27 Các câu trả lời
Tak salah pun sis. Sis masih boleh bg susu badan, kena pam je susu tu bagi dalam botol. Pengalaman anak 1st saya df, kadang anak dah kenyang tapi nak ngempeng bila umur makin meningkat. Ada masa sampai 2 3 jam. Bayangkan sis kalau baring mengiring 2 3 jam tak boleh gerak...rasa²? 🤣 2 3 jam tu banyak benda boleh setel. Anak 1st saya pun xnak puting tipu, n suami pun x bagi...tu yang kena hadap jugak. Lepas tu saya pulak bekerja, anak xnak pakai botol susu, mil jaga...mujur kerja sendiri, boleh balik terus lepas setel kerja. Sis cubalah tukar² puting. Jadi anak 2nd saya df jugak tp lepas df agak² setengah jam xnak lepas saya tukar dgn pacifier. Umur 8 bulan putus susu sbb saya pregnant anak ke3. Alhamdulillah nak pakai botol, tapi sebulan habis duit jugak utk susu fm. Habis dodoikan dia, kita boleh sambung buat kerja lain. Saya pun baru bersalin anak ke3...jadi susu fm n susu badan sy selang selikan utk anak no.2...anak no.2 dah setahun 3 bulan gigi masih 2 gigi bawah. Bila saya bagi susu badan lepas beberapa hari keluar 2 gigi atas, esoknya keluar lagi 2 gigi atas. Susu badan memang terbaik dr segi penyerapan kalsium. Saya harap sis dengan suami dapat penyelesaian yg terbaik. Minta pandangan n pengalaman jugak dari keluarga, kawan terdekat.
1st mommy lain jgn salah faham ye. sy cuma nak bg suggestion dkt mommy ni utk suami dia tahu. sy xcondem mommy yg bg susu fm dkt baby. sbb sy sediri lepas pregnant 2nd baby anak 1st terpksa minum susu fm. 1) awak boleh cakap dgn husband susu ibu ni yg boleh protect imunisasi badan baby awak. sbb apa sy ckp mcm ni sy dh nmpk beza dkt anak 1st sy. masa dia minum susu bdn dia jarang sakit. mmg jrg pergi klinik. pergi klinik selalu utk checkup ja dkt kk. susu fm ni awak kena try n error. sbb setiap penerimaan baby tak sama. sy sendiri try 4jenis susu fm bru jmpa yg sesuai dgn anak 1st. sy try susu freanleaf baby muntah. 2nd try susu s26 baby batuk berkahak. teruk juga sbb mmg monthly kena neb. 3rd try susu dutch baby baby cirit birit. last tu sy pergi klinik minta doctor advise. doctor advise enfragrow gentlesea. susu ni tin kecik dn mahal juga la. dn anak sy jenis kuat susu. dh okay sikit bru tukar enfagrow biasa. tp still mhl juga la. 2) untuk susu saja sy dn husband spend 1k lebih tiap2 bulan. awak boleh cerita dgn husband kalau dia sanggup nk spend duit utk setiap bulan mcm tu. then okay la. tu belom masok pampers baby semua awak.
Hi sis. Saya baca post sis ni dlm sudut yg berbeza. Sya pun bg anak sya direct bf. Tp ada sedikit penyesalan sbb sya mcm sis, sya fikir sya surirumah dan benda tu tak jd masalah. Rupanya sya silap. Imagine, anak sya dah 2thn 3bln masi direct bf. Dia reject botol. Penat tau sis. Penat badan. Mula2 mmg mcm rasa bersyukur sbb anak xpakai botol tp bila dia makin besar, makin berat dan masih mengempeng kat badan hah kat situ la sya rasa betul2 down. Apa yg cuba nak ckp, baik you selang selikan penyusuan. Direct bf dan pakai botol, utk kebaikan awak. Bygkan nanti bila awak ada rezeki utk mengandung anak ke2 dan anak 1st you masih direct bf...serius sis, penat tau. Kita sndri xtau bila anak kita akan wean off. Kandungan sya hampir memasuki bulan ke9 dan anak sulung masih direct breastfeed, takde tanda2 nak berhenti pun. Silap sya sbb tak perkenalkan dia dgn botol susu waktu baby dulu. Tak salah klu kita bg dia pakai botol. Awak pump susu dan letak air susu dlm botol. This is just my opinion. The rest is up to you. I've been there and I am still breastfeeding my 28 months old daughter which is truly exhausted 😌
👍👍👍
sy pon bf. ank 5 bulan. reject botol susu dgn puting palsu tu. tp sy xmcm sis la. boleh masak on time. ada hari sy masak ada hari kalau ank meragam sy penat,sy xmasak . pagi pon sama sbelum suami.pergi kerja. dulu masa mngandung hri2 boleh buat srapan. skrg boleh kira guna jari je. tp suami mmg faham. dia ckp kalau xlarat xpayah masak. order je. sbb dia nampak strugglenya sy luangkan masa dgn bby dlm masa yg sama urus rumah. kalau husband penat kerja sy xkacau husband tidur.. pernah cuba juga bg botol susu. apa je brand botol xbeli. smua mahal2 semata2 nk dptkan puting yg lembut follow seakan puting ibu. puting palsu pon sama. tp tula. smua reject..dia punya susu pon boleh tahan harga.. tp tula. even bancuh saje try bg pon reject. dah berminggu serbuk tin susunya tak terusik. awk boleh ckp kt suami awk. kt mana urusan rumah yg awk xbuat smpai dia ckp mcm tu. betul awk. once ada anak kecik ni,mmg fokus utama ke ank dah.. rasa awk kena slowtalk dgn suami. susah bila org pertikaikan sesuatu. lebih2 lagi suami sendiri.. sy suami memahami.. tp tringat masa pantang..ayah sy pulak tah pape
Setuju. Sy pun alami pengurusan rumahtangga yg bg saya teruk.😂 Burnt out. Banyak kali minta maaf dgn suami. Suami faham. Masuk bulan ke4 lps bersalin, baru rasa ada life. Hihi. But semua tu sweet memories, hadapi dgn syukur
puan tak salah pun.. saya kagum bila puan cakap sempat masak sebelum suami balik kerja, walaupun df.. saya nak makan sendiri pun suami yg belikan.. 😂 cuma mungkin boleh slowtalk dgn suami, tanya dia kerja apa yg dia maksudkan, kerja rumah hari2 ke, atau tak jadi kerja kalau puan ada hal yg perlukan puan keluar, tapi tak boleh tinggalkan anak sekejap sebab anak nak df sahaja. macam saya, anak saya cuma berbotol bila saya dah terlalu penat, masa saya ada urusan di luar atau masa pergi ke KK check up anak sahaja, kira paling banyak pun dalam seminggu, tak sampai 1 hari yg anak saya akan berbotol dan susu yg saya bagi masih susu badan saya.. jadi kalau nak ajar botol pun, tak semestinya kena stop df, atau bagi hari2, mak2 yg bekerja pun ramai yg bg botol letak susu badan masa di pengasuh sahaja, dan df waktu malam.. jadi puan jangan rasa gagal bila perlu bagi botol ye, sbb saya yakin puan banyak susu, nak pam pun boleh, mampu sangat2 tu..
