tak sayang anak

ada ke mak² yg ada pengalaman x syg ank sendiri. saya tgh pregnant ank 2nd, dh 7 bulan. tpi tah, still xde rasa syg dkt ank. saya mmg nk ank tunggal je. xnk 2 org or ramai. ni bkn isu saya burnout penat jaga ank sulung or ada masalah dgn suami ke apa tpi mmg saya xde plan nk ank lebih dari sorang. saya merancang tpi lekat jgk.. sampai thp nk bgi dkt org tpi suami x bgi. suami kata jaga je sbb ank sendiri. dh la suami bru kena buang kerja. suami kata xpyh fikir bab duit suami mmg bleh settlekan tpi saya la yg fikir financial mcm mna. dh la mak saya tau last minit. dia bising sbb saya x bagitau awl².. mmg xnk bagitau sbb plan nk bgi ank saya ni dkt org la. tpi dh klau family tau mna nk bgi orgnya.. korang yg baca ni hrp x kecam. saya just xnk ank ramai, dgn ekonomi skrg ni xtentu.. pening fikir

20 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Awak sama macam saya, anak sulung baru nak masuk 4y. Saya merancang, pil, pancut luar, track untuk elak bersama waktu subur. Tibatiba awal tahun ni period delay baru sehari. Check naik double line terang. Tunggu 2w berbelah bagi nak check ke taknak baby. Tapi nak confirmkan, pergilah scan, masatu baru 6w anggaran dan saya masih berharap utk baby tu gugur sebab masih awal lagi tapi masa scan dr cakap “eh, dah ada heartbeat?” Terus papp jantung saya, sebab saya tak jaga makan tak excited, bila sono tu bagi dengar jantung, hati ibu ni terus luluh. Sampai sekarang, takde penjagaan rapi yang saya buat macam dulu masa pregnant anak sulung, saya lalui je, still buat kerja berat and lasak, tapi baby kuat, now dah 17w, saya follow up kk, makan ubat kk bagi. Dalam masa yang sama saya masih cuba menidakkan. Dalam keadaan ekonomi dan saya memang burn out pasal in law saya memang problem so agak trauma nak tambah lagi. Tapi satu malam tu, saya usap perut, saya minta maaf. Bukan saya tak sayang tapi saya risau dan belum ready, saya ada cakap dekat nurse yang saya tak sedia, rasa bersalah dekat anak sulung etc. Nurse tu cakap, kalau awak tak sayang, awak tak datang follow up jumpa saya. Normal rasa taknak anak ni sebab kita merancang and fikir masa depan tapi bila lahir je anak ni mesti awak sayang, dan awak takkan menyesal jaga kandungan ni. Rezeki tau bila dah rancang tapi boleh melekat, adalah hikmahnya walau kita tak tau apa. Terus zappp hati saya, baru saya sedar, saya sayang kandungan ni, tapi saya tak ready mental. Berat awak, tapi kita cuba ya? Tak mudah, saya faham, kadang kadang saya masih rasa taknak anak ni juga sebab anak first dulu semua buat sendiri, turun naik wad sorang, in law buat macam macam, saya direct breastfeeding, meniaga sambil bawa anak, jaga anak sendiri, anak baru nak masuk 4y nak mula berdikari saya pun nak rehat ttbe ada lekat. Memang taknakkkkkkkk tapi bila saya fikir balik, bukan salah anak ni, bukan salah saya juga, tapi saya kena cuba belajar redha walau berat pahit susah. Saya harap awak pun kuat ya?

Đọc thêm
6mo trước

Cerita pasal mak tiri saya pula, ayah dah 54y mak tiri 40y. Tibatiba lepas dah 2y kahwin lekat pula anak. Mak tiri saya mati mati taknak, dia pun ada sejarah pernah abort baby, tapi yang kalini dia macam dah berubah, dia taknak ulang dosa dia, dia langsung xjaga kandungan, angkat sofa, guni, kotak turun naik tangga tapi baby tu kuat, lahir alhamdulillah sihat semua, nak bg orang jaga, tapi lepas dah deal nak jumpa apa semua dia tak sanggup. Last sekarang dia jaga sendiri, anak tu dah masuk 2y. Dia sayang je anak tu, belai peluk cium belikan nak apa. Mengeluh penat tak cukup duit susah tu ada je tapi end up bising mulut meluah gitu je hahahah. So saya harap awak pun dpt kuat and sabar ye. Ni boleh jadi ujian, boleh juga jadi ganjaran pahala. Fikir betul2 diwaktu yg tenang, bincang dgn husband dr hati ke hati. InshaAllah🥰

