check fon pasangan

aku isteri , orang selalu cakap , tak perlu pun check fon pasangan . bulan depan baru nak genap setahun kitorang kawin dan rezeki aku bunting pelamin masatu , anak dah umur 4bulan . tapi benda yang paling malangnya dalam hidup aku , suami aku dah banyak kali curang . bukan curang yang keluar dengan pp lain . tak . dia tak keluar dengan pp lain tapi dah BANYAK kali ye dia kantoi chat lagi dengan EX dia . aku pun tak faham kenapa dia gila sangat dengan ex dia . aku ada jugak rasa menyesal kawin dengan dia . sebab sebelum kawin lagi dia dah pernah kantoi contact lagi dengan ex dia . aku bodoh sangat kawin dengan dia . sekarang baru aku percaya , sekali dah curang sampai bila bila pun tetap akan curang . sebelum kawin aku dah pernah mengamuk suruh dia balik kat ex dia kalau tu yang dia nak sangat tapi dia TAKNAK . okayla zaman sebelum kawin aku malas la cite sebab tu la kebodohan paling bodoh dalam hidup aku . paling latest , ni kejadian bulan lepas ye yang aku jumpa ni . aku check fon dia memang dia dah lama delete n block ex dia tapi dia still senyap ii simpan gambar dgn ex dia dekat "icloud" . dia skrg dah jatuh saham miskin semua benda downgrade , dari ada motor , skrg dah takde . dari pkai iphone skrg dah pakai android . ada pc , dah jual . ada kereta pun baru baru tahun lepas la beli kete tu pun kete 2nd. mungkin ni lah balasan untuk dia sebab "dua"kan isteri dalam diam . masa awal awal kawin , aku redha je dah . aku maafkan silap dia sebelum kawin tu . sebab aku fikir mungkin bila dah kawin ni dia berubah . tapi aku silap . aku dah sarat , baru lah aku tahu , rupanya dia tak berubah lagi . hati aku hancur sehancur hancur nya masatu . bini kau tengah ngandung anak kau , kau bole lagi nak contact dengan ex kau . ALASAN nak mintak ex pulangkan balik barang barang yang dia pernah bagi dekat ex dia dulu . MACAM BODOH . ex dia pun tahu ye kitorang dah kawin sebab bape hari sebelum kawin aku ada suruh laki aku chat ex dia buat kali terakhir , bagitahu kitorang nak kawin dah sbgai PERINGATAN dekat dia supaya tak layan lagi laki aku dan peringatan untuk laki aku supaya lupakan dia . tapi masatu laki aku taknak katanya . biarlah ex dia tak tahu dia cakap . tapi dia tipu aku , rupanya dia chat jugak ex dia bagitahu kitorang dah nak kawin . tu pun lepas dah kawin baru aku tahu . okay berbalik kepada yang terpaling latest , aku check fon dia . ye dia memang dah delete contact , dah block ws ig tiktok semua . tapi dia tak boleh nak tipu aku . dia sorok , aku korek sampai lubang cacing . dia simpan gambar ex dia dalam icloud . dia cakap dah delete , tapi rupanya masih ada yang dia simpan . aku korek punya korek , paling terbaru ni aku jumpa history , dia download video dia dengan ex dia . hari yang dia download video tu , kitorang gaduh . sebab masatu , tengah malam dia kejut aku kata lapar nak makan . dia suruh aku masakkan maggie tapi aku tak bangun sebab aku ngantuk gila timetu , dahla baru tidur sebab anak tidur lambat masatu . jadinya aku macam tak sedar yang dia kejut aku tu . besok pagi nya aku mintak maaf tapi dia buat besar kepala dia je . ego . sehari jugak dia tak tegur aku . malamnya tu , aku mintak maaf yelah yang ni aku mengaku lah ni memang silap aku . jadi kitorang pun berbaik . tapi instict aku sebgai isteri aku dah agak dah . aku check fon dia masa dia tidur . dah hasilnya aku jumpa history yang dia download video dia dgn ex dia . besoknya dia bangun , aku direct je tanya apa masalah dia download video tu . dia boleh ckp member dia mintak nak tengok ex dia . pastu time tu jugak aku suruh dia delete semua gambar video dgn ex dia . aku tak kesah la kalau korang nak ckp aku derhaka . lepastu aku buat hal aku sendiri je . lama lama aku cooldown sendiri . sampai ke harini , aku masih je check fon dia . dan semalam aku jumpa benda yang paling aku tak sangka aku jumpa . ni aku malas lah nak cite sini . aku malas nak type . biar lah Allah je tahu betapa sakitnya hati aku ni (tp ni bukan pasal ex dia lah) . tapi ada satu lagi benda aku nak cakap . tak payah la nak percaya sangat dengan suami ke pakwe ke yang pernah curang ni . semua nya bullshit . time aku pantang , masatu baru nak habis 44hari pantang , tapi belum habis lagi . masatu hari ke 42 ke 43 tah aku lupa dah . konek dia dah gatal sangat nak buat tu . aku cakap dengan laki aku sabarlah lagi bape hari nak habis pantang dah ni . tu baru nak pantang 44hari , belum aku mintak ckp nak pantang 100 hari . kau bayangkan lah eh , aku tak habis pantang lagi dia dah sibuk mintak mintak nak buat tu . last last , masa hari ke 43 ke 44 tah dia masuk kan jugak . kau tahu tak betapa pedihnya rasa masatu . menangis nangis aku malam tu . aku cakap dengan dia sakit . pastu dia keluarkan , sebab dia tengok aku nangis . dia peluk cium aku , dia mintak maaf pastu dia suruh aku rehat . aku fikir masatu dia dah insaf tapi bape hari lepastu dah habis pantang dia mintak lagi . aku redha je dengan Allah masatu , kalau kata nak ngandung lagi aku redha . sebab orang ckp lepas pantang ni kan subur . tapi nasib baik takde . dan masatu dah tak sakit dah cuma pedih la sikit sikit . tu benda paling aku terkilan la setakat ni . sekarang , anak baru 4bulan . aku makan pil noriday . baru baru ni aku tengok ramai jugak ckp kat kk ubat habis stock . ye memang aku pun dah takde ubat . sejak anak umur 3bulan lagi laki aku dah gurau gurau mintak nak buat anak lagi satu . tapi sampai ke harini aku masih dengan pendirian aku , aku taknak anak lagi buat masa ni . dia merayu macam mana pun aku tetap taknak . ye kitorang mmg ada berhubungan jugak tapi pkai double protection . klau nak anak lagi tu memang aku taknak . dia skrg ni bukan soal anak kecik lagi . tapi soal suami aku tu . aku dah kenal belang dia . aku trauma dah , aku belum habis pantang lagi dia dah gatal konek . aku trauma sangat sangat . aku memang bersalin normal , episiotomy . tapi aku tetap trauma . kalau boleh aku nak anak satu ni je . kalau macam ni lah perangai suami aku . memang sumpah aku trauma . besok isnin , aku nak pergi kk . nak tukar perancang . sebab ubat asyik takde stock je . ni dah 3hari aku tak makan ubat sebab dah habis . dan nasib aku baik alhamdulillah 3hari ni aku dapat elak dari berhubungan dengan dia . dia memang ada pujuk ii aku ajak buat , tapi aku tolak . memang tak laa aku nak buat . dia ckp ngan aku suruh stop amik perancang , rancang sendiri je . dia suruh aku percaya dengan dia , dia akan bagi kerjasama katanya . tapi sampai mampos aku takkan percaya dia dah . doakan syurga untuk aku . aku redha kalau ni yang Allah nak uji aku untuk tebus segala dosa dosa aku . aku takde terfikir nak cerai sebab aku dah ada anak . jadi aku mintak sape sape yang baca ni , doa kan lah aku kuat . doakan suami aku berubah . semoga syurga untuk kita semua mak mak yang tersakiti ni . aku hari hari doa masa masak supaya suami aku berubah . tapi aku masih perlukan doa korang jugak . terima kasih sudi baca . aku haramkan sape sape viral kisah aku ni . aku taknak benda ni sampai kat laki aku . cukup dekat apps ni saje . terima kasih semuaa...

1 Các câu trả lời

Allahuakbar , anak sis mesti sebaya anak saya cuma anak saya tua sikit bape bulan . saya tak kenal suami awak macam mana , jadi tak perlu lah saya nak menghukum suami awak lebih lebih . tapi nasihat saya , kalau awak tak tahan sangat dah , berjumpa lah kaunselor . mintak nasihat ya . paling tidak bercerita lah dengan parents atau ahli keluarga awak . untuk mental awak sis 🥹semoga awak terus kuat , jadi ibu yang hebat . hugg dari jauh ya sis , awak kuat sangat 🥹🤍🤍

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan