Tak suka keluarga mentua

Amaran luahan panjang. Kalau komen rasa gatal nak kecam ke nak complain ke sila hentikan diri anda sendiri. Saya tak suka keluarga mentua. Bukan saja-saja saya tak suka. Sebelum beranak ni ok lagi. Lepas beranak mula tak suka. Ada antara mereka yang tak respect saya langsung sebagai ibu kepada anak saya dan lagi teruk tak respect saya sebagai manusia, isteri kepada ahli keluarga mereka jugak. Dorang anggap saya ni entah siapa-siapa. Macam lupa saya ni wanita educated, mak ayah saya didik saya dan hantar saya belajar tinggi-tinggi, pastikan saya dapat kerja bagus, circle saya memang penuh dengan orang educated, separuh saja dah doktor dan jururawat. Mungkin dorang lupa saya ni ada hati dan perasaan. Mak mentua. Saya dah luah sebelum ni. Dalam pantang pun dah serabutkan saya sebelum ni. Sekarang? Dah pandai main calit-calit air sunquick ke mulut bayi saya dengan alasan nak buat rasa-rasa. Walaupun saya dah tegas cakap "jangan lah. Dia kecik lagi" dia pandai menjawab "alah nak buat rasa rasa" Rasa apa ye makcik? Saya ni MAK budak tu tau. Kalau MAK budak tak bagi keizinan bukan ke nenek takde hak nak buat apa-apa? Kalau nak bagi bayi rasa rasa pergi buat anak sendiri. Dah la suka bukak aib saya merata. Kalau boleh satu kampung dia nak bising cerita saya beranak cser, berpantang taknak makan haruan, dalam pantang dah makan telur. Canang la satu kampung hal family. Mak saya sendiri pun tak buat macam tu. Buat apa cerita kat orang? Jadi bahan umpatan? Lepas tu suka banding-bandingkan anak saya dengan anak sedara dia yang baru lahir. Annoying. Tak bersyukur langsung. Dah dapat menantu kerja tetap, gaji sedap, dapat guna kereta menantu, anak dia pun dapat duk rumah banglo sebab menantu yang kena canang aib ni la beli rumah. Patutnya bersyukur bukannya burukkan menantu. Keluarga saya sangat hormati suami saya. Suami saya dilayan macam raja kalau dia balik rumah keluarga saya. Saya? Segala cerita orang tahu. Mulut memang macam.....entahlah. Sampai ada makcik cakap kat saya "harapnya anak awak tak ikut perangai nenek dia" saya aminkan cepat2.. hahah. Segala benda tak kena kat mata dia. Saya harap benda ni tak berbalik kat anak perempuan dia. Pak mentua. Nampak educated tapi...errr... bapak oiii baby tu baru 3 bulan! Nak lambung-lambung apa pak? Alasan dia "nak ajar baby lasak-lasak" Ehhhhh ni mak dia tau. Mak dia pun tak pernah lambung-lambung. Mak dia riba punya lembut! Tepuk nak burp pun lembut je. Dapat kat pak mentua.... hah. Dahla suka kacau anak tidur. Bila anak saya menangis pandai pulak bagi kat saya balik dengan alasan "alaa dia nak mak dia" No pakcik no.. pakcik kacau dia tidur sebab tu dia mengamuk. Buat tummy time pun dia marah. Time dia marah tu saya gelak sebab saya kesian kat dia yang takde ilmu, even saya dah explain tu tummy time untuk kuatkan leher baby pun dia marah cakap lengan dia tak kuat. Alahai pakcik.. tu la suruh belajar, gali ilmu takmau.. menantu ajar pun tak dapat terima. Yelah pakcik sorang je betul. Mak-mak sedara laki saya. Allah... ni lebih sudu daripada kuah. Yang sorang tu pandai mengajar saya cara jaga anak. "Kenapa tak pakaikan stokin" saya tenung tajam saya jawab "cuaca panas kan???" Anak dia tu pakai pampers saja takpa pulak. Saya pun tak bising. Anak dia dera anak kucing takde orang nak marah? Alasan "marah macam mana pun gitu jugak" hah tu lah sibuk pasal anak orang anak sendiri tu tak terdidik lagi makcik oi. Sorang lagi sibuk jugak... nak suruh anak dara dia mengasuh. Tak kuasa aku. Aku duit banyak aku rela bayar daycare. Kang entah apa disuap kat anak saya. Komplen pasal daycare. "Untung pengasuh dia jaga separuh hari je tapi bayar full" pastu dah kenapa? Ingat senang ke jaga baby orang? Dah orang banyak duit biarlah nak bayar daycare ke apa?? Nenek laki saya. Terpaling segala hal. Mak mentua ngadu kat dia lah saya larang calit air sunquick. Dia cakap apa "nenek dulu lenyek nasi bagi kat baby baru lahir." Masa tu memang geram nak menjawab "patut lah anak nenek ada yg macam kurang perkembangan otak. Orang ajar benda betul taknak terima" Masa tu geram sangat tapi tahan je. Ada satu hari tu dia calit garam kat mulut baby saya masa tu baby baru nak masuk 3 bulan. Dia menangis meraung sebab overtired and bahang panas dalam rumah dia. Alasan dia calit garam tu sebab nak halau hantu. Saya dah cakap "baby letih tu... " dia tetap nak calit garam dia. Susahla jenis terpaling betul and tak boleh langsung fikir ada boundaries antara dia dan cicit dia sebab cicit dia ni ada mak lagi. Common sense la mintak izin mak dia kalau nak buat apa pun. Dalam kereta saya marah husband "dah nampak anak mengamuk cepat-cepat lah balik??? Nak melepak apa lagi??" sebab dia pun macam tak faham bahasa tak boleh nak tegas langsung protect keluarga kecil dia ni. Beza lah dengan abang saya. Abang saya sangat tegas kalau bab lindungi keluarga dia. Mak sedara kami pun dia sanggup tengking. Saya tahu saya kena hormat keluarga suami. Ye saya hormat selama ini, berbual mesra dengan mereka sehinggalah mereka gagal menghormati saya sebagai menantu, anak orang, dan ibu kepada cucu cicit mereka. Saya dah tak mampu menghormati mereka dan berbual mesra dengan mereka. Kalau mereka tahu layanan keluarga saya terhadap anak/cucu lelaki mereka, mesti mereka takkan layan saya macam tu. Saya tak tahu sama ada mereka akan rasa malu atau tak. Common sense mereka seolah-olah tak wujud. Selain trauma proses beranak anak yang baru sorang, layanan yang saya dapat pun membuatkan saya tak sanggup nak beranak lagi sekali walaupun saya berhasrat menambah cahaya mata.

82 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Sis. Kalau sy kan, tak bagi sapa pun jejak rumah i. Jgn kata jejak, rumah orang tu pun i takkan hinggap. Tak salah pun tak melawat or bagi melawat orang yg terang2 bagi harm kat keluarga awak. Tapi i takde kat tempat u, boleh cakap je lah. U yg lalui. Tapi kan sis, kita makin tua ni, makin nak kurangkan drama. Kita nyahkan je toksik2 jgn pening kepala. Awk kerja elok dah, and i jamin kerja mcm u ni lagi banyak challenge if not stress. Dgn baby baru, makin dia besar makin byk keje awk. So kita takde masa nak fikirkan orang yg mcm tu. Buangkan aja family atau tak. Kalau takleh nak buang, kita limit contact. Biar la dia nak canang pasal kita, kita je tau kita ni mcm mana kan? Penat sis jadi mak, jadi working mom lagi. Kosserr nak fikir pasal orang. U flip hair je depan in laws u 😬

Đọc thêm

Mmg mental hadap family inlaw. Bila luah kta kita tk leh terima cara depa la apa la tp kalau dh melampau sapa je boleh terima. Skrg ni mampu elak jumpa je. Ye la depan2 mak mertua tk de sembang apa pon tny ppe psl menantu yg tgh pregnant pon tk bila kita yg beria bgitau eh buat2 tk layan pulak. TAPI TAU TAU BLKG KITA DUK BERCERITA ITU INI PSL KITA DKT SEMUA ORG. Eii geram ye. Mak ayah saya sendiri pon kcik hti dgn family inlaw sbb jenis tk reti begaul dgn org dgn kaum kerabat dia kemain ye banyak gila mulut. Bawak ibu dtg rumah mak mertua eh boleh plk ditingal je tetamu dia duk sidai baju la msk tuk suami la. Dh tu tk kecik hati family saya. Skrg ni hormat suami je mampu sabar. Kalau tk mmg buang jauh2. Belum lgi bab dtg rumah kite pastu pengotor ei

Đọc thêm

Ya Allah saya baca ni pon rasa menyirap betul perangai toxic family mertua tu. Kalau tak de ilmu tu saya boleh tahan lagi tapi satu je. Jaga la adab dengan anak orang. Anak orang lain tu ada ibu nya yang memang jaga dari baby. Jangan la memandai2 nak sentuh anak orang. Ishh sibuknya. Kenapa la family mertua kebanyakkan nya suka menyibuk ea?? Saya punya family mertua pon lebih kurang sis la ni. Suka nak sibuk2 suap semua benda. Pastu menyibuk nak melebih2 dengan anak kita. Ni anak kita tauuu. Penat kita mengandung beranak kan pastu dorang acah2 nak terpaling pandai jaga anak. Yg tak tahan tu berlagak siap cakap dia dah ada pengalaman ramai anak konon nya. Puiiihghh serious saya memang benci dengan family mertua yang toxic macam ni. Benciii

Đọc thêm

saya masa lepas bersalin, esok tu dah boleh balik rumah. kebetulan raya kedua family saya semua balik ke kampung jadi saya duduk berpantang dengan mertua. kita pula first time melahirkan jadi takda pengalaman bf anak, malam tu bapa mertua saya suruh kakak ipar saya beli botol susu & susu. dari hari pertama anak saya dilahirkan dah di ajar pakai botol susu. kadang anak taknak direct bf terpaksa pam sampai melecet puting & akhirnya susu drop. sejak tu anak saya mengharapkan botol susu je. terkilan, kecewa tapi bila suami saya balik kerja elok je dia biarkan saya menyusukan badan tapi lama lama susu badan drop sebab dia dah selesa dengan botol. bangun pagi tengok anak dah takda kat sebelah rupanya mak mertua dah amik & bagi susu botol

Đọc thêm
7mo trước

ya allah kesiannye sis,, kenapa eh ada setengah mertua suka sngt aturkan hal ank menantu, siap amik ii anak suka hati , pelik ii perangai

Sy yg baca ni pun tgh usaha utk sabar dr ckp bkn2.. Allahuakhbar toksiknya lahaiii.. Sis ada kerjaya pun kena mcm tu apatah lg sy yg full time housewife yg mmg kewangan tu bergantung sepenuhnya pd suami.. Mmg gitu la bila tinggal sebumbung dgn family suami.. Sy pun sama,, stay ngn mertua.. Jujur sy ckp mmg xselesa,, pantang silap ckt mula la.. Sy xtau la sama ada diorg ada bckp di belakang sy atau x,, selagi sy xdgr apa2 sy ok.. Bt masa sekarang sy bt hal sndri,, jaga jarak & jaga emosi sndri yg tgh pregnant jgk.. Semoga sis tetap tabah & sabar.. Jaga emosi walau susah mcm mne sklipun..fkr anak2 je,,persetankan org sekeliling yg toksik tu..anak kita,, biar kita yg didik dgn cara kita in shaa Allah yg terbaik..

Đọc thêm
7mo trước

Saya duk rumah sendiri.. beli rumah sendiri.. gaji saya lagi besar so saya decide beli rumah yg besar sikit.. kalau ikut kemampuan gaji suami saya, dapat RMR lepastu melepet kat tanah mak mentua eiii tak sanggup!!! Hahaha tu punnnnn dia banyak bunyi lagi sis. Rasa nak bagi penampo. Mak bapak saya ajar kalau orang bagi jangan banyak bunyi. Ni family suami.... Allahu... menantu dah bagi rumah sebuah, banglo 4 bilik.. pun banyak bunyi lagi.. dasar taktau malu 😀

kalau sy jdi sis, suami tu pon sy sekolah kan sekali... sy pon pernah alami situasi yg same... mase dlm pantang beranak czer , mertua sy kate jgn galakkn mandi baby nnti kembung, cukup tukar baju n pempers lap guna tisu basah .. alasan die baby x main kotor... ish laa paling aku xleh terima.... hbis org duk hurung baby mcam lalat.. duk pegang2 semua... dh lekat mcam2 bau... mcam2 kuman... itu yg jdi hari ke4 czer sy dh bgun mandi ank sendiri... cukup 14 hari tahan sabar, pastu sy angkat kaki balik umah sendiri berpantang... aman ... ank sy ikut cara sy, bukan nk dabik dada... tapi sakit pening masuk spital berjaga malam smua sy yg hadap sorg... org lain hnye mampu tgk n komen je itu ini x betul ... hmmm

