FIRST PRIMIGRAVIDA MOM BUKA BUKU PINK 💖

27/04/2026 (ISNIN) First time buka buku pink… ingatkan ikut nombor giliran je 😭 Rupanya lepas isi semua, kena letak buku pink dalam bakul ikut bilik… masalahnya TAK ADA SIAPA BAGITAHU 🥲 Saya tunggu 2–3 jam, hampir nak pengsan… last sekali nurse cakap “dah panggil banyak kali, kenapa tak datang?” 😭 Baru tahu rupanya kena pergi klinik sebelah. Saya pula tunggu di klinik ibu dan anak… memanglah tak dengar kalau nurse panggil dari sana 😭 Serius, first time mom macam saya memang blur dengan flow KK… rasa fed up pun ada, sedih pun ada. Tapi syukur Alhamdulillah, semua check up ok buat masa ni 🤍 Harap untuk appointment seterusnya pun berjalan lancar, supaya tak terlalu stress nak datang check up lagi. Btw, seumur hidup saya tak pernah pergi KK atau hospital kerajaan… ini memang pengalaman pertama saya 🥺 Ada tak mommies yang boleh share flow sebenar dekat KK macam mana? Supaya saya lebih faham. Atau memang kena selalu tanya nurse? Saya risau nak ganggu sebab nampak mereka busy dengan patient lain… jadi tadi saya cuma tunggu je dipanggil 🥲 #sesicurhat #maafmommies #sayastress

22 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

klinik dieorg berbeza x sama.penglaman bnyk pindah negeri n tmpt checkup.lbh dari 5 buah klinik Sy pergi sume x sama.sy dulu pernah jgk cam awk sbb pestime kt tmpt tu plus ingt same,berejam tggu.lepas pd tu Sy beringat setiap Kali g mne2 klinik Sy akan bertanya utk lancarkan urusan

4mo trước

Betul la kan.. siapa lagi nk tolong kalau bukan diri sendiri.. usaha utk anak just bertanya walau apa pun jadi.. In Shaa Allah lepas ni sy cuba terbaik dan lebih bykkan bertanya.. terima kasih ya atas nasihat 🙏🏻