Tak salah pun. Bincang elok2 dgn suami OK. Mungkin suami kata begitu sbb awak tak banyak spend masa dgn suami setelah ada anak? Suami pun nak belaian isteri juga. Check and balance ok. Saya pun suami pernah cakap secara bergurau dgn saya: cinta dah beralih arah (pada anak) 😅 walaupun bergurau tapi deep woo.. Tiap2 malam minta maaf dgn suami, hargai dia, buat lah apa bg kasih sayang pd suami pula. Kadang2 saya menyelit sebelah suami, tapi anak perlukan saya, saya cakap kat anak, "ala ibu nak bercinta dgn ayah ni. Kacau lah 😅Maaf abg, syg nak susukan anak." Layan anak, sebelah tangan pegang suami. Buat macam tu untuk ambil hati suami. Gitu. Bincang elok2 dan seimbangkan ya!
Mcm PN plak bunyi nya.. check and balance 😜
pendapat sy mungkin suami risau jika terjadi kecemasan contoh sy mgalami sendiri. sy direct breastfeeding sbb pkp n wfh selama setahun. anak memang tak nak lgsg botol susu walaupon susu dlm tu yg kita perah. tiba2 sy sakit dan dimasukan ke hoapital selama 4 hari. anak dirumah menangis nk susu tp hanya mampu bg guna syring dan sudu sahaja. bila dh keluar hopital sy cuba jgk ajar anak guna botol susu alhamdulillah botol susu jenama nuk yg puting leper tu anak mau. pengunaan botol susu tak semestinya untuk susu formula. untuk susu bdn kita pon boleh letak. kadang2 benda emergency ni kita tau bila berlaku. sekurang2nya kalau anak pandai guna botol kita boleh pam susu dan anak kita dpt susu yg cukup kalau kita tak ada dgn dia.
awak suri rumah ke? cakap kat suami sila bersedia untuk keluarkan duit yg lebih bila nak introduce susu botol kepada anak. 1. kalau nak awak pump, kena beli alatan pump susu, botol susu, botol/plastik simpan susu. (boleh cecah ratus² walaupun cari yg paling murah) 2. alatan cuci botol susu (sabun, berus, sterilizer) 3. kalau nak bagi susu formula kena try&error (klu anak serasi dgn susu mahal harga beratus untuk bekas kecik je, sila sediakan duit awal²) pesan siap² kalau nak baby hisap botol, suami yg kena bagi bukannya awak. segala perkakas pun suami yang kena bersihkan. paling renyah bila nak keluar jalan² ke mana, kena bawak termos air panas, bekal susu tepung, botol susu.
hmmm...slow talk ngan husband Tu...direct feeding adalah yg terbaik kerana mampu memberi. Baby lagi suka direct feeding sebab Dia nak get close with mommy dia...and rase selamat...suami sepatutnya faham ..berkaitan kerja rumah...pe semua Tu puan dpt buat dengan ok kan...jadinya tiada masalah...botol ni ok cumenye if boleh bagila selepas dia usia 2 tahun (kalau dapat) ....sebab apa nnt kalau puan still nak pakai susu badan ..kene pump...dah kene Beli pump...lepastu pulak costing untuk susu formula ...walau apa pun..puan bincang elok2 dengan suami supaya dia faham ...jgn stress ya puan. 💜💜💜 semoga dipermudahkan.amin.
Alhamdulillah rezeki mommy. Senang anak dapat direct breastfeeding. Bukan mudah bila bf journey ni. Kalau pengalaman saya suami encourage beri bf tapi tulah anak pula kena kuning lama, lepas tu direct bf journey tu berliku juga lah. Dengan kena bengkak susu selalu. Teruskan sahaja direct bf, communicate dengan suami sebab mudah dan bagus tak perlu nak pam selalu dan fikir anak sesuai atau tidak part puting botol bila dapat direct bf. Ya macam ibu cakap cuma time management. Moga dipermudah urusan dan suami faham, membantu juga dalam menjaga anak
Faezahtul Azaini