Ada tak yg pernah plan nak bersalin hospital kerajaan, tapi sebab ada emergency tak sempat ke hospital kerajaan, terpaksa dibawa bersalin ke hospital swasta? Sy rancangannya nak bersalin kat kampung, hospital kerajaan. Tapi saya terfikir, katakanlah nanti saya tak sempat nak balik kampung tiba2 ada emergency nak terberanak. Nak ke hospital kerajaan agak jauh jugak. Paling dekat PPUM (separuh kerajaan). Kalau kes emergency macam tu pihak PPUM terima ke tak ye? Kot la kalau nak bersalin kat situ kena buat check up beberapa kali kat situ ke. Ada yg tahu tak?