Sekadar perkongsian dan luahan😊

Alhamdulillah, utk yg mngenali saya drpd post saya yg lepas.. saya telahpun mmberanikan diri dgn mmbuka buku pink di kk berdekatan. Saya hanya berani melakukannya setelah berkahwin dgn llki yg bertanggungjwab terhadap status kehamilan saya yg saya rahsiakan selama 4bulan dan skrg kandungan saya sudah masuk 8bulan. Walaupun saya tahu anak ini akan dilahirkan tanpa ber bin/binti atas nama ayahnya skrg, namun bagi saya sudah ckup nasibnya terbela. Keputusan utk berkahwin bukanlah saya ambil dgan kerelaan saya jga nmun atas keterpaksaan demi membela nasib bakal bayi ni. Selesai mngambil suntikan att, minum air gula, ambil darah, dan sbgainya telah saya rasakan perit juga mnmpuh alam kehamilan ni ya😂.. lagi2 terpksa mnunggu giliran yg trlalu lama dari pagi hingga tngah hari smata2 appointment dgn nurse dan doktor. Nsiblah appointment saya 2x shja sminggu.. alhamdulillah, status kesihatan saya dan si kecil ni baik2 shja.. Di sini ingin saya ceritakan, Sepanjang dlm tempoh perkahwinan ni, mcm2 dugaan dn ujian saya diberi. Saya bersyukur diberikan mertua yg baik dan dia mmbenarkan saya utk tinggal bersamanya. Namun malangnya suami saya tidak bekerja dan dia juga adalah penagih dadah. Kami disara sepenuhnya oleh ibu bapanya. Sungguhpun saya rasa kecewa dan terkilan kerana ditanggung sepenuhnya namun saya rasa bersyukur dan berharap akan mmbalas jasa mereka kelak. Dgn kdaan saya yg sarat mengandung, saya xdpt kluar utk mncari sumber rezeki melainkan selepas habis berpantang nnti.. Wang simpanan saya juga telah habis digunakan si suami utk mmbeli rokok dan menjalankan perniagaan ketumnya nmun smuanya tidak berhasil. Dia sering berjanji utk mngganti duit yg dipinjam drpd saya, tp smkin bnyk yg mengalir kluar adalah.. saya sudah bnyak kali menegur sikapnya dan menyuruh supaya dia berubah nmun dia acuh tak acuh dgn nasihat saya dan kerap juga kami bergaduh besar shingga rosak harta dan saya mendapat luka oleh kerana sikapnya yg baran. Sehinggakan ibu n bapa mertua saya snggup mmbuat laporan polis keganasannya terhadap saya dan mereka juga risau terhadap keselamatan mereka. sbgai seorng isteri sudah semestinya ada masa hati kita akan sepanas api dan sedingin air, kdang terasa kasihan terhadap si suami krna ad waktu dia baik dan ad waktu dia sebaliknya. Ada satu malam, anggota polis narkotik telah mngambil suami saya dan membawanya ke ipd, bilik kami juga diperiksa bg mmstikan tiada brg terlarang.. pukul 4pagi saya ditelefon salah sorng anggota utk mnndatngani surat jaminan di balai. Dgn ikhsan bapa mertua saya dibawa kesana dan suami saya dpt dibawa pulang, namun kami harus mnunggu kputusan urine. Sehingga hari ini suami saya masih tidak bekerja kerana tkut akan rekod jenayah yg ada padanya, utk pngetahuan juga, dia xdpt kluar kemana mana kerana malam dia ditangkap kakinya mngalami sdikit keretakan tulang akibat bergelut dgn 3org anggota polis dlm prcubaan utk melarikan diri.. Alhamdulillah krna ibu mertua sgt memahami sikap anaknya dan turut merasa kasihan terhadap saya, saya beranggapan ini adalah balasan dn ujian utk saya krna telah terlanjur bersamanya.. nmun sbelumnya saya tidak dpt melihat sisi buruknya shinggalah saya mndapati saya telah hamil di mana smua sikap dn kelakuan suami saya diperlihatkan perlahan lahan. Terkadang ada jga saya terfikir, ada baiknya jika saya memasukan diri ke pusat kebajikan, kerana saya tak mahu mnyusahkan ibu bapa n mertua saya setelah saya melahirkan zuriat nnti. Dan juga bagi mngelakkan rasa malu mereka terhadap status si kecil ini nnti. Saya rela mmbesarkannya sendiri Walaupun tanpa suami namun saya buntu apakah saya akan diterima walaupun sudah berkahwin? Telah saya tujukan pendapat ini kpda si suami nmun dia tidak bersetuju malah stiap kali soalan ini dituju dia hnya berdiam dan tidak mahu ambil peduli padahal itulah yg terbaik yg saya rasakan utk saya. Perbincang dgn ibu bapa kandung saya dan mertua, mereka menerima dgn tangan terbuka cadangan saya. Tp saya msih ragu2 dgn jwapan drpd suami saya. Sampai sini sajalah perkongsian cerita yg agak panjang drpd saya, sumpah bukan niat utk mmbuka aib sendiri dn suami tp sbgai tmpt luahan kisah hidup saya agar dpt djadikan pngajaran. Saya berharap perkongsian saya ini tidak mnimbulkan rasa tidak senang dan rasa “menyampah” yg mana ibu hamil smua merasakan ini rekaan semata mata. Terserahlah kerana saya terima dgn hati terbuka dan lapang dada😊.. Jika panjang umur akan saya update status si kecil ninja ni bila dh melihat dunia👶🏻❤️ #firstbaby #pleasehelp

22 Các câu trả lời

saya pon macam awak sis cuma saya dah bagi badan dekat dia tapi tak pregnant dan saya paksa dia kawin dengan saya dengan ugutan nak bagitahu mak ayah dia segala perangai dia buat then lepas kawin makin terserlah perangai sebenar dia..dia bekas penagih tapi tu laa masa saya kenal dia dia masih duduk pondok yang rawatan penagih tu macam2 jugak alami macam awak jugak kena pukul sentiasa dengan kaki perempuan 😞 duit saya pon habis dia guna malas kerja tapi nak mewah 😞 harap kita dapat hadapi segala ujian sebab sekarang kita sama2 bawak budak☺

Dalam hidup ni segalanye telah dirancang oleh Allah .. perjalanan hidup.. dan kita ni manusia tiada yg perfect..sentiasa buat salah dahulu, dari sana kita belajar jika allah bersama kita, kita berubah bertambah baik walaupun sukar perjalanan hidup..bukan sis seorg yg bersusah dlm hidup, ada yg lbh sentiasa. Tabahkan diri dan sentiasa bershukur dan mara ke hadapan utk bertanggungjawab ke jalan yg lbh baik. Semoga allah permudahkan segala urusan yg baik dan yg penting kita jadi hamba allah yg berjaya kembali ke arahnye.

Selagi kita hidup, kita mempunyai masa untuk bertaubat. Takpalah nasi da jadi bubur. Pandangan org pd kita mmg tk dpt tutup. Yg pntg pandangan Allah pd kita skrg. Bykkan berdoa dan bertaubat. Jgn sesekali goyah dgn caci maki atau hinaan manusia . Kerana Allah itu maha pengampuan dan maha penyayang. Yg pntg kita tak terus tersesat. Jaga diri baik2 baby tu tk salah . Apa terjadi ada hikmahnya.

Sy ada baca kisah awk ni haritu. sy doakan Allah permudahkan urusan awk tauu! takde manusia yg tidak lakukan dosa atas muka bumi ni. Yang penting mcm mana pengakhiran kita tu baik atau buruk. semoga baby membesar jadi manusia yg soleh/solehah dan dpt membela nasib ibunya ♥️ abaikan orang sekeliling yg bersikap negative terhadap awk dan anak awak yaa.

Saya sedih baca luahan rakan kita ni😔tapi dlm masa yg sama..saya Bangga sgt sbb awak kuat sis..susah nk jmpa org skuat awak..tmsuklh saya sndri😭 semoga ada hikmah dan kebaikn utk awk..sntiasalah b'doa supaya awk dan baby kuat..dan keadaan akan brubah mnjd lbh baik...🙏

Sabar ya awak❤️❤️ Saya doakan Allah lancarkan urusan awak dengan baby kecil nanti. Kita pun taktau pengakhiran kita macam mana, mungkin rezeki awak akan datang melimpah ruah, anak awak kandung tu membesar menjadi anak yang soleh solehah. All the best awak ❤️

semoga awk kuat yaa. pendapat saya adalah lebih baik awk teruskan rancangan berpisah dgn suami lepas bersalin. Kalau dah terjebak dengan dadah ni, saya sendiri takut nk bayangkan nasib anak awk. saya percaya awk lg kuat dr apa yg awk sangka.

samalah kita senasib, sy akan melahirkan awal bln 7 ni...dia rajin bekerja tp duit dia habis ke judi dadah...sy cuma hrp Allah akn kembalikn dia ke pangkal jln...semoga dia berubah kalau tak mungkin sy akn pilih berpisah...

Semoga urusan awak dmudahkan..Xde manusia yg sempurna...yg penting,kita sedar diri..Sy doakan awak dan baby..dbrikan ksihatan yg baik sellu..lebihbkirg juga usia kndungan kita ni...sy dah 34miggu...😊😊

Perjalananan hidup ini banyak liku..sentiasa muhasabah diri & belajar dari kesilapan..awak seorang yang kuat..Semoga segala urusan awak dipermudahkan & anak dalam kandungan sihat2 sahaja..

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan