Kalau dah dpt appointment, masa nak vaksin selalunya akan tanya history penyakit yg puan ada. Dan mereka akan bg/sarankan jenis vaksin yg sesuai dgn puan. Jgn takut pasal side effect yg lain, dan insyaAllah tak akan sebabkan keguguran. Bersangka baik dgn vaksin tu ya, fikir utk lindung diri puan dan anak yg bakal lahir.
Dah byk sgt kes ibu yg tangguh vaksin nk ambik lepas bersalin, tau tau lepas bersalin ada Covid stage 4. Terpaksa ditidurkan, dan... tk dpt diselamatkan. Sekurangnya klu dah divaksin, sedikit sebanyak ada juga perlindungan. Kalau warga emas umur 100 lebih, ada pelbagai penyakit kronik pun selamat dan elok setelah divaksin, apatah lagi utk puan 😊