Prolonged jaundice

Anak saya dah 22 hari. 2 hari lepas ambil darah untuk prolonged jaundice. Bacaan terakhir dia masa hari ke-15 adalah 10.5. Saya tak tahu mana silap saya. Saya baca comment mak2 lain, diorang seminggu je dh discharge sbb baby berak banyak. Anak saya berak dan kencing banyak jugak. Sehari lebih 10 kali tukar pampers. Najis warna kuning. Berat pun makin naik dari 2.44kg lepas discharge NICU sampai lah skrg dah 3kg. Tapi kenapa sampai harini dia masih kuning? Saya risau tgok perut dia bila tekan tu kuning nya lama nak hilang. Risau makin tinggi kuning nya. Sebab saya & husband darah O ke? Ke sebab saya tak bagi FM? Susu badan saya tak cukup? 😞

25 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya share pengalaman saya. Anak saya prolonged jaundice. Doktor cakap dia breastmilk jaundice. Tapi saya tetap teruskan susu badan ikut nasihat doktor. Anak saya hari ke 72 baru bacaan kuning nya turun ke 4.8. Lega hati saya bila tak perlu ambik darah anak lagi. Sekarang dah 3 bulan setengah, alhamdulillah dia nampak okay. Cuma nanti tetap kena follow up pakar jugak.

Đọc thêm

Awak tak ada silap apa pun , susu badan tak silap , awak tak silap . Anak saya sebulan lebih juga kuning and breastfeeding. Kita kena banyak bersabar dan jangan terlalu risau dan jangan terlalu dengar kata kata orang suruh buat itu buat ini , asalkan baby sihat , berat naik , check darah baby tak ada apa apa yang tak okay jadi semuanya baik baik sahaja .

Đọc thêm

selagi results darah ank okey jgn rsau nnti turun juga kuat kan saja menyusu,sya sis ank 3 org semua prolonged jaundice,yg sulung dn no 2 2bulan baru bebas jaundice,no 3 3bulan 15hari baru bebas jaundice,yg no 3 sya dah bnyk kan susu formula,sbb org kata susu ibu boleh buat ank kuning,sya dan suami pun darah O

Đọc thêm

memang normal if ibu darah 0, anak prolounge jaundice. bt blood and urine test yg doc suggest tu bg pastikn x de masalah sistem dlman baby. sy pun darah 0 and 2 org ank sy prolounge jaundice. if dah bt blood and urine test tu baby x de masalh then nothing to be worried. jaundice akan hilang sendirinya.

Đọc thêm

kak...sy drah A- ank 2 org 22 kuning 1 buln...🥴🥴 nurse siap tuduh sy mkn jamu mcm²....tp alhamdulillah ank ok je siht skrg ...mgkin sebb gye pemknn kite time preggy...sebb klau nk ckp psl drah mak ayh jnis O mcm x de kaitn...

Influencer của TAP

Susu badan cukup? Kencing berak ok? Result test semua normal? Jgn risau k sis kalau semua ok, dia akan turun sendiri. Anak i dua2 prolong. Alhamdulillah sihat. Susu badan ada, continue je sis. Tak perlu topup formula kalau cukup.

22 hari for prolonged jaundice is normal i rasa. Sbb anak i dua2 prolonged jaundice, sebulan pun tak hilang2 lagi. Selagi tak lebih bacaan, darah ok, makan berak kencing ok insyaAllah takde pape. Nanti dia hilang sendiri..

Influencer của TAP

Hi anak saya pun lebih kurang dengan anak Puan. 20+ hari. Tapi doc advice campur susu. Nak kata prolonged jaundice ni sebabkn mak darah O saya pernah jumpa yang bukan darah O. Sama juga. Cuba mommy try perbanyak makan buah

normal ibu darah o anak prolonged jaundice. anak saya sebulan pun masih ada kuning saya kerap mandikan anak . siang hari bogelkan anak tinggal pampers . on lampu 24jam letak aloevera dkt dahi baby bagi susu setiap 2jam

sama la bby sy, isnin baru ni bacaan dia 121, pg td tiba2 naik 140 😔 baby sy pn 22 hari.. cme tula..skg dh 3 hari x berak...inform doktor, doktor ckp perut dia lembut je ni..mungkin susu yg kita bg jd nutrisi bby