ILMU. Please baca! > Dating Scan 10minggu-14minggu.
ADA 3 DUE DATE, KELIRU MANA SATU YANG BETUL & BOLEH FOLLOW? Semua ibu hamil akan melalui scan ini dinamakan Dating scan. Dating scan ni maksudnya scan pada awal kehamilan, bukan terlalu awal tapi dilakukan antara minggu ke 10 dan 14 kehamilan. Biasanya dibuat pada 12 minggu kehamilan. Bila doktor tanya, ada scan awal-awal buat tak? Ni scan yang dia nak. Scan sebelum 10 minggu tu HANYA dibuat bila si ibu ada rasa sakit atau pendarahan atau ibu pernah mengalami masalah pada kandungan terdahulu misalnya kehamilan luar rahim atau pernah ada keguguran berulang kali. Selain dari itu, takde sebab perlu buat scan sebelum 10 minggu kehamilan. Ye saya tahu memang excited nak tengok baby dalam rahim, tapi buat mende yang perlu sahaja, jgn berlebih-lebihan. Dating scan ini adalah cara terbaik untuk menjangka bila sepatutnya tarikh jangka bersalin atau dalam erti kata lain, scan ini adalah untuk menentukan berapa minggu sebenarnya anda sudah hamil. Anda memang boleh tahu bila tarikh hari pertama last period, tapi bila sebenarnya persenyawaan berlaku kita tak tahu. Jika period tak teratur ataupun sebelum ni ada mengambil pil perancang kehamilan, nak dapatkan tarikh dijangka bersalin berdasarkan tarikh last period itu mungkin kurang tepat. Maka tarikh yang diberikan berdasarkan dating scan adalah tarikh yang tepat yang boleh dipakai. Jika tarikh yang diberikan oleh scan tidak lari jauh dari tarikh yang dikira berdasarkan tarikh last period, maka tarikh dijangka bersalin akan ikut perkiraan dari tarikh hari pertama last period. Jika perbezaan tarikh jangka bersalin tu berbeza lebih 2 minggu, maka kita akan gunakan tarikh dijangka bersalin yang didapati melalui dating scan. Dating scan selain menentukan minggu kehamilan dan tarikh dijangka bersalin, boleh digunakan untuk melihat sama ada kehamilan tu adalah kandungan kembar dua atau tiga atau hanya ada 1 baby saja Apa yang diukur masa 12 minggu? Baby akan diukur dari kepala ke bahagian bawah. Ukuran ini dinamakan crown rump length ( CRL ) dan sangat tepat jika dilakukan pada trimester pertama kehamilan. ✅Pada 10 minggu, baby berukuran lebih kurang 3 cm ✅Pada 12 minggu, baby berukuran lebih kurang 5 hingga 6 cm ✅Pada 13 mingu, baby berukuran dalam 7 cm Lepas 13 minggu, baby boleh memanjang atau membongkok maka ukuran tu jadi kurang tepat. Maka dari 13 minggu , jika baby tu lebih panjang dari 84mm, ukur lilit kepala baby ( head circumference ) adalah cara terbaik untuk membuat ukuran Jangan nak blur blur nak ikut tarikh yang mana. tanya doktor tu dan dapatkan kepastian tarikh mana nak ikut. Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan