41 Các câu trả lời

Saya makan iberet dari minggu ke 17 sampai ke 34 tapi tak normal2. Pergi klinik 2 minggu sekali. Penat tau. Last2 saya makan multivitamin semulajadi barulah naik. :D Tahun lepas pregnant balik, alhamdulillah dari awal makan multivitamin tu kali ni langsung tiada anemia. Mungkin bagi orang lain, iberet boleh naikkan hb. Tapi saya tak

Multivitamin semulajadi tu macam mana? Amalkan sayur2 eh?

Iberet memang berkesan naikkan hb ketika mengandung. Ia sangat membantu ibu mengandung menambah darah dalam badan. Anda perlu merujuk nasihat pakar wanita untuk maklumat lanjut sebelum mengambil ubat tersebut. Wanita yang hamil perlu meneliti kebaikan dan keburukan ubat tersebut dengan seorang doktor sebelum mengambilnya.

Sy 30weeks. consume iberet sejak dr 18weeks pregnant ..sebelum tu on obimin. Tp hb x cantik. So tukar iberet. makan ubat 2jam selepas mkn malam@sebelum tido. Xda rasa senak perut, muntah, pening. Tiap hari makan buah jambu batu. Kdg2 makan sambal kerang juga. Last cek up hb sy 13.4 . Alhamdulillah 😌

Sy pun dktr suggest tukar kpd iberet. Dlm masa 2 mgu sy mkn iberet secara konsisten sblm tdo ambil dgn jus Oren. Nampak Ada peningkatan HB walaupun 0.5 je.Dktr ckp sruh trus continue mkn iberet. (Tapi jgn terkejut ye sbb najis akan bertukar jd warna gelap,itu tandanya penyerapan ubat dgn baik).

Kk saya. Dr tak bagi saya tukar ubat iberet. Tak tahu sebab apa. Adduii. Nak juga rasa hb naik tapi doktr tak bagi. Dia suruh saya makan ubat obimin dengan ferrous fumarate tu je. Aadoiii.. nanti nak beli jus mamariam sy nak cuba.kalau tak naik juga. Sah² memang saya ada masalah anemia.

saya setakat ni memg sesuai dgn iberet boleh naikkan hb. ibarat nyawa sy.. ketika mengandung mkn obimin dan ketika hb drop, mkn iberet.ketika sy keguguran darah, byk kuar sy mkn iberet. ketika period sy berlebihan keluar, sy mkn iberet. hasilnya memg tubuh jd bertenaga dan xlesu.

Sy mkn byk jambu batu masa minggu yg ada appointment utk check up. Mlm sblm n pagi nk pegi klinik pun mkn jgk. Alhamdulillah HB naik. Tp ubat yg klinik bg awk kne konsisten jgk mkn ikut cara yg dorg suruh. Sy tak prnh mkn iberet, mkn zincofer sbb tu yg klinik bg 😬

Biasanya ramai cakap iberet dapat naikkan hb. Tapi kesan sampingan dia ialah Najis hitam. Sebenarnya ia bagus sebab badan kita serap zat besi tu..nurse gtau saya mcm tu...tp ad gak kesan sampingan mcm muntah n penin...ad certain org xsesuai..mcm saya lah..xnaik pn hb

Sy pernah makan iberet. Ok je. Hb naik cantik. Cuma pil dia besar sikit. Pastu urine akan berbau sikit. Makan sekali sehari je. Dlm tu dah ada folic acid dan apa lg entah. Refer kotak tu. Tak perlu dh ambik vitamin yg klinik bagi tu sbb dlm pil iberet tu dh ada semua tu.

Tq.Sis

Iberet bagus.. Vit all in 1..lengkap hanya 1 biji jer sehari.. Hb sy masa anak 1st x pernah drop makan iberet.. Sy selalu beli dekat Watson jer.. Boleh makan dengan pati delima gulsan kalau rasa loya tekak nak telan.. Sebab pati delima tu masam dan naikkan hb jgk. 😊

X ambik sis.. Sy alah dengan ubat klinik jadi mual2.. Pastu doc suggested suruh ambik iberet shj..

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan