Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang

Adakah anda di antara wanita yang sering ada masalah wanita? Terdapat banyak masalah wanita yang unik samada berkaitan dengan menopause, haid, masalah keputihan dan lain-lain. Masalah wanita ini tidak boleh di ambil mudah kerana setiap perkara yang berlaku pada badan anda boleh mendatangkan masalah untuk mengandung, kanser, cyst dan banyak lagi. Pernahkan anda tertanya, kenapa setiap kali nak datang bulan pinggang dan dada anda sakit semacam? Atau mengalami kitaran haid yang terlalu lama? Keputihan yang berbau atau berlendir? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu kesihatan wanita yang sentiasa menjadi kerisauan anda bersama dengan Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang pada 10 Mac, hari Khamis, jam 5 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Sai Sudha Ram Moorthi, Obstetrik dan Ginekologi, Pantai Hospital Ampang
28 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

hi doctr..sy nk tnya..sy last period pd 30/12/21 dn pd 10/2 sy cek urine positf..2x sy cek pgi dn ptg..selang brape hr sy cek lg..jd negatf plk..sy gi klink swasta scan kate kantung ade tp x cntk..jd sy kne refer ke hsptl untk rujukn...tp sy x gi pun..sy buat untk pegi lg 2 mggu..sy g klnk lain cek urine buat test..sme msh negatf..n dktr scan x nmpk ppe pn..cmne yer dktr..smpi skrg 5/3/22 sy xde tnda² kua drh ke ape..semua x ade

Đọc thêm
3y trước

Hi Pn. Kemungkinan Pn mengalami keguguran kerana janin/ kandungan tak menjadi ( failing pregnancy / blighted ovum ). Sila jumpa Dr Pakar untuk scan transvaginal serta ujian darah HCG untuk confirm keadaan Puan.

Hello & Hi Dr, Sy sekarang 24 weeks of pregnancy & telah melakukan Details Scan. Hasilnya terdapat 1 abnormalities yg sonographer dapat detect which is placenta(bilobed placenta). My Question : 1. Berapa percent kah case bilobed placenta di Malaysia? 2. Bagaimana kaedah delivery jika berlakunya kes sebegini? 3. Apa yg sy perlu elak & alert? 4. Jenis persedian yang perlu sy lakukan? Terima Kasih Dr

Đọc thêm
3y trước

Hi Pn. 1. 4% risk 2. Kalau tak ada lobe yang duduk dibawah ( placenta previa ) , mama boleh bersalin biasa 3. Kena monitor untuk pendarahan dari faraj, sakit perut yang berterusan ( resilience abruptio placenta ) 4. Tiada apa2 persediaan lain yang diperlukan

Hi Dr, Sy ada 2 soalan : 1) Adakah selamat untuk wanita hamil melakukan hubungan kelamin bersama pasangan dengan menggunakan kondom yang mempunyai pelincir contohnya : brand durex. Adakah pelincir tersebut bahaya untuk kandungan? 2) Sekiranya ada GBS, apakah cara terbaik untuk menghilangkan GBS tersebut selain menggunakan ubat insert yang diberikan klinik kesihatan ibu dan anak?

Đọc thêm
3y trước

Hi Puan. 1. Hubungan kelamin adalah selamat jika tiada masalah seperti uri bawah, sejarah bersalin pramatang atau masalah pangkal rahim tidak kuat ( cervical incompetence ). Boleh gunakan comdom tanpa masalah. Pastikan cuci bahagian kelamin selepas bersama. Pelincir yang ada pada condom tak banyak. 2. GBS tiada ubat insert. Ibu akan diberi antibiotic sewaktu bersalin untuk cuba lindungi anak dari terkena jangkitan GBS. Tiada cara mengurangkan keadaan ini.

salam sejahtera Dr Sai Sudha 1.Saya ingin bertanya,normal ataupun tidak saya tidak datang bulan(haid) hampir setahun selepas bersalin.Saya risau mungkin ada masalah kesihatan dalaman yang lain. 2.Macam mana kita nak tahu peranakan/rahim kita jatuh?apakah tanda- tandanya,kesan dan cara menaikkan peranakan/ rahim tersebut. terima kasih Dr

Đọc thêm
3y trước

Hi Pn. Adakah Puan masih menyusu badan secara esklusif ? Adakah Puan menggunakan apa2 kaedah perancang? Bagaimana pattern period sebelum mengandung ? Jika tidak, Pn perlu berjumpa Dr untuk check. 2. Antara Tanda2 adalah seperti rasa ada sesuatu bonjolan di faraj apabila batuk atau meneran, masalah kerap kencing/ tidak dapat menahan kencing. Adakala jika tidak teruk, tiada simptom- perlu buat pemeriksaan untuk menentukan samada jatuh ke tidak.

Selamat petang dr.saya nak tanya.saya pregnan ank ke 4.br scan dan open pinkbook .doktor buat scan dan terdapat 3 cyst.2 di sebelah kanan dan 1 di sebelah kiri.ada apa2 effect ke pada bayi dlm kandungan?dan apakah makanan sesuai utk diambil waktu pregnan untuk kecutkan cyst.

3y trước

Sorry - itu jawapan dari saya ye. Cyst kecil tak payah buat apa2 buat masa ni. Pantau sahaja.

Hi doctor Macammana nak tahu jika keputihan kita tu normal ? Masa 14w dlu da check dan mmg clear tiada gbs. Tapi ni dah 32w sy risau. Ada je keputihan tetapi sikit, dan tak berbau mahupun gatal. Perlu ke sy minta nurse ambil swab sample just to be sure that im clear from gbs?

3y trước

Hi Pn. Keputihan yang normal biasanya clear, tidak berbau atau gatal. Sebaik2nya, repeat swab test.

Influencer của TAP

Hi Dr, 1. Selain warna nak texture bagaimana ingin kesan apa tanda wanita tersebut mempunyai masalah melalui keputihan yang keluar? 2. Jika rasa senak pada bahagian ari-ari tetapi apabila hampir waktu period adakah ia normal? Terima kasih Dr

Đọc thêm
3y trước

Hi Pn. 1. Perlu ambik swab dari faraj dan hantar ke makmal. 2. Ya, normal untuk sesetengah wanita.

hi doctor, sy nak tau apakah risiko sekiranya ibu mengandung yg dikena covid pd mgg ke 35 dan mcm mn cara mengatasinya serta blh ka bersalin ngan guna kaedah normal delivery serta xda pa2 yg effect baby kan?

3y trước

thank you dr. Sy da selamat melahirkn anak laki ke2 sy dgn kaedah czer sbb air ketuban pecah n baby berak dlm perut....skg dah hbs pantang hari ke 42 cuma sy nak dptkn tips tuk tambahkn susu bdn n cara jg luka operate drpd x effect pa2 n bleeding sbb setelah lama sejak 2 3 hari ni da bleeding 1 2 dot sewaktu lap permukaan jahitan?

Hi Doc, saya nak tanya, normal kah ibu menyusu tidak datang haid? Saya baru lepas berpantang dah 3 bulan tidak datang haid? Ada yang kata normal bagi ibu menyusu. Betulkah doctor? Terima kasih

3y trước

Hi Pn. Ye, kalau bagi susu ibu secara esklusif - bermaksud tidak memberi susu formula langsung - breastfeeding sahaja.

Influencer của TAP

Hi Doc. 1) Boleh tau apakah simptom2 cancer rahim? 2) Bolehkah jika kita pernah ada history breast tumor/cancer, possibility untuk dapat cancer rahim juga ada..? Thank you Doc.☺️

Đọc thêm
3y trước

Hi Pn. 1. Pendarahan yang banyak dan berpanjangan , tidak seperti period biasa, pendarahan start semula selepas putus haid ( bagi wanita berumur yang sudah putus haid / menopause ), susut berat badan, kurang selera makan 2. Ya, ada.