41 Các câu trả lời
Saya pon ada masalah hb low dari 15 weeks sampai 28 weeks. Dah amalkan semua makanan yang boleh naikkan hb, On strict diet, dah amalkan Calla Milk, susu Lazz, susu kambing, jus delima, sunquick, kerang & etc. Ubat pon dah 4x tukar. Iberet & maltofer pon dah makan, still HB MAKIN DROP. Lastly saya tukar semua supplement ambik brand nutrilite Amway. Iron folic, vit c, vit b complex & soy protein chocolate. Dah discuss dengan pakar diet, dr cakap okay je sebab hb makin naik. Daripada 10 terus naik ke 11.3. Sekarang dah 32 weeks tengah usaha nak naikkan ke 12 ke atas. Berat badan x naik mendadak macam sebelum ni & kepala x pening. Dr pakar diet ada pesan tinggalkan sayur bayam & telur dalam diet pemakanan sebab dua2 ni kacau penyerapan iron dalam badan. Sis cuba elakkan makan bayam & telur dulu. Kalau nak try supplement Nutrilite Amway, discuss dulu dengan Dr sis (yang ni penting).
sy lg sis . 11 turun 10.7 turun lagi 10.6 .turun 9.2 dan skrg 8.2 . ubat tak pernah skip . kafien tak minum . makan hati ayam jd drop sampai 8.2 . makan jambu batu drop , makan bayam kerang dging bagai drop . minum calla milk jd drop jgk 😌smpai kene marah dgn doc pakar pemakanan . org suruh pati delima Gulsan . tak berkesan kat saya . sedih kekadang sbb dah cuba mcm mcm tak jln . dah 31w skrg . yg naik berat je . hb turun naik haha . sy mkn ibret + air sunquick . najis warna hitam . tp doc/nurse pelik knp tk naik langsung hb nyaa .
mkn ubt pastikan amik waktu perut kosong
Obimin kalau makan kne jarak 2 jam sebelum dan selepas makan sbb ada mknn yg boleh menghalang zat besi dari menyerap ke dlm badan tau. Sis boleh minum susu maternity atau susu kambing sbg ganti, buah delima, daging. Sy minum susu kambing perisa coklat kurma brand Addin. Tak hamis dan rasa mcm Milo skit. Sy juga minum Enfamama. Sy selang seli sbb Enfamama mahal skit. Lg sbb rasa dia kureng skit haha sy lg suka susu kambing Cocoa Addin
1) makan buah jambu batu or delima. 2) ad minum minuman berkafien dk (milo, tea, kopi, nescafe, coca cola) pastikan jarak dgn pengambilan ubat atleast 3j sebelom or selepas. 3) ada minum susu tak? kalau ada jarakkan dgn pengambilan ubat atleast 3j sebelom or selepas 4) boleh cuba makan ubat sebelom tido. makan dgn air oren sunquick tanpa gula/air limau nipis tanpa gula
waktu sy awal2 buka buku pink 12w hb 12. then sepanjang preggy ni 10-10.7 walaupun dh on ubat. skrg masuk kandungan 9months hb naik k 11.5-11.9. sy kdg trskip juga ubat zincofer. rasanya dri pemakanan yg buat kn hb sy naik. banyak kn makan sayur dn daging sis.
hb sy setiap bulan checkup semakin turun sampai atas pagar je. check up lepas hari raya haji hari tu terkejut tgk hb naik jd 13.7. agaknya sbb makan banyak daging kot. padahal sy tak amalkan apa2 pon. ubat pon selalu skip.
Daging pon elok tambah darah. Mesti masak dgn sempurna, buah pon boleh.. Cuma stop makan yg ada kafein atau kalsium waktu ambik ubat tu. Cth susu, cheese dll. Stop jugak junk food, ice cream, cakes & etc..
Cube sis try minum susu kambing lazz.. sy minum dr awal tau pregnant smpai skrg dh 37weeks alhamdulillah hb sy cantik je xde sangkut gdm ape2.. sis blh try hopefully sesuai dgn sis..
Sy pon minum susu lazz kurma dgn coklat ..yg susu original xleh minum sy muntah terus
Cuba makan telur rebus atau telur goreng setiap pagi. Baru ni hb sy pun drop, pastu hari2 sy makan telur rebus atau telur goreng, alhamdulilah masa checkup terus naik mendadak
Makan iberet + jambu batu komfem ok tapi pastikan cara makan betul ya 2 jam sebelum atau 2 jam selepas makan dan 2 jam lepas makan ubat baru boleh ambil kafein atau susu
Anonymous