6 Các câu trả lời

VIP Member

sebenarnya 4 days rule (dr) tu tak wajib pon pakar pemakanan kte. klo nk intro terus bby makanan lengkap pon boleh. tapi klo ibu risau bby allergy, boleh follow 2/3/4 dr. start dgn bubur kosong. tambah 1 jenis sayur setiap selepas 2/3/4 dr. kemudian, nurse kk pesan protein bagus intro paling lewat minggu ke-3 atau awal 7 bulan tu dah bagi bby makanan lengkap. jadi ibu boleh buat menu bubur+ayam+sayur yg bby dah pass makan. puri buah plk boleh beri waktu snacking time. klo sis risau tak sempat, pagi tu sis terus buat portion utk makan lunch & dinner. then, packing siap2 dlm bekas kecik2 bubuh dekat chiller. 1x meal time=1x bekas. time makan, ambil satu bekas makanan tu dan steam utk panaskan. atau boleh juga rendam bekas dlm air panas sambil kacau makanan guna sudu. biasa sy buat utk 2 hari terus. tak habis makan, jangan simpan balik bekas makanan tu ya. tak rumit pon sebenarnya klo ibu jumpa cara yg sesuai dengan masa & situasi ibu. cth: nak prep weekend ke, then hari bekerja ibu nak masak tinggal masuk bahan je ke. atau nak buat kaedah frozen, then cube makanan tu tinggal masak dalam periuk ke. nak masak hari2 fresh ke. terpulang dekat ibu. masuk 7 bulan nanti dah boleh intro finger food plk. boleh google menu finger food dlm apps asianparents atau join group fb happy baby food malaysia. tak banyak sangat pon portion bby makan awal2 ni ibu. btw, 3-6 suap tu pon bagus bby ibu makan. semoga membantu. 😊

thank you sis. saya baca reply sis yang detailed, dah faham. ini sgt membantu.

part campur tu takpa pun lambat sbb 6bulan tu kita baru nak kenal kan makanan pada baby cuma jgn ambil masa lama sgt. kalau campur lagi bagus, sbb ada sumber protein.. jgn lupa tambahkan sayur hijau utk mudahkan baby membuang..

setahu saya 4days rules tu utk tgk kesan makanan pada anak, mcm alergik, sembelit etc.. tak buat pun takpa kalau anak ok

Utk first week tu, sehari brapa kali awak bagi makan? Maaf sy teringin nak tahu sbb minggu depan anak sy dah masuk 6 bln

sekadar share, bby sy 2 hari pertama tu sy bagi bubur kosong 1x makan. hari seterusnya buat 2x makan, 1x snack time. nak masuk minggu ke-3 nnt, sy buat 3x makan, 2x snack time. tapi ini bergantung juga dengan situasi ibu & bby ya. mcm sy hw, masa sy byk dgn bby. klo sis, ibu yg bekerja probably boleh standby juga bekas makanan kecik2, masak & bagi pengasuh tgl reheat je. inform pengasuh nak bagi berapa kali sehari. tak pon, sis boleh juga buat sesi makan tu banyak kali pada hari weekend. kira hari yg sis ada dgn bby la. p/s: bawah 1 tahun, susu ibu/fm masih yg utama ya. jadi setiap kali lepas sesi makan, klo bby masih lapar bagi susu. air masak pon dah boleh intro. semoga membantu. 😊

Takpe je. 4 days rules tu sebagai panduan

takpe

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan