Tak suka keluarga mentua

Amaran luahan panjang. Kalau komen rasa gatal nak kecam ke nak complain ke sila hentikan diri anda sendiri. Saya tak suka keluarga mentua. Bukan saja-saja saya tak suka. Sebelum beranak ni ok lagi. Lepas beranak mula tak suka. Ada antara mereka yang tak respect saya langsung sebagai ibu kepada anak saya dan lagi teruk tak respect saya sebagai manusia, isteri kepada ahli keluarga mereka jugak. Dorang anggap saya ni entah siapa-siapa. Macam lupa saya ni wanita educated, mak ayah saya didik saya dan hantar saya belajar tinggi-tinggi, pastikan saya dapat kerja bagus, circle saya memang penuh dengan orang educated, separuh saja dah doktor dan jururawat. Mungkin dorang lupa saya ni ada hati dan perasaan. Mak mentua. Saya dah luah sebelum ni. Dalam pantang pun dah serabutkan saya sebelum ni. Sekarang? Dah pandai main calit-calit air sunquick ke mulut bayi saya dengan alasan nak buat rasa-rasa. Walaupun saya dah tegas cakap "jangan lah. Dia kecik lagi" dia pandai menjawab "alah nak buat rasa rasa" Rasa apa ye makcik? Saya ni MAK budak tu tau. Kalau MAK budak tak bagi keizinan bukan ke nenek takde hak nak buat apa-apa? Kalau nak bagi bayi rasa rasa pergi buat anak sendiri. Dah la suka bukak aib saya merata. Kalau boleh satu kampung dia nak bising cerita saya beranak cser, berpantang taknak makan haruan, dalam pantang dah makan telur. Canang la satu kampung hal family. Mak saya sendiri pun tak buat macam tu. Buat apa cerita kat orang? Jadi bahan umpatan? Lepas tu suka banding-bandingkan anak saya dengan anak sedara dia yang baru lahir. Annoying. Tak bersyukur langsung. Dah dapat menantu kerja tetap, gaji sedap, dapat guna kereta menantu, anak dia pun dapat duk rumah banglo sebab menantu yang kena canang aib ni la beli rumah. Patutnya bersyukur bukannya burukkan menantu. Keluarga saya sangat hormati suami saya. Suami saya dilayan macam raja kalau dia balik rumah keluarga saya. Saya? Segala cerita orang tahu. Mulut memang macam.....entahlah. Sampai ada makcik cakap kat saya "harapnya anak awak tak ikut perangai nenek dia" saya aminkan cepat2.. hahah. Segala benda tak kena kat mata dia. Saya harap benda ni tak berbalik kat anak perempuan dia. Pak mentua. Nampak educated tapi...errr... bapak oiii baby tu baru 3 bulan! Nak lambung-lambung apa pak? Alasan dia "nak ajar baby lasak-lasak" Ehhhhh ni mak dia tau. Mak dia pun tak pernah lambung-lambung. Mak dia riba punya lembut! Tepuk nak burp pun lembut je. Dapat kat pak mentua.... hah. Dahla suka kacau anak tidur. Bila anak saya menangis pandai pulak bagi kat saya balik dengan alasan "alaa dia nak mak dia" No pakcik no.. pakcik kacau dia tidur sebab tu dia mengamuk. Buat tummy time pun dia marah. Time dia marah tu saya gelak sebab saya kesian kat dia yang takde ilmu, even saya dah explain tu tummy time untuk kuatkan leher baby pun dia marah cakap lengan dia tak kuat. Alahai pakcik.. tu la suruh belajar, gali ilmu takmau.. menantu ajar pun tak dapat terima. Yelah pakcik sorang je betul. Mak-mak sedara laki saya. Allah... ni lebih sudu daripada kuah. Yang sorang tu pandai mengajar saya cara jaga anak. "Kenapa tak pakaikan stokin" saya tenung tajam saya jawab "cuaca panas kan???" Anak dia tu pakai pampers saja takpa pulak. Saya pun tak bising. Anak dia dera anak kucing takde orang nak marah? Alasan "marah macam mana pun gitu jugak" hah tu lah sibuk pasal anak orang anak sendiri tu tak terdidik lagi makcik oi. Sorang lagi sibuk jugak... nak suruh anak dara dia mengasuh. Tak kuasa aku. Aku duit banyak aku rela bayar daycare. Kang entah apa disuap kat anak saya. Komplen pasal daycare. "Untung pengasuh dia jaga separuh hari je tapi bayar full" pastu dah kenapa? Ingat senang ke jaga baby orang? Dah orang banyak duit biarlah nak bayar daycare ke apa?? Nenek laki saya. Terpaling segala hal. Mak mentua ngadu kat dia lah saya larang calit air sunquick. Dia cakap apa "nenek dulu lenyek nasi bagi kat baby baru lahir." Masa tu memang geram nak menjawab "patut lah anak nenek ada yg macam kurang perkembangan otak. Orang ajar benda betul taknak terima" Masa tu geram sangat tapi tahan je. Ada satu hari tu dia calit garam kat mulut baby saya masa tu baby baru nak masuk 3 bulan. Dia menangis meraung sebab overtired and bahang panas dalam rumah dia. Alasan dia calit garam tu sebab nak halau hantu. Saya dah cakap "baby letih tu... " dia tetap nak calit garam dia. Susahla jenis terpaling betul and tak boleh langsung fikir ada boundaries antara dia dan cicit dia sebab cicit dia ni ada mak lagi. Common sense la mintak izin mak dia kalau nak buat apa pun. Dalam kereta saya marah husband "dah nampak anak mengamuk cepat-cepat lah balik??? Nak melepak apa lagi??" sebab dia pun macam tak faham bahasa tak boleh nak tegas langsung protect keluarga kecil dia ni. Beza lah dengan abang saya. Abang saya sangat tegas kalau bab lindungi keluarga dia. Mak sedara kami pun dia sanggup tengking. Saya tahu saya kena hormat keluarga suami. Ye saya hormat selama ini, berbual mesra dengan mereka sehinggalah mereka gagal menghormati saya sebagai menantu, anak orang, dan ibu kepada cucu cicit mereka. Saya dah tak mampu menghormati mereka dan berbual mesra dengan mereka. Kalau mereka tahu layanan keluarga saya terhadap anak/cucu lelaki mereka, mesti mereka takkan layan saya macam tu. Saya tak tahu sama ada mereka akan rasa malu atau tak. Common sense mereka seolah-olah tak wujud. Selain trauma proses beranak anak yang baru sorang, layanan yang saya dapat pun membuatkan saya tak sanggup nak beranak lagi sekali walaupun saya berhasrat menambah cahaya mata.

82 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

bila kita dah ada ank kita pun taulaa nak jaga/urus atau bgi apa yg trbaik utk ank sndri. Kdg mlas juga bila ada org tua yg slalu ckp "dulu sy jaga bgni2 okay je pun, sy bgi mkn itu ini okay je pun" ehh geram sgt ayt tu nti ank sakit atau apa² dy bkn nya nak brtggnjwb. Hrp awk kuat ye sis💕💗💗

memg Ade je mertua Dari neraka nih . sye x dpt merasa kasih syg mertua sebb beliau da pergi sejak suami skolah lagi . nk kata mak sendiri baik layan menantu mcm anak sendiri pun x jugak . Ade je mak sye buat bnde yg dibenci semua org . lagi2, kata2 die . ujian msing2 , moga sis tabah & kuat .

Dulu family mertua saya macam ni dorang main bagi je kat baby rasa macam diri tu betul . Sekali saya tengking terus terdiam semua , start dari situ sampai sekarang dorang nak bagi ape2 mesti mintak izin . Kalau tak mmg kene la . Mula2 kita boleh sabar lagi , lama lama hilang sabar

sis dduk skli mertua ke. klu asing. jarakkan blik. jangan kerap blik. 2bulan skli ckuplah. mmng ssah kita ckp org xmau ikut. kdang bleh bmsam muka nnti. apapun saya harap sis bykkan bersabar ye.

7mo trước

My goodness..speaking of melawat selepas bersalin ni. My in law family siap datang beramai2, siap ada yg anaknya ada DEMAM CAMPAK!! Yet still dibawa masuk bilik I berpantang. I was literally speechless. Lepas tu duduk dalam bilik tu mengadap I and baby berbual segala tak reti2 nak keluar even when my baby dah menangis nak menyusu masa tu until my mother told them to have a tea downstairs. Dia orang balik tu baru I rasa mcm tersadar and mmg I mengamuk kat my husband like what kind of stupidity is this?? Part suap2 tu all of coz. I siap kena label mcm2 sebab I’m very protective and strict towards my kids. Early years of my marriage mmg sangat2 teruk gara2 in laws. I rasa my husband spineless betul dgn family dia. Until he saw himself beza our kids dgn anak2 sedara dia. Now after 8 years baru ada anak kedua, and he learned his lesson. Sekarang before I sound, dia sendiri dah bagitau jgn suap anything, must be gentle etc. Tapi mmg sepanjang proses nak dia belajar tu ya Tuhan..few times I w

agree, i feel you dear. Semuanyaah diorang terpaling tahu. terpaling smua nk suap buat raso raso. tahan je tgokkan 🙂 maklumlaa kitaa first baby, mcm kitaa zero segala benda. kitaa pon dh bacaa2 jgk hmm. tkpelahh anggap je lahh, memori2 and dugaan first baby hukhuk

luah sis apa nak luah..sy baca pun geram..org dlu2 mmg mcam suka2 hati buat baby kita mcm anak dy..alasan nya cucu dy..hati mak budak ni tak fikir pulak..nak marah keluarga mertua, tpi jdi apa2 kat bby ibu nya yg menanggung..haishhh..sis kena educate suami sis..

kalau ada button repost dah lama aku repost. kalau ada button retweet dah lama dh retweet. aku rasa kalau family mertua, bkn anak prmpuan sdarah dorg yg branakkan cucu dorg mmg major kena gini. kalau menantu yg lahirkan cucu dia adaa je tk kena .

Sis ajar sikit suami sis tu, da macam suami tak guna tak reti protect family sendiri, kahwin tahu buat anak tahu, jaga keluarga yg dibina sendiri tatahu; bebal abadi dri family besar suami sis smpaila suami sis

7mo trước

Sy pernah ada dlm situasi ni. Masa bru lepas beranak anak pertama. Sibuk nak perli2 cara jaga anak. N bandingkan cara dia jaga anak dgn sy. Yg suami pula diamkan diri Mmbatu. Sy pun hmpir banyak kali minta cerai dgn suami Gara2 bergaduh pasal mak mentua. Skrg ni alhamdulillah duduk dh jauh. Sy Johor, mentua kat penang, lega hati ku. Kalau x, asik bergaduh je laki bini

berat ujian puan..moga Allah memudahkan setiap langkah puan anak dan keluarga...terusakn menjadi ibu yang berani melindungi anak2 ..czer sakit normal pon sakit....22 saya dah rasa...tahniah berjaya menjadi ibu yg hebat puan

rasanya sis kene ckp dgn husband pasal bende ni bincang baik2. kalo sis xsuka apa family mertua buat ckp je depan2 dgn tegas. Biarlah nak kata kita ni jahat. Yg penting org xmemandai2 buat anak kita mcm2. Sy baca pun geram