Induce semasa bersalin

Anyone boleh share tak pengalaman induce?

7 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ini saya share dari pengalaman saya ya. Saya ada GDM dan diminta masuk hospital jika tiada tanda bersalin pada tarikh doctor predict. Saya check in dan tunggu bayi keluar tapi masih tiada tanda. Jadi doctor cadang induce sebab takut bayi lemas. Masa saya induce, doctor lelaki buatkan. Dia minta kebenaran awak dulu then dia check jika ada bukaan. Jika tiada, dia akan akan masukkan ubat induce ke dalam faraj untuk lembutkan servik. Bagi saya, masa ni sakit sangat sangat. Rasa malu dengan doctor bercampur risau bayi tak nak keluar. Kemudian, kena tunggu hingga ada bukaan. Tapi selepas beberapa jam masih belum ada, dia masukkan induce no 2. Kemudian tunggu lagi. Time tu saya dah pecah ketuban dengan darah. Dah ada bukaan 2cm. Kebetulan masa saya bersalin tak ramai orang, so dia bawa ke wad beraalin terus untuk monitor walaupun bukaan masih kecil. Dia bawa saya masuk ke wad bersalin pukul 12 tengah malam, monitor contraction, baby heart rate. Sampai saya tertidur. By 7am, doctor suruh saya teran. Akhirnya keluar bayi lelaki

Đọc thêm

Dr akan check bukaan dan heart beat baby dulu sebelum induce. Pengalaman saya, pegi hosp sebab ketuban kurang. Dr check bukaan 2cm (tghri) kemudian petang 3cm. Terus kena warded sebab heart beat baby pun macam dah tak okay sangat. Dr tunggu bukaan naik sebab nak czer terus macam sayang since ni anak first. Malam pukul 7-8 bukaan 4cm. Followed by ketuban pecah sendiri kt katil masa dr tengah round. So dr terus book LR untuk bersalin malam tu jugak. Pukul 12 masuk LR bukaan statik je, induce drip terus dapat rasa contraction double dari sebelum tu tapi bearable la alhamdulillah. Induce kejap je 10-20 min dr cakap baby lemas, terpaksa czer tapi saya okay je sebab czer takde kena seluk untuk check bukaan lagi dah 😂 czer rasa sakit lepas operate je tu pun kejap sehari camtu takut2 nak bangun. Next day dah boleh slow2 jalan

Đọc thêm

pengalaman saya induce first baby. datang hospital 1/7 sebab dah leaking tapi check bukaan takde langsung lagi. disebabkan dah malam so Dr pantau esok pagi tu 2/7 jalan still tak buka juga takde rasa contraction lagi. then dia induce saya dalam 3pm gitu, dalam pukul 5pm tu start sakit lain macam. malam tu tak boleh nak tido langsung sebab terlalu sakit, misi seluk jalan dah buka 2cm tengah malam tu. then turun tanda, esok pagi2 Dr check jalan nak ke 4cm dah so terus Dorang booking LR. pukul 11am saya masuk LR pukul 6.05pm baru bersalin 3/7. kalau diberi pilihan jangan la sampai induce, sakit dia tak boleh nak gambarkan. but still bersyukur dapat rasa nikmat bersalin tu

Đọc thêm

Saya first baby induce.. masuk ubat then doc stop sebab bleeding.. doc masuk belon magrib, pukul 3 pagi belon dah jatuh.. Check bukaan 3 cm.. 7 pagi contraction kuat sgt smpai dah x boleh jalan.. doc check 8 cm terus tolak bilik bersalin. Bagi saya check bukaan jalan lagi sakit dr induce 🥴 mgkin rezeki sy, sebab nurse semua mcm pelik kenapa belon yg dmasukkan kecik sgt.. doa banyak2 sis, moga dipermudahkan

Đọc thêm
Influencer của TAP

Hi mommy. Saya induce sebab bukaan lambat buka. Dari malam start contraction buka 1cm esok nya pula 2 - 3cm je. So doc bagi ubat drip untuk cepatkan bukaan. Tapi kat LR still kena tunggu bukaan tu. Hampir czer tapi dah terlampau sakit agak 2/3 jam macamtu so harung jela bersalin normal. Alhamdulillah selamat.

Đọc thêm

Anak 1st saya kena induce sebab baby kurang gerak. Masuk ubat pagi, tengah hari tu start contraction kuat, pkul 5 lbih doc check jalan dah buka 6cm terus tolak masuk lr, sebelum maghrib baby keluar.

Thành viên VIP

Sakittttt. Kalau boleh try not to induce

3y trước

ye.lpas induce tu sakit dia lain mcm..kalo x buka jugak jln kna pecah ketuban.. lpas tu hadap contraction sblum bsalin.kalo x bjya emergency cesear