Tahi Mata Bayi
Hi, anak sy 1 bulan 14 hari. Nak tanya, ada tak kat sini yang berpengalaman mata anak sentiasa keluarkan tahi mata, tapi takde tanda2 mata anak tu merah atau sakit. Ada apa2 cara utk hilangkan tahi mata tu? Dah hampir 2 minggu jadi macam ni. Saya ada cuba urut2 kat kawasan tepi mata(dekat batang hidung), tapi macam sama je. Anak saya masih sentiasa keluarkan tahi mata yang banyak. Mak saya cakap, panas dalam. Saya dah cuba elakkan makan makanan yg panas,tapi masih sama.