5 sebab "PENTINGNYA" scan diawal kehamilan🤔
Waktu paling sesuai untuk scan bagi sahkan kehamilan adalah pada 5-10 minggu usia kandungan. Antara kepentingan scan pada awal kehamilan adalah: 1. Memastikan kandungan adalah berada di dalam rahim. Ini kerana kandungan luar rahim yang lambat dikesan sangat berbahaya dan boleh membawa maut. 2. Tentukan janin mempunyai degupan jantung bagi memastikan kandungan tidak mengalami keguguran. 3. Dapat mengukur usia kandungan Ibu-Ibu. 4. Dapat mengukur panjang bayi, Crown Rump Length (CRL) untuk pastikan tarikh jangkaan bersalin bayi dalam kandungan adalah selari dengan tarikh period terakhir. 5. Tentukan bilangan fetus/ bayi samada kehamilan kembar atau tidak.