Sy 1st time mom juga tp rasa nk komen juga. Hehehehe. Sy pantang sendiri. Masa PKP. Part makan tu sy makan je semua benda. Masa seminggu lpas deliver baby, gusi sy bengkak, mmg ketara nmpk bengkak, mcm nk tumbuh gigi bongsu, yg boleh masuk hanya milo ais sahaja dan air juice yg sejuk2 dan ais. Sy minum sahaja sbb yg tu sahaja boleh masuk. Nk bukak mulut susah. Lpas dah okay, sy perasan sy x boleh makan benda masam perut rasa berangin sebu semua ada. Makanan singgang asam pedas sy x boleh makan. Effect ke baby juga. Yg lain semua okay. Sy mmg cukup rehat lpas balik dr hospital sbb baby kuning hospital warded kan baby sahaja. seminggu tu sy balun tido rehat puas2. Baby balik, lpas 5 hari, kira dlm 2 minggu lpas sy bersalin, sy dah drive sendiri pergi KK. All is fine with me now. Biasa lah sakit2 badan tu sbb x cukup rehat.
Saya. Pantang anak pertama stress sebab pantang dengan mil sampaikan kerap saya nnagis & termenung cakap kat husband yang saya lapar sangat sebab menyusu. Nak makan “blablabla” mil tak bagi. Since then husband seludup makanan letak dalam bilik tidur. So tiap kali saya bangun menyusu anak, saya boleh snacking. & susu saya terus bertambah banyak. Anak no 2 pantang sendiri ikut cara dr imelda & tradisional (urut & mandi herba). Happy dari awal sampai habis, susu pun alhamdulillah banyak. Baby. happy. Saya pun happy. Badan takde opposite reaction walaupun saya makan kobis ke, ayam, atau minum ais & ice cream. Dari segi berat badan. Duadua jenis pantang ni lepas bersalin badan saya kurus ke size s balik. Sebabnya memang menyusukan baby kerap.
saya lepas bersalin mlm, tidur semalaman esok balik dgn baby. lepas tu baby jaundice, 3kali baby masuk wad, 1malam kat rumah 1malam kat wad 1 malam kat rumah 1 malam kat wad 1malam kat rumah 1malam kat wad pastu dah keluar tak masuk dh. tp pastu repeat KK pulak lepas sebulan baru bebas jaundice. semua dr lepas bersalin & check up anak semua saya pergi. so chill je lah tahu2 anak dah sebulan pun.. berurut cuma sekali 3hari lepas bersalin sbb betulkan urat kat belakang bdn dgn kaki.. mandi2 takde.. bertungku bila rajin. pakai baju berseluar je, masa seminggu lepas bersalin je la kalau kat rumah pakai kain sbb senang nak gi toilet, tp kalau keluar gi kk tetap seluar.. makanan pulak makan je apa org tlg masak utk saya, kalau lapar lg saya makan je lauk mak masak utk family.
2nd deliver pantang sendiri, apa mknn hspital sy makan, bdn sy okay, beza masa pantang 1st sy mkn ayam hari ke 20,rasa sikit ja, terus gatal satu bdn, x selesa.. Lps habis pantang br mkn semula.. Itu try sikit.. Mna yg x ngam sy x mkn.. Tggu lagi.. Ikan pun mcmtu. Ikan tertentu je mkn. Telur pun sama. Bila hbs pantang, 1st deliver pantang cara org dulu, bdn cpt turun. Pantang 2nd deliver, berat bdn take time nk turun. Tp yg 2nd tu enjoys ja pantang. Kita tahu bdn kita mcm mana. Mana yg tak boleh mkn.. Tak yah makan. Lps dah habis pantang try sikit2.. Buah tembikai mmg tak makan sbb mesti terus naik kepala dia punya sakit.. Coming soon 3 nnt sy tahu dah apa yg bole dan tak boleh. Orang lain bdn dia okay takpe la.. Kita je tau bdn kita mcm mne..
