpa. Satu masa dahulu dia bergaduh mulut kat kedai dia pasal apa tah, tiba2 msj saya bukan2 cakap saya la penyebab anak dia biadap dengan dia. Dia cakap kami (anak yang (berumur setahun) dan bini(saya) sampai bila nak harapkan suami (anak dia)kita diam kan diri je, sbb bagi kita itu antara awak dengan anak awak. Saya tak tahu cerita tiba2 je nak kecam saya. Yang kesian nya anak kami yang setahun lebih tu pun kena kecam. Menyusahkan ayah dia la konon.😅 Alhamdulillah suami saya tak libat kan kitaorang dalam hal keluarga dia. Tapi keluarga dia dah tak suka dengan saya. Harap2 anak saya dia suka lagi. Dia siap cakap dengan suami saya suruh ajar saya, ajar apa nya,bukannya saya yang bergaduh dengan awak, awak yang bergaduh dengan anak awak sendiri. Takkan saya nak masuk campur. saya tak tahu diorang gaduh pasal apa masa tu tiba2 saya yang kena. Siap cakap dengan suami saya yang dia sanggup buat mak dia cam ni sbb kan isteri. Aku ni mak kau la, Mak ada satu takleh cari, isteri boleh cari.😅 saya jadi pening tanya suami saya apa yang dia buat. Rupanya pasal baju. Sebelum diorang bergaduh besar, suami ada suruh pack kan baju2 yang mak dia beli, sbb dia nak bagi kat cucu baru dia. Saya pun ok lah kan, seronok sgt, cousin anak saya akan pakai baju anak saya (Baju yang dia beli kat London tu je yang dia nak) (Some baju dah bagi org sbb saya tak tau yang dia nak balik) saya pun takde lah pikir bukan2, tak sangka pun diorang marah, kata nya nak buat baju keturunan dia(masa minta balik baru dia bagitau) . Tapi since saya ada bagi orang and dia bising, suami nak saya pack semua baju yang dia beli, sbb tak nak nanti bila kita dah sedekah dia marah lagi, tuduh saya bukan2, jadi untuk mengelakkan benda cam ni berlaku lagi suami saya suruh kasi balik semua. Bila dah pulang kan balik semua baju2 yang mak dia belikan anak saya ada( 15psg shj, ) mak dia bising ingat suami kita marah🤦🏽‍♀️ saya siap suruh suami tanya nak kita ganti tak. Sbb kita tak marah. sbb saya sedekah sedikit baju kat baby2 yang tak mampu beli baju. (Masa saya sedekah kan dia belum minta) (also dia tak pernah cakap dia nak balik) Baju tu anak kami dah tak muat. And saya yang pack Kan masa Tu, jadi dia ingat ini semua idea saya padahal dia dengan suami saya yang berbual. Bagi saya benda kecik je. Sbb tu saya takde berdendam dim hati. Tapi bila perkara cam ni berlaku kita tau la Yang dia memang tak suka saya selama ni. Sbb bila suami tanya dengan dia kenapa nak libat kan saya, dia kata sejak saya kawin dengan anak dia, anak dia jadi kurang ajar. Apa2 pun yang berlaku, saya tetap akan bersedekah, kalau tak suka takpe, saya di fitnah , dicaci, di hina semuanya sbb dia dan anak dia bergaduh. Saya ni pendiam. Tapi itu tak bermakna saya bodoh. Moral of the story: jangan la setiap kali anak kamu buat decision kamu salah kan isteri dia. Kadang ada yang macam saya, tak tahu cerita. Bila anak kamu dah ada keluarga sendiri biar dia buat keputusan. Jangan main tuduh2. Allah saksi. 😉

Takpe kita doakan baik2 saja

Sy xdr pengalaman sbb ibu mertua dah meninggal dunia.. Ayah mertua dah kahwin lain.. Hanya adik beradik suami saja tapi Alahmdulillah semuanya baik2 dan x menggangu urusan rumah tangga wlopon kami duduk sebumbung.. Ble ada masalah sama2 kongsi n nasihat menasihati.. Adik beradik sdiri pn x cm tu.. Syukur ada kluarga ipar yg cm ni.. Dr apa kata adik bradik suami.. Mak mereka sangat2 baik.. Tp sy xdr rezeki..

So far xpernah lg mertua masuk campur hal kami suami isteri. Tapi bab anak sangat menyakitkan hati. Semua yg kita buat utk anak x betul. Kena ikut cara dia. X ikut mmg silap katanya..huhu.. Kita dah train anak bagi makanan no added sugar, salt & msg...dtg melawat tetibe suap pastu siap ckp budak x mmbesar kalau x bagi gula langsung..hmm..rasa xnak dah bg jumpa anak dgn dorg. Dah la baby premature. Pening ah.

Sama sgttt dgn sy hal ni plg perit. Buat kita mcm xde ilmu. Walhal kita la yg prgnt n brnk budk tu. Tau la kita jaga ank. Sy plk dilabel xpndai jg ank. Die leh ckp xleh hrp kau jg ank. Ntah idup x ank kau sampai besar. Tp sume tu blkg suami. Bila ank merajuk,slhkan sy ms prgnt. Ank kecik lg ms tu. Kuar ank next jenis diam n happy2 die trus bndg2 kn yg ni baik xmcm yg itu. Sy mkn hati diam cmtu je. Kdg dlm hati je nk bls blk mcm mne kalau org ckp cmtu kt ank2 mak? Happy ke? Xpk ke hati sy rs apa? Tp jenis mertua kuat merajuk ni thn kan je la hasrat tu. Kalau x,xtau la ape jadi. Xsempat nk bls rs dh menangis dulu sy ni

Kalau tak nk mertua masuk campur. Jangan laa jenis suka bergaduh depan org tua. Tak boleh nk cover dan dan laa dua2 nk tunjuk kepala angin. Tak boleh tunggu masuk bilik dulu berbincang ke atau pun dlm kereta ke. Ni tidak muka masam. Bergaduh berdua tp Suka buat muka dekat 1 fmly .. jangan nk tunding dekat mak mertua kalau diri sendiri tak boleh nk kawal. So sama2 fikir.

Alhamdulillah suami saya tak libat kan kitaorang dalam hal keluarga dia. Tapi keluarga dia dah tak suka dengan saya. Harap2 anak saya dia suka lagi. Dia siap cakap dengan suami saya suruh ajar saya, ajar apa nya , saya tak tahu diorang gaduh pasal apa tiba2 saya yang kena. Siap cakap dengan suami saya yang dia sanggup buat mak dia cam ni sbb kan isteri. Aku ni mak kau la , 🤦🏽‍♀️ saya jadi pening tanya suami saya apa yang dia buat. Rupanya pasal baju. Sebelum diorang bergaduh besar, suami ada suruh pack kan baju2 yang mak dia beli, sbb dia nak bagi kat cucu baru dia. (Baju yang dia beli kat London tu je yang dia nak) (Some baju dah bagi org sbb saya tak tau yang dia nak balik) saya pun takde lah pikir bukan2, tak sangka pun diorang marah. kata nya nak buat baju keturunan dia. Tapi since saya ada bagi orang and dia bising, suami nak saya pack semua baju yang dia beli, sbb tak nak nanti bila kita dah sedekah dia marah lagi, tuduh saya bukan2, jadi untuk mengelakkan benda cam ni berlaku la

Kbykn yg cmpur tgn tu jenis xberkenan dari awal kt menantu..sy byk kali hampir bercerai sbbkan mslh ni.sy bertahan dgn diam sabar walau perit sgt dan byk doa menangis mengadu kt Allah..akhirnya Allah jwb dgn ubah suami sy jd seorg suami yg lebih menjaga keluarga kecil kami sndiri..

Kesiannya sis..xpe sabar dan doa byk2..ank bkl dilahirkan ni penguat pengikat ikatan.dh ada ank nti ad dugaan tersendiri,bila stat mertua tu bndg2kan cucu.kdg ank kita kne pukul dgn cucu ksygn die dpn mata die,boleh buat xendah.bila ank kita tertolak sikit cucu ksygn die,die pukul ank kita blk n mrh mcm ank kita ni buat slh besar.lg mkn hati.nk luah jgk,mtua sy xbrp nk pgg pun ank2 sy dri kcil.siap merajuk dgn ank sy.bila sy buatkan bubur letk mknn sunnah kt ank sy pun dia mrh n perli kononnya sy ni obses nj ank pandai.sy msk snyap2 pun tp jenis cmpurtgn sume die check mmg pyh sis.mmg kita org terpilih dpt sabar dgn org mcm ni😭

saya tak suke... dan saya juga melarang ibu bapa saya masuk campur urusan saya dan pasangan... bukan utk bersikap kurang ajar, tp utk kami memahami watak masing²... bile nak selesai kalau mak die back up die, mak saya back up saya? 😊

Tak suka..esp fil suka masuk bilik suka hati, hal anak pun semua di kontrol..tekanan rasa, belum 1 rumah lagi..bila balik rumah fil, sehari mcm bertahun rasa sebab x selesa.

Samalahhhh kita 😂 main terjah je

Kalau mertua masuk campur,kte masuk campur plak hal mertua.adil dan saksama😂..mertua yg suka masuk campur hal anak menantu gamaknya xboleh terima hakikat yg anak sendiri dah kawin.

Kalau y bawa kebaikan, terima je wlw susah. Kalau lebih kpada cari masalah,abaikan. Cuma jgan sampai bergaduh x bertegur sapa. Apa² pun mertua mcm ibu ayah kita juga,

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan