tanda nak bersalin.

ada ke ibu-ibu yang masa nak bersalin rasa macam sakit perut macam nak period tu? dia tak terlalu sakit tapi perut rasa tak selesa. 1st baby czer so tak cam rasa contraction macam mana. yang 2nd ni rasa was-was pulak 😅

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Awak pantau kekerapan sakit tu. Kalau makin kerap, tak hilang dan serba tak kena, contraction la tu. Yang ni boleh prepare untuk pergi PAC. Saya start rasa contraction masa bukaan dah 7cm.

7mo trước

@MHHmummy, lama jugak sebab saya first pregnancy. Dari 4cm ke 6cm,10 jam. OBGYN decided untuk pecah kan air ketuban bagi ada progress. Pun sama, contraction saya tak kuat dan takde progress. Langkah seterusnya, OBGYN induce drip untuk percepatkan lagi bukaan. Barulah dilate 7cm. Masa 7cm ni saya dah 13 jam in labor. 2 jam selepas baru fully dilated dan selamat bersalin. Alhamdulillah. Total labor time saya 15 jam.