hi sis, Sy anggap perasan sis tu mudahan hormon pregnant. sebelum tu saya minta maaf kalau ada terguris dgn kata2 saya sis, dunia ni tempat ujian, anggap la kehadiran anak tu rezeki dan amanah. Dunia ni tak berlaku atas kehendak kita, kalau sis Islam, sis pun tahu itu semua kehendak Allah. Ramai dkt luar sana nk sgt anak tapi Allah tak bagi. sis tak rasa berdosa ke utk tidak berlaku baik dgn anak tu sedangkan sis yg 'bersama' dgn suami. Melainkan kalau sis kena dera atau terpaksa 'bersama', itu kes lain. Anak tu tak salah bahkan dia cuma zuriat yg Allah beri pd sis. Jaga la anak tu baik2. Boleh jadi Tuhan bagi anak tu nanti yg menjadi penyejuk mata hati sis dan suami. Entah la sis, saya rasa sedih bila terfikir kalau betul seorang ibu tu tak sayang anak dia. Kesian hidup dia, belum lagi dia dilahirkan sudah tak disayangi. Kalau jadi pada sis, mesti sis sedih kan? org yg sepatutnya sayang dia, tapi tak sayang, padahal dia tak minta pun dilahirkan. Btw, kalau betul sis tak nak anak lepasni, jgn merancang sebab merancang tu akan ada juga Persen dapat anak, tapi ikat la rahim atau buang rahim itu insyaallah takkan ada anak lagi. Wallahualam tapi apapun rujuk la ustaz atau pakar, ini hanya cadangan.

Đọc thêm
Influencer của TAP

Anggaplah perasaan tu sbb hormon kehamilan dan mohonlah kasih sayang tu daripada Allah. Puan tak minta kasih sayang, mana nak sayang diri sendiri mahupun orang lain, kan? Kalau saya cakap ni, jangan marah ye. Kalau puan ambil hati, mudahan ambil hati puan terbuka utk sebarkan kasih sayang kepada diri puan dan makhluk sekeliling termasuk kandungan puan tu. Ok, bila puan tak nak anak lagi, dah, jangan bersetubuh dgn suami lagi. Saya tanya puan, puan bersedia tak, tak nak bersetubuh dgn suami lagi? Fikirkan sedalamnya. Kita berkahwin atas kasih sayang. Dan boleh forsee boleh hamil lagi. Bersetubuh dgn pasangan masing-masing pun atas dasar kasih sayang. Kita boleh forsee kot, bila bersetubuh, boleh jadi hamil lagi. Campak mana kasih sayang tu? Maaf ye kasar sikit saya menaip ni. Allah kurniakan kemudahan hidup di dunia, kata tak rasa kasih sayang, konon. Come on, bangkit! Saya percaya bahawa Allah kurniakan kasih sayang pada puan. Dan puan buka hati utk beri kasih sayang pada janin yg dikandungkan itu. 🤲🤲🤲

Đọc thêm
6mo trước

TT in a denial situation. Harap dia dapatkan bantuan untuk kuatkan semangat, TT, jumpalah orang yg betul / mahir dlm menjawab persoalan perasaan TT tu. Jumpalah kaunselor, merekan tak kecam TT, mereka tak judge. Betul kata sis ni, bangkit! Keluar drpd kepompong in a denial situation tu.

awak!! we same .. slh satu sbbnya, sy jnis pemarah, pns baran. anak sulung hritu pn sy babyblues, nngis rengek ja sy pukul. 😩😩😩 pdhl bby tu xtau apa. sy tkut terulang lg. tp aihh termengandung jg, pdahal sy pkai iucd . mgndung msa ank sulung sthun 10bln.. sy smpai kata ngan husb, nak gugurkan, husb marah truk sy ckp gtu.. TAPIIIIII.. lepas lahir, dia gegirlll.. 🥹🥹🥹 anak sulung boy.. sy suka budk ppuan sbb byk bju comey2. syg sgt! and what plg mngejutkn, pgalaman jaga fasa nb dia sgt2 x sama mcm anak sulung. lebih tenang & lebih senang banding prtama, mybe msa tu sy first time mom , xbyk ilmu psl pnjagaan bayi. skg byk dh bljr dri yg prtama.. my lucky girl. ❤️❤️❤️ klw psl ekonomi, kmi pun kena ujian ekonomi, bt msa skrg husb krja part time je jumaat sabtu, rm50/sehari.. Tp makan pakai x prnh x cukup. Tuhan sntiasa mncukupkn apa yg kita prlu klw kita ikhlas , inshaAllah aamiin. SEMOGA PERASAAN SYG AWAK AKAN DTG LEPAS MELAHIRKN.

Đọc thêm

Sis. Kalau soal rezeki yang akak risaukan, peganglah ayat ni "Selagi kıta hidup, selama Itu jugak rezeki kıta ada." Anak tu tak dtg ambil rezeki sis atau suami. Dia ada rezeki dia sendiri. Orang yang meninggal rezekinya sudah habis atas dunia. Jangan risau dengan rezeki, Insha’Allah ada : Cuma kıta kena bersyukur dengan atas kurniaan rezeki kepada kita. Banyak atau sikit, besar atau kecil. Hitunglah segala nikmat hari2, dan kita akan bersyukur dengan rezeki kita. Semoga Allah buka hati akak untuk terima dan sayang anak yg dikandung sekarang seperti anak sulung akak. Ramai org kat luar sana menanti zuriat sedang akak Allah rezekikan zuriat dengan mudah 😍 alhamdulillah!

Đọc thêm

saya pun umur dah masuk 44 tahun, tahun ini anak perempuan akan melanjutkan perjalanannya, selepas dpt keputusan SPM..suami kerja sendiri, walaupun tdk tetap pendapatan.. tapi yang penting, kalau kita berserah sepenuhnya dengan campur tangan Tuhan dengan segala urusan, permasalahan kita, Tuhan akan siap mempermudahkan kita..terima saja dgn rezeki yg Tuhan beri kepada kita..seperti saya yg sepatut tidak sesuai sudah pregnant pada usia yg sudah tua dan bnyk masalah kandungan sebelum ini..tetapi Tuhan telah beri sekali lagi rezeki utk saya, kandungan sekarang masuk 30 minggu sudah hr ni..

Đọc thêm
6mo trước

semoga sis diberi kesihatan yg baik,baby sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan bersalin nanti ye..❤️

sis.. anak adalah rezeki, tidak semua orang dapat tau.. sis slowly buka hati utk syg baby tu.. 1 je jalan supaya tak lekat lgi sis BTL .. sy pun tengah pregnant sis, bab duit pun susah sbb kerja kampung sja husband sy.. tapi sy tak fikirkan sgt, one day kalau anak dah besar, dan kalau ada rezeki yg baik dgn anak² kita, anak² kita yang akan jaga kita kelak akan dtg.. maaf tau kalau bhsa sy tak baik. cian baby tu sis 🥹

Đọc thêm
6mo trước

iya betul

sis,jgn macam tu..sedih pulak sy yg membaca ni.sy baru je keguguran ank ke 5, 5 hari lepas kandungan masuk 5 bulan..sy doakan sis dipermudahkan urusan sepanjang mengandung,bersalin n membesarkan ank sis n moga ank ini membawa rezeki yg melimpah ruah utk sis n suami..kita merancang tp perancangan Allah lebih baik..kesian dia sis kalau tahu sis x syg dia.sis banyak2 berdoa ye sis..moga Allah lembutkan hati sis utk syg n terima dia.

Đọc thêm

nanti lepas sis bersalin update sini yea ape perasaan sis lepas dah jumpa anak yg dikandungkan tu. Moga Allah hadirkan rasa sayang pada baby sis. Setiap anak tu bawak rezeki sis, mungkin anak yg ni nanti akan memudahkan sis, x bnyk ragam. Haritu sye ada baca luahan seseorang, yg dia ckp dia x nak anak yg dia kandungkan, bila anak dia gugur baru dia rasa menyesal. Semoga yg baik2 saja untuk sis & baby yea.

Đọc thêm

sis jagalah anak tu.. insyaAllah setiap anak bawa rezeki.. selagi suami ok insyaAllah ok tu.. awak kena lawan.. solat, baca Alquran.. mtk ngn Allah supaya dijauhkan dari perasaan mcm tu.. saya ni bertahun tcc sis.. Alhamdulillah Allah bagi juga lah sorg anak bby girl.. dpt sorg lagi jadi lah.. jaga lah bby tu ye sis.. skjp je masa bersama anak.. xlama pun

Đọc thêm
6mo trước

✔️ Betul tak lama pun jaga anak.