Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Tan Chee Hoe, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G), Beacon Hospital
'Apa itu kanser ovari? Adakah kanser itu membahayakan kesihatan jika dapat dikesan pada peringkat awal? Macam mana untuk mencegah daripada kanser ovari berlaku?' Tanya semua persoalan anda dengan pakar yang khas kami bawakan kepada anda iaitu Dr. Tan Chee Hoe, Pakar Perbidanan & Sakit Puan (O&G), dari Beacon Hospital pada 27 Mei 2021, hari Khamis jam 3 petang untuk dapatkan jawapan yang telus daripada pakar. *NOTA : Segala soalan yang ditanya luar daripada topik dan waktu yang ditetapkan akan dipadam atau tidak dijawab.
Hi Doctor, kalau saya tengah mengandung dan jatuh saki dengan kanser breast about ovari, bagaimana ye?
Dr.. Apakah punca kepada penyakit kanser ovari dan adakah ia boleh dicegah dari awal?
Tiada punca untuk kanser ovari. Kalau anda ada Gen BRCA1 dan BRCA2 serta keluarga terdekat pernah menhadapi kanser ovari , kanser payu dara, Kanser usus besar; anda patut menjalani saringan kesihatan dengan gynae setiap tahun.
Dr, adakah period tak teratur atau period tak datang lama, satu tanda kanser ovari?
Tidak. Ia itu cik ada masalah dengan " Hormone Imbalance" patut dapatkan rawatan dari gynae, ia kan mengunakan ubat untuk lancarkan period anda.
Hi dr. Do patient need to remove the ovary once found out they have ovarian cancer?
Bergantung pada tahap penyakit dan umur pesakit. Secara umum pembedahan adalah rawatan utama bagi penyakit kanse ovari.
Hi doc, apakah yang boleh affect kesuburan saya dengan suami? Selain dari kanser.
Di samping barah, faktor usia anda adalah paling perting, termasuk kesihatan ginekologi dan kesuburan anda. Juga serta status kesihatan suami(termasuk penilaian sperma)
Hai Dr Tan. Bagaimana ingin mengesan simptom awal bagi penghidap kanser ovari?
Penyakit kancer ovari yang awal kebanyakkan tiada gejala yang spesifik. Tetapi anda boleh menjalankan sarigan kesihatan dengan gynae membuat umbasan ultrasound and ujian darah
Kesan cancer terhadap wanita yg ingin mengandung dan cara mencegahnya?
Yang paling penting adalah rawatan untuk kanser dan kesihatan anda. Fungsi kesuburan biasanya menduduki tempat kedua. Kanser itu sendiri dan rawatan boleh menjejaskan kesuburan anda. Sekiranya demikian, lebih baik berjumpa doktor onkologi dan kesuburan untuk mendapatkan pendapat mereka. Mungkin boleh menjalani pembekuan telur atau pembekuan tisu ovari untuk rawatan kesuburan masa depan.
kanser ovari dan kanser serviks saling berkait ke doc?
sampai bila saya kena mkn pil asid folic? sekarang saya 12week
Mari ubah ke multivitamin pranatal. Asid folik tidak lagi mencukupi untuk bayi anda yang sedang membesar.
Dr, apakah tanda paling obvious seseorang tu ada kanser ovari?
Keturunan berat badan, kehilangan selera makan, perut kembung, perutnya membusung ketumbuhan di pelvis dan lain2
Leading The Way in Cancer Care