Lambat cakap
Ade ibu yg nk share pengalaman anak lambat bercakap tak ? Ank saye da masuk 2 tahun 4 bulan . Boleh sebut dan faham arahan cume ajak bersembang dia belum boleh lagi . Dia cume boleh sebut perkataan satu satu sahaja . Ade yg sama tak ? 🥰 TQ share

Ada. Anak saya. Masa umur 2 tahun, boleh cakap 30 perkataan saja, tak ada gabung perkataan, tak panggil mama, papa. Masa 18 bulan, saya hentikan pacifier supaya boleh praktis cakap. Tapi macam dah terlewat sikit. Masa 2 tahun, saya dah tak bagi tengok tv. Dari sini, saya nampak banyak perubahan. Kurang lari sini sana, boleh duduk ngan saya baca buku. Saya tukar mainan anak dari jenis elektronik ke jenis yg saya kena main ngan dia (buah, sayur, vehicle, sort color + shape). Baca buku bergambar real life, buku yg interaktif boleh tarik, tolak, pusing mcm Bizzy Bear. Saya mula guna ayat pendek2 dan perkataan yg senang. Selalu describe semua benda kat dia. Ini mcm common sense kan, tapi saya tak pandai cakap mcm ni mula2. Dulu: Baby see bird fly in sky. Sekarang: Baby see. Bird fly. Fly so high. Wah, see the sky. Blue sky. So many clouds. White clouds. Nyanyi lagu kat dia, bagi dia cakap sesetengah perkataan. Contoh: Saya nyanyi twinkle, twinkle little... lepas tu saya tunggu anak saya cakap perkataan terakhir star. Saya hantar buat Bayley assessment. Ada masalah expressive language. Masa 2 tahun setengah, mula buat Occupational Therapy dan Speech Therapy. Dah 3 bulan lebih buat ni, sekarang, anak saya boleh cakap ayat2 mudah. Tapi sesetengah perkataan masih tak beberapa jelas.
Đọc thêmanak sy lmbt bercakap.. bdk lmbt bercakap ni sama ada speech delay atau late talker.. sampai kena refer pakar.. klu nak tahu perkembangan anak on track ke x, bleh refer denver test.. skrg anak sy 2 tahun 7 bulan dh blh gabung 2, 3 perkataan.. tp pelat.. huhu.. xpelah, asalkan dia brckp.. kena ajar anak slow slow.. klu nak ckp apa2, guna 2 perkataan je.. so dia senang ikut..
Đọc thêmanak saya dlu dia lambat cakap. late talker bukan speech delay... skrg dah 6 tahun kemain petah bercakap.. caranya saya selalu bersembang dgn dia.. sebut perkataan sebutir sebutir
ada buat rujukan ke pakar ke ?
ada rujuk pakar.?