Sye nak komen gak, sye 1st mom dan skrg anak 1m21d. Sye langsung tak pantang apa apa makanan, semua sye makan, ais sye minum start 30hari berpantang. Alhamdulillah tak ada apa effect terjadi pada badan dan bby sye, ada juga takut sakit di kemudian hari tapi nak buat macam mana, berpantang sendiri memang susah nak ikut “berpantang cara kampung” harap tak terjadi apa apa la… tapi sye perasan sye makan nanas darah nifas jadi banyak sikit keluar dari biasanya. Tapi tak sakit apapun. Dan sye pun nak tanya, betul ke sayur kobis tu boleh kurangkan susu badan? Adala dengar orang kata macam tu.
kalau nak jaga kesihatan. bukan nye semasa dlm pntg je dear. lepas pantang pon kena jaga. ni kalau lepas pantang pon kita hentam sama byk. jadi xguna la masa kita pantang kita jaga🙈
Sy anak ketiga ni sy pantang ikut dr imelda. Susu jd banyak sbb happy dapat makan and buat apa yg sy nak. Kebetulan sy bersalin tanpa koyak dan jahitan so tak ada la risau sangat. Kalau ada jahitan mungkin kena elak juga makanan2 yg boleh jadikan luka gatal. Tp sy perasan kalau sy minum air banyak sangat perut jadi macam kembung. Lepas dah lama sikit dalam sebulan macamtu baru perut ok walaupun minum banyak. Masa anak pertama kedua dulu minum kena catu sebab orang tua kata dalam pantang takboleh minum air banyak sangat sebab nanti perut memboye. Ada betul jugak la agaknya..
sy mom of 2. yg 2nd sy follow cara doctor. sy xde pantang makanan. sy makan je semua selagi xde alergik. masa dlm pntg pon sy minum air sejuk ais dan air ais dan sy ambik package org masak mskn pntg sy. ada ayam, dgg, ikan. ada masak gulai, kurma, black pepper, sup, bakar, pedas2. semua sy mkn. sayur ada sawi, lobak putih, lobak merah, kailan, apa ntah lg. sebab menu dia berbeza. buah orange, apple, anggur, pear alhamdulillah sy okay dan baby pon okay. sekarang baby dh nk masok 9m+. kkm sendiri minta kita makan makanan berkhasiat.
Saya br 2 bulan bersalin czer. Pantang cara doc .. so far ok je . Saya makan je semua . Cuma ais je tak Minum Lagi. sy minum air suam or panas je . Tp makanan saya makan je semua . So far tak ada masalah. Susu meriah je . Badan pon xde sakit2. Luka pon baik tak ada nanah . Org ckp makan telur or ayam akan nanah kan. Saya tak ada pon alhamdulilah Saya hari ke 4 bersalin pon dah boleh bgn .. jalan mcm biasa . Tak ada rasa sakit or lembik. Sampai orang datang melawat saya pon pelik saya nampak segor . Anak 1st saya normal induce . No 2 emergency czer
tgh berpantang skrg hari ke 10.. kali ni sy ikut cara dr imelda🤣 walaupun mama sy sruh ikut pantang org dlu² ttp sy bangkang😆 ikut kepala sendiri je.. lagi happy tak stress rupanya ikut dr imelda.. mama bebel sy buat tak tahu je.. cuma tak makan makanan yg sy allergic.. yg lain semua sy bedal hihi anak 1st dlu pantang ikut org dlu² smpai stress lps tu bleeding dlm pantang then msuk hospital balik.. haih perit bila ingt balik.. itu tak boleh ini tak boleh.. sudahnya yg anak 2nd ni ikut kepala sendiri lagi happy berpantang
sy masa pantang gugur ketat sgt dr segi permakanan,pakai stokin kt rumah rasa lebih sihat xde sakit tapak kaki mcm pijak tiles rasa sejuk2,tp beranak no 1 langgar semua sebab masa tu ingat badan kuat rupanya x,kalau cuaca hujan sy rasa mengigil kesejukan,tapak kaki bbulan sakit klu pijak tiles,try berurut ,mkn jamu baru rasa sihat.mgkin atas badan seseorang sb sy beranak caesran lambat nk sembuh..maybe ada rezeki anak no 2 sy akan cuba berpantang style lama.
boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g tentang kenapa selepas bersalin ada rasa mengigil https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02EYzPN3LJXkCBdJttucQkBco7J3L5q3jKnqnsw72a1T7E3YKz8BWbuTgMXhCQT6wjl&id=679746658&mibextid=Nif5oz
Anonymous