Đọc thêm

Sama la sis , saya pun baru lepas beranak . mil datang melawat sibuk kondem kenapa bedung kaki tak kuat . kalau mak dulu bedung siap ada tali kasi ikat nanti dah besar jalan tak kengkang 🤣🤣🤣🤣 dah tegur cakap tak elok untuk perkembangan otot dia … terus dia cakap apa pulak orang dulu2 ajar semua betul elok 😂 hmmmm lepastu sama la mcm saya bersalin eczer sebab jntung baby dah lemah . boleh dia cakap gini orang dulu2 takde pun bersalin czer elok je normal 😌 aku rasa nak tampar je mulut puaka dia tu 😂😂 maaf la terikut perasaan . macam2 la dia cakap penat la nak taip belum lagi duk kondem pasal cara kita jaga anak 😌 semua benda nak kondem macam dia terpaling beranak & ada anak 😌😌

Đọc thêm
7mo trước

betul sama, sampai hari ni saya trauma ingtkan dapat pantang aman2 dh lah tggu anak 5 tahun ivf lagi. sekali MIL dtg semua berubah pantang saya jadi hari paling murung dalam hidup saya. Baby selalu dgn dia aje & setiap benda ada pantang larang, kena begitu kena begini. Trauma. tumpang luah perasaan wlpn baby dh 4 bln tp saya masih rasa trauma hari2 saya yg down sepanjang dia ddk rumah saya. wlpn cuma 6 hari 😌

Sesungguhnya bukan sis yang kami nak kecam tapi FAMILY MERTUA SIS TU YANG SELAYAKNYA DIKECAM DIMAKI. Aihhh dasar mertua toxic!!! Kalau saya jadi sis, sorry la mmg taknak balik rumah mertua lagi dah. Jenis tak bersyukur dpt menantu baik yg banyak bantu anak lelaki dia. Sis kalau sis nk meluah kt memana page kt fb ke kan mohon share link, kami nak kecam kt sana!!! Bukan apa biasa org2 tua ni main fb, tak main TAP ni. Kot la dorang baca posting tu biar dorang nampak betapa la perangai haram dia ni dikecam ramai!

Đọc thêm

penat kan mengadap family in law. sy taknak menambah cerita cuma nak cakap sy ni samoau tahap lega bila saya ni menantu yg dibuang keluarga in law. ada lah 3 tahun sy tak balik langsung rumah mertua atau berhubungan. bukan taknak berbaik cuma saya rasa ni jalan terbaik buat masa ni. maybe nibla peluang saya untuk jaga kesihatan mental saya jaga hati saya. selama ni jadi menantu buat baik mcm mana pun tetap kita la buruk. so biar buruk betul la senang. lagi aman hidup saya. kadang2 in law ni lupa kita ni pun ada mak bapa adij beradik. dia layan kita mcm kita ni sebatang kara 😅😅😅

Đọc thêm

after reading all these comments, I rasa bukan I seorg je hadap situasi in law toxic. mungkin most of the in laws semua sama kot X kira race apa... I pun sama, sblm bersalin semua okey, problem started since I was pregnant.. dah la mil toxic ni tambah pula dgn kakak mil yg suka cakap belakang.. sampai satu tahap I dh terus terang dgn husband I.. nasib baik husband I understand, kitaorg dah pindah rumah. Ni dah nak half year I mmg X balik rumah in law, call msgs pun xde . yg paling worst, I baru je keguguran a month ago, parents husband I tahu tapi not even msg I tanya khabar.. so better avoid in law yg toxic, diaorg mmg X biarkan Kita utk hidup dgn tenteram.. so better avoid them..

Đọc thêm
7mo trước

I pun pernah keguguran. Dan masetu dapat detect cyst. Mil i siap cakap yg ada cyst susah nak mengandung padahal tak sampai 1hari pun i keguguran