setahu saya baby fully breastfeed ni paling lama dia boleh tak berak adalah selama 14hari. baby saya dulu ada pernah sampai 11 hari tak berak. masa tu pun saya risau jugak, hari2 tanya dia bila nak berak bila nak berak ni. tapi tengok gaya dia aktif je, tak meragam, perut pun tak keras, kentut pun ada je. saya tunggu je sampai kalau sampai 14hari tu mmg saya bawak gi klinik laa. dlm masa tu selalu urut2 perut dia jugak. kalau sekarang baby saya dah makan solid food dah, 9 bulan dah. ada hari dia berak 2hari sekali, ada 5/6 hari jugak tak berak. risau jugak takut sembelit sbb dah makan solid dah. tapi saya mmg monitor gaya dia la, aktif ke tak, perut keras ke tak semua2 tu. bila sampai hari dia berak pun saya monitor jugak, tgok dia meneran teruk tak, najis dia keras ke tak. nmpk semua normal je. bila tnya nurse masa cucuk 9 bulan tu, nurse kata maybe tu mmg pattern dia. teruskan monitor mcm yg saya buat tu, kalau ada apa2 yg tak kena baru gi klinik ke apa ke. tapi kalau sis nak gi cek kat klinik pun takde masalah, boleh je. utk ketenteraman jiwa ibu jugak.
normal utk fullbf sis.. melainkan susu formula memang xnormal.. xsilap sy kalau yg fullbf bby xberak maksimum smpai 2minggu.. sorry kalau silap.. tp kalau fullbf normal jee bby xberanak beberapa hari.. sis boleh buat urutan iloveyou dekat perut bby.. utk buang angin/kembung pun elok buat mcmtu..
bgi anak minum air kosong suam sikit je... skjp je nnti dia akan berak kalau tak berak jugak try bgi lgi sikit urut2 perut dia .. inshallah dia akan berak
